omniture

Great Elephant Census oleh Paul G. Allen Mendedahkan Penurunan Mendadak Populasi Gajah Savana Afrika

Vulcan Inc.
2016-09-01 06:25 360

Seperti yang diumumkan hari ini di IUCN Kongres Pemuliharaan Dunia, keputusan bancian bakal memaklumkan keputusan dasar pemuliharaan yang penting untuk seluruh dunia bagi memastikan kelangsungan hidup gajah Afrika

HONOLULU, 1 September 2016 /PRNewswire/ -- Vulcan Inc. milik Paul G. Allen, hari ini mengumumkan keputusan mengejutkan terhadap kajian Great Elephant Census (GEC), iaitu kaji selidik pan-Afrika yang pertama terhadap gajah savana. Seperti yang diumumkan hari ini di Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) Kongres Pemuliharaan Dunia, keputusan GEC menunjukkan penurunan populasi gajah savana Afrika sebanyak 30 peratus bagi 15 daripada 18 buah negara yang dikaji.[1]

generated by system

"Ini merupakan satu kolaborasi yang luar biasa, merentasi sempadan, budaya dan juga bidang kuasa. Kami dengan jayanya menyiapkan kaji selidik dalam skala yang begitu besar ini dan maklumat yang kami perolehi adalah amat membimbangkan," kata dermawan dan pengasas Vulcan, Paul Allen. "Menerusi maklumat berkaitan penurunan populasi gajah yang mendadak ini, kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk bertindak dan kita semua juga perlu bekerjasama bagi memastikan pengekalan spesies yang ikonik ini."

Dalam tempoh dua tahun, melalui kaedah pengumpulan dan pengesahan data yang standard, GEC dapat menentukan dengan tepat jumlah dan agihan kebanyakan gajah savana Afrika dan menyediakan garis dasar bagi menjalankan kaji selidik serta analisis trend pada masa depan.

Keputusan akhir menunjukkan:

  • Populasi gajah savana menurun sebanyak 30 peratus (bersamaan 144,000 ekor gajah) antara tahun 2007 hingga 2014. [2]
  • Kadar penurunan semasa adalah 8 peratus setiap tahun, khususnya disebabkan oleh aktiviti pemburuan haram. Kadar penurunan dilihat semakin pantas antara tahun 2007 hingga 2014.
  • Terdapat 352,271 ekor gajah di 18 buah negara yang dikaji selidik. Angka ini mewakili sekurang-kurangnya 93 peratus gajah savana di negara-negara ini. 
  • Lapan puluh empat peratus daripada populasi yang dikaji ini dikesan di kawasan yang dilindungi secara sah manakala 16 peratus dikesan di kawasan yang tidak dilindungi. Namun begitu, terdapat sejumlah besar bangkai gajah dikesan di kebanyakan kawasan yang dilindungi, menunjukkan gajah terpaksa bergelut di dalam mahupun di luar kawasan tersebut.

"Jika kita tidak dapat menyelamatkan gajah Afrika, adakah masih ada peluang untuk menyelamatkan hidupan liar Afrika yang lain?" kata Mike Chase, penyelidik utama GEC dan pengasas Elephants Without Borders. "Saya berharap agar, dengan instrumen, kajian dan usaha pemuliharan serta kesungguhan politik, kita dapat membantu memulihara gajah untuk beberapa dekad akan datang."

Melangkaui masa peribadi dan usaha beliau yang amat besar, Paul Allen membelanjakan lebih $7 juta untuk membiaya dan mengurus projek tersebut, selain mencipta teknologi dan memastikan keputusan bancian itu tersedia dalam talian.

"Projek ini memerlukan usaha yang amat giat daripada sejumlah besar rakan kerjasama sejak dilancarkan pada Disember 2013, dengan 81 buah kapal terbang dan 286 anak kapal terbang kira-kira 463,000 kilometer untuk menjalankan kaji selidik tersebut," kata Pengarah Pemuliharaan Hidupan Liar Vulcan, James Deutsch. "Kami ingin memberi pengiktirafan terhadap usaha kolaborasi dan sumbangan penting yang dilakukan oleh kakitangan jabatan hidupan liar di 18 buah negara yang dikaji selidik, serta NGO utama kami, Elephants Without Borders; 90 orang saintis, kumpulan penasihat teknikal kami, dan rakan NGO yang lain, tanpa mereka semua, usaha ini tidak mungkin dapat dijalankan."

Sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah populasi gajah savana di benua yang dilaporkan dalam Laporan Status Gajah Afrika 2016 (AESR) IUCN diperoleh daripada keputusan GEC. Laporan ini akan disiarkan sebelum mesyuarat ke-17 Persidangan Pihak-Pihak untuk CITES (CoP17) in Johannesburg, Afrika Selatan. AESR yang dikemas kini ini akan digunakan untuk membuat keputusan dasar yang penting tentang masa depan gajah.

Amat terkesan dengan keputusan yang dibawakan oleh GEC, En. Allen menjadikan usaha pemuliharaan gajah sebagai keutamaan tertinggi dan kini bekerjasama dengan pihak individu, pertubuhan dan kerajaan dari seluruh dunia bagi memastikan generasi akan datang mampu melihat gajah dengan mata mereka sendiri dan bukannya dengan hanya membaca tentang spesies ini di dalam buku-buku.

Inisiatif baharu ini melibatkan pelancaran bancian gajah hutan di kawasan-kawasan yang mana kegiatan pemburuan haram mungkin memusnahkan kawanan gajah dan data populasi yang mencukupi adalah amat diperlukan. Vulcan turut mewujudkan platform data visual yang menyediakan kepintaran masa sebenar bagi kawasan pengurusan yang dilindungi. Sistem baharu ini telah diguna pakai sebagai program perintis di Kenya.

Akhir sekali, bagi memberi pemahaman yang lebih luas tentang masalah kritikal gajah Afrika, Vulcan Productions milik Paul Allen bakal menyiarkan dua buah filem tahun ini, iaitu "The Ivory Game," filem dokumentari secara penyamaran bagi mendedahkan dunia gelap penyeludupan gading gajah; dan "Naledi: A Baby Elephant's Tale," kisah sebenar tentang seekor anak gajah yang dilahirkan dalam program pemulihan gajah di Botswana dan menjadi yatim piatu pada usia satu bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang keputusan GEC, sila lihat:

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat terkini yang selanjutnya, boleh mengikuti kami melalui Twitter, Facebook, Google Plus dan Paper.li. 

[1] Secara keseluruhan, 18 buah negara telah dikaji selidik namun data perbandingan hanya tersedia untuk 15 buah negara.
[2] Bagi populasi besar yang disampelkan oleh GEC di 15 daripada 18 buah negara yang dikaji, yang mana jumlah data perbandingan terdahulu tersedia.

 

Source: Vulcan Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Animal Welfare Animals/Pets Survey, Polls & Research