BEIJING, 1 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Gamescom, salah satu acara permainan video terbesar di dunia, diadakan secara rasminya mulai 17 hingga 21 Ogos yang lalu. Selain pelbagai pembangun permainan video yang berlumba-lumba untuk memperkenalkan produk baharu mereka, Gamescom yang diadakan tahun ini turut menyediakan peluang untuk pemain Cina dan luar negara bersaing serta saling berkongsi dalam arena e-sukan. Perlawanan Perkongsian Antarabangsa WCA2016 telah menarik ramai peserta berbakat dari universiti-universiti di China dan Eropah, yang benar-benar menjadi sasaran Gamescom bagi tahun 2016.
Tahun ini, WCA membuat kemunculan kedua di Gamescom. Menerusi tema "Belia untuk e-sukan, Kebanggaan Sekolah", WCA menganjurkan perlawanan perkongsian persahabatan selama lima hari antara pasukan China dan luar negara menerusi tiga permainan video utama iaitu DOTA2, Hearthstone dan League of Legends, yang dapat menyatukan para peminat e-sukan dari China serta luar negara.
Penganjuran Perlawanan Perkongsian Antarabangsa antara universiti ini bertujuan untuk menggalakkan komunikasi antara China dan negara-negara asing mengenai e-sukan dengan bantuan pelajar kolej yang amat meminati e-sukan. Secara tepatnya, para pelajar kolej adalah yang paling bersemangat apabila mereka dilihat menjadi sebahagian besar daripada golongan peminat e-sukan. Pada awal tahun 2015, jumlah pelajar kolej mencecah 35.99 juta, daripada sejumlah 10 juta peminat e-sukan. Pada tahun 2016, WCA telah mengundang lebih 1,000 buah universiti China dan beberapa buah universiti luar negara untuk mengambil bahagian dalam pertandingan e-sukan, untuk terus mengukuhkan jalinan hubungan antara universiti-universiti China dan luar negara.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, WCA berusaha berkembang maju agar menjadi sebuah acara bertaraf antarabangsa. WCA telah meluaskan perkongsian dan kerjasama yang kukuh bersama sejumlah besar negara dan kawasan di dunia, termasuk pemeteraian perjanjian dengan UCC Rusia dan Persekutuan E-sukan Denmark. Setakat tahun 2016, WCA terdiri daripada tiga bahagian antarabangsa, iaitu bahagian Asia Pasifik, bahagian Eropah dan bahagian Amerika, selain telah mengadakan beberapa perlawanan di luar negara selama 205 hari. WCA turut dianggap sebagai rakan rasmi Persekutuan e-Sukan Brazil dan logo jenamanya turut dipamerkan di lokasi-lokasi Sukan Olimpik Rio bagi memperlihatkan tarikan e-sukan.
Pada masa akan datang, e-sukan China, diwakili oleh WCA, akan terus membimbing pemain e-sukan Cina dan luar negara untuk berkongsi dan mendorong kemajuan e-sukan global ke tahap seterusnya. Dengan menguasai pasaran e-sukan yang luas pada peringkat global, e-sukan China dijangka dapat menerajui trend industri menerusi sokongan kerajaan dan perkongsiannya bersama negara-negara asing.