omniture

Perkembangan Terbaru Saman Terhadap Perhimpunan Hadiah Nobel oleh Dr. Rongxiang Xu diumumkan

Mebo International
2013-03-11 21:00 176

 

LOS ANGELES, 11 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Perhimpunan Nobel di Karolinska Institutet, Perhimpunan Nobel menjawab saman malu yang difailkan oleh Dr. Rongxiang Xu pada 22 Februari 2013 dengan memfailkan notis untuk memindahkan saman tersebut daripada Mahkamah Negeri ke Mahkamah Persekutuan, di Los Angeles.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130305/LA71370)

Menurut para peguam Dr. Xu, pemindahan kes itu ke Mahkamah Persekutuan tidak akan memberi kesan kepada sifat saman tersebut tetapi hanyalah tindakan prosedur strategik oleh Defendan. Saman Dr. Xu difailkan pada Disember 2012 berhubung penganugerahan Anugerah Nobel 2012 dalam Fisiologi atau Perubatan oleh Perhimpunan Nobel.

Menurut Dr. Xu, saman tersebut difailkan bukanlah untuk mencemarkan reputasi Perhimpunan Nobel, tetapi difailkan antara lain untuk menjelaskan salah faham penting yang berkaitan "pengubahan sel soma manusia kepada sel induk dan penjanaan semula tisu fisiologi." Melalui kajiannya sendiri tentang sains pemulihan manusia sepanjang beberapa dekad lalu, Dr. Xu mendakwa beliau telah menemui dan membuktikan bahawa pengubahan ini merupakan satu kebolehan semulajadi yang terdapat dalam sel kita, satu fenomena semulajadi yang dikatakannya telah ditunjukkan melalui aplikasi klinikal yang berkali-kali dilaksanakan dengan jayanya. Menurut dakwaannya, pengubahan sel tersebut tidak memerlukan penggunaan sel buatan manusia, yang merupakan kaedah yang digunakan oleh penerima Anugerah Nobel 2012.

Dalam aduannya, Dr. Xu memberikan contoh hasil sebahagian daripada aplikasi klinikalnya, termasuk sekumpulan paten dan penerbitan yang memperincikan dan mengesahkan "pengubahan setempat sel soma manusia kepada sel induk diikuti oleh penjanaan semula setempat tisu fisiologi."  Aplikasi-aplikasi ini termasuk:

  • pertumbuhan semula kulit setempat untuk kesan lecur yang teruk
  • pertumbuhan semula restorasi jari yang terputus
  • pemulihan parut berjangkitan
  • pertumbuhan semula setempat untuk vili gastrointestinal atropik yang degeneratif kepada struktur normal berstatus muda

Berdasarkan hasil beliau, Dr. Xu menegaskan "penukaran sel soma manusia kepada sel induk dan penjanaan semula tisu fisiologi" merupakan kebolehan semulajadi manusia, bukannya sesuatu yang dicipta oleh sel buatan manusia. Tetapi memandangkan Perhimpunan Nobel telah menganugerahkan dua orang saintis yang menggunakan kaedah kedua itu, bagi mengubah secara buatan sel soma kepada satu bentuk "pluripotency" yang dinyatakan sendiri melalui pemindahan nukleus dan pemprograman semula sel, Dr. Xu percaya bahawa Perhimpunan Nobel mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan dengan tepat hasil kerja penerima anugerah tersebut dan mengiktiraf penemuan Dr. Xu yang ditunjukkan dan dibuktikan bertahun-tahun lebih awal. Dr. Xu percaya bahawa deskripsi yang diberi oleh Perhimpunan Nobel mengenai hasil kerja penerima-penerima anugerah itu mengelirukan dan ia merendah-rendahkan pencapaian saintifik dan reputasi profesional beliau, yang membawa kepada pemfailan aduan tersebut.

Dr. Xu percaya bahawa masyarakat umum perlu disedarkan mengenai perbezaan kritikal antara "pengubahan sel soma manusia kepada sel induk dan penjanaan semula tisu-tisu fisiologi" sebagai kebolehan semulajadi manusia, dan kebolehan yang dihasilkan oleh sel tiruan buatan manusia. Saman itu bukan sahaja merupakan tindakan untuk melindungi kerja sainsnya, tetapi juga merupakan sesuatu yang diharapkannya dapat menyedarkan orang awam tentang tanggungjawab dalam sains kajihayat mengenai fakta ilmu pengetahuan. Ini kerana, Anugerah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan mewakili kajihayat arus perdana yang memberi kesan langsung kepada keselamatan nyawa manusia, sesuatu yang paling penting dalam kehidupan ini.

Mengenai Rongxiang Xu

Dr. Xu merupakan pengasas sains pemulihan regeneratif badan manusia. Beliau memfailkan saman pada Disember 2012 terhadap Perhimpunan Nobel di Karolinska Institutet, sebuah badan yang menganugerahkan Anugerah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Agung Negeri California, di Pusat Keadilan Pusat Orange County dan menyatakan fitnah dan persaingan tidak adil. Pada 8 Oktober 2012, Anugerah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 2012 telah dianugerahkan kepada Sir John B. Gurdon dan Shinya Yamanaka "bagi penemuan bahawa sel matang boleh diprogramkan semula untuk menjadi pluripoten". Dr. Xu mendakwa sesetengah kenyataan yang dibuat oleh Perhimpunan Nobel adalah palsu kerana beliau merupakan saintis pertama yang membuat penemuan tersebut sedekad lebih awal.

http://www.mebo-international.com/about-us/timeline

Berikut merupakan contoh sains pemulihan regeneratif. Untuk maklumat tambahan, hubungi:
Jane Westgate: +1-336-209-9276, Jane@westgatecom.com, atau
Cheryl Riley: +1-703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net.

Source: Mebo International
Keywords: Biotechnology Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Legal issues