omniture

Siri nova Huawei Melangkaui Jangkaan

Huawei melancarkan dua telefon bimbit baharu yang menawarkan kombinasi dinamik antara rekaan yang menarik, prestasi yang unggul dan kamera yang mengagumkan
Huawei Consumer Business Group
2016-09-02 19:19 680

BERLIN, 2 Sept., 2016 /PRNewswire/ --

  • nova Huawei: amat menarik, kompak, dengan rekaan pelbagai lengkung, serta pengalaman kamera depan yang dinamik
  • nova plus Huawei: berkuasa merakam detik indah dengan kamera belakang telefon pintar 16MP

Huawei Consumer Business Group hari ini mengumumkan pelancaran siri nova Huawei yang baharu, terdiri daripada dua telefon pintar yang memukau: nova dan nova plus. Dicipta bagi memperlihatkan generasi beraspirasi yang ingin memanfaatkan sepenuhnya kehidupan, siri nova ini menggabungkan gaya dan fungsi dengan sempurna yang tiada tandingan.

http://releasd.com/37cb

Rangkaian produk nova Huawei menggabungkan ciri kebolehgunaan yang hebat dengan rupa bentuk yang memukau dan prestasi mengagumkan. Diinspirasikan oleh rekaan lengkungan yang berani yang kami lihat dalam seni bina kontemporari, reka bentuk menarik ini menampilkan permukaan berkontur anggun yang digabungkan bersama dengan lancar bagi memberikan pengalaman sentuhan dan visual yang amat sempurna pada tangan pengguna. Bagi melengkapi reka bentuk ini, nova dan nova plus tersedia dengan tiga pilihan warna yang lembut tetapi memberi impak: Emas Berprestij, Perak Mistik dan Kelabu Titanium.

Siri nova Huawei menawarkan pengalaman fotografi yang mengagumkan dengan tahap kepantasan, kedalaman dan kejelasan yang luar biasa, manakala kamera belakang 12MP dapat memberikan pengalaman fotografi yang hebat walau dalam keadaan rendah cahaya. Sementara itu, nova plus menyediakan kamera belakang 16MP yang hebat dan terunggul dari segi segmen dengan ciri penstabilan imej bagi menyediakan peminat fotografi dengan instrumen untuk merakam detik-detik indah agar dapat dikongsikan bersama keluarga dan rakan taulan. Kedua-dua peranti mempunyai kamera hadapan 8MP yang utama dari segi kategori bagi merakam selfie yang lebih baik dan juga mengambil gambar alam sekeliling menerusi sebarang keadaan cahaya. Skrin HD penuh yang imersif, dengan nisbah skrin kepada badan telefon yang terbesar dalam segmen ini, membolehkan pengguna menghargai pemandangan sempurna terhadap dunia.

Siri nova Huawei dapat memenuhi permintaan pengguna, termasuk pengguna yang memerlukan hayat bateri yang panjang. Menampilkan hayat bateri yang terbaik dalam kategori yang mampu bertahan sehingga dua hari, nova dan nova plus mengimbangi tempoh siap sedia yang lebih lama serta mempunyai prestasi terunggul, dan memberikan anda dengan kuasa yang anda perlukan sepanjang siang dan malam.

Sensor cap jari 3D utama Huawei turut menyokong pembukaan kunci telefon yang lebih pantas dan lebih tepat dengan ciri keselamatan serta kemudahan yang dipertingkat. Sensor cap jari ini dapat terus disesuaikan bagi mengawal sejumlah fungsi telefon, termasuk fungsi mengambil gambar. Dengan ini, kebolehan mengambil gambar selfie yang sempurna berada di hujung jari anda.

Richard Yu, CEO, Huawei Consumer Business Group, mengulas: "Pereka kami telah mencipta peranti yang menarik yang dapat memenuhi keperluan gaya hidup kita yang semakin mencabar. nova dan nova plus mampu memberikan sesuatu yang di luar jangkauan pelanggan, tetapi sememangnya apa yang mereka perlukan. Telefon bimbit ini membolehkan pengguna mendapat gambar yang lebih cerah, menikmati kehidupan sepenuhnya setiap hari dan meningkatkan kualiti kehidupan menerusi spesifikasi dan fungsi terbaik yang terdapat dalam segmen ini."

IFA 2016, Berlin, turut menyaksikan beberapa pengumuman produk lain yang menarik daripada Huawei Consumer Business Group. Menerusi paparan skrin 8.4" yang menarik, MediaPad M3 menyediakan nisbah skrin kepada badan telefon terbesar dalam segmen ini. Huawei P9 yang terkenal pula kini tersedia dengan pilihan warna Merah dan Biru baharu, selain kamera berprestasi tinggi pada peranti tersebut yang banyak mendapat pujian, dicipta bersama Leica, serta ciri-ciri lain yang utama dalam pasaran.

Huawei turut menayangkan sebuah filem pendek yang menerima pentaulihan istimewa, arahan Dennie Gordon, yang bertajuk "Dream it Possible". Video ini menayangkan kisah seorang pemain piano konsert klasikal muda yang bercita-cita tinggi, Anna, yang menggambarkan nilai jenama Huawei bahawa tiada yang mustahil.

Harga: 

nova Huawei          EUR399

nova plus Huawei   EUR429

nova Huawei boleh didapati mulai Oktober di lebih 50 buah negara dan kawasan, termasuk Jerman, Perancis, Sepanyol dan Austria.

nova plus Huawei boleh didapati mulai akhir September di lebih 50 buah negara dan kawasan, termasuk Sepanyol, Itali dan Kanada.

Di China, siri nova Huawei boleh dibeli secara dalam talian di JD.com dan Tmall.com, selain gedung Huawei.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160506/364549LOGO
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160901/403534

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services