omniture

ICBCCSI Mengumumkan Senarai ETF Menjejaki Indeks S&P China 500 Di Luar Yuan Melalui Bursa Saham London

UCITS ETF berdenominasi CNH merupakan yang terkini daripada jalinan kerjasama ICBCCSI WisdomTree
ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
2016-09-02 21:45 577

HONG KONG, 2 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited ("ICBCCSI") hari ini mengumumkan senarai UCITS ETF menjejaki Indeks S&P China 500 di luar Yuan CNH. Garis mata wang terkini adalah berikutan daripada pelancaran terbaharu UCITS ETF pertama menjejaki Indeks S&P China 500 yang tersenarai dalam USD dan GBP pada Bursa Saham London. Ini merupakan UCITS ETF pertama yang menyediakan akses kepada semua kelas saham ekuiti China.

Indeks S&P China 500 menggunakan proses mengikut peraturan bagi menilai ekonomi kedua terbesar di dunia itu dan juga pasaran ekuiti. Indeks ini menunjukkan ciri-ciri utama seluruh pasaran ekuiti China, termasuk kelas saham A, kelas saham H, dan senarai antarabangsa lain, menggunakan sekuriti yang kebanyakannya bersaiz besar dan cair. Penggunaan proses pemilihan saham mengikut sektor seterusnya membolehkan indeks memperlihatkan peruntukan sektor berkenaan pada peringkat indeks China yang lebih luas. Kaedah ini membolehkan indeks tersebut lebih memperlihatkan perubahan ekonomi China berbanding indeks ekuiti lain, yang hanya terhad kepada kelas saham yang tersenarai.

Laura Lui, Ketua Bahagian Pelaburan Indeks & Kuantitatif ICBC Credit Suisse Asset Management (International) mengulas:

"Jalinan kerjasama produk peringkat global antara ICBCCSI dan WisdomTree membawa peluang yang besar untuk kedua-dua syarikat. Kepakaran ETF global milik WisdomTree dapat melengkapi pemahaman mendalam ICBCCSI terhadap pasaran China, agar kami dapat bersama-sama menawarkan akses kepada pasaran China yang komprehensif untuk pihak pelabur. Pelancaran ETF berdenominasi CNH menjejaki Indeks S&P China 500 selain senarai USD dan GBP memperlihatkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian terkini menerusi instrumen yang pelbagai, telus dan berkesan untuk mengakses pasaran China. Usaha pengantarabangsaan RMB sentiasa menjadi salah satu daripada subjek utama dalam kalangan pelabur global dan ETF yang baru dilancarkan ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk penyelesaian China yang menyeluruh, berdenominasi RMB."

Nizam Hamid, Pakar Strategi ETF di WisdomTree Europe, berkata:

"Di WisdomTree, kami berusaha menawarkan kaedah paling berkesan untuk mengakses pasaran global. ETF terbaharu ini membuka lebih banyak peluang kepada pelabur Eropah yang ingin mengakses seluruh pasaran pertumbuhan China melalui satu perdagangan. Dengan penambahan senarai CNH, kini pihak pelabur mempunyai lebih banyak pilihan berkaitan pilihan pelaburan yang mereka inginkan. China terus mendapat pendedahan kritikal hasil berat pasaran paling tinggi dalam indeks pasaran baru muncul."

"Pasaran dalam negeri China adalah luas dan bersifat dinamik yang memiliki ciri-ciri pertumbuhan yang unik, yang amat menarik perhatian pihak pelabur," kata Alex Matturri, Ketua Pegawai Eksekutif S&P Dow Jones Indices. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan WisdomTree dan ICBC Credit Suisse untuk melesenkan penyelesaian Indeks S&P China 500 kami yang inovatif dan telus yang merangkumi syarikat-syarikat terbesar dan paling cair di China."

State Street Bank S.A. di Luxembourg dilantik untuk menyediakan perkhidmatan pentadbiran dana dan hak jagaan kepada ETF yang diperbadankan di Luxembourg.

Penafian

Indeks S&P China 500 ialah produk S&P Dow Jones Indices LLC dan/atau rakan sekutunya dan telah dilesenkan untuk digunakan oleh ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co., Ltd. (ICBCCSI), © 2016 S&P Dow Jones Indices LLC, satu divisyen daripada S&P Global. Hak cipta terpelihara.  S&P, SPDR dan S&P 500 ialah tanda dagangan berdaftar Standard & Poor's Financial Services LLC, satu divisyen daripada S&P Global ("S&P"). DOW JONES ialah tanda dagangan berdaftar Dow Jones Trademark Holdings LLC ("Dow Jones"). Tanda dagangan ini serta tanda dagangan lain telah dilesenkan kepada S&P Dow Jones Indices LLC. Pengedaran semula, penghasilan semula dan/atau salinan yang dibuat terhadap seluruh atau sebahagian daripada dokumen ini adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Dokumen ini bukan merupakan satu tawaran perkhidmatan dalam bidang kuasa yang mana S&P Dow Jones Indices LLC, Dow Jones, S&P atau rakan sekutu masing-masing (secara kolektifnya "S&P Dow Jones Indices") tidak memiliki lesen yang diperlukan. Semua maklumat yang disediakan oleh S&P Dow Jones Indices adalah tidak bersifat peribadi dan tidak dikhususkan kepada keperluan mana-mana individu, entiti atau kumpulan individu. S&P Dow Jones Indices menerima pampasan yang berkaitan dengan pelesenan indeksnya kepada pihak ketiga. Prestasi indeks terdahulu tidak menjamin keputusan masa depan. S&P Dow Jones Indices LLC, Dow Jones, S&P, dan rakan sekutu masing-masing ("S&P Dow Jones Indices") mahupun pemberi lesen pihak ketiga tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, secara jelas atau tersirat, tentang kemampuan mana-mana indeks untuk memperlihatkan dengan tepat kelas aset atau sektor pasaran yang bertujuan untuk diperlihatkan dan S&P Dow Jones Indices mahupun pemberi lesen pihak ketiga tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap apa-apa kesilapan, pengabaian, atau gangguan terhadap mana-mana indeks atau data yang disertakan dalam dokumen ini.

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management Company Limited merupakan satu usaha sama antara Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Credit Suisse. Firma ini merupakan salah satu pengurus aset terbesar di Tanah Besar China dan juga merupakan pakar pelaburan khusus untuk menyediakan penyelesaian pengurusan aset kepada China dan RMB dalam ICBC Group. Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, firma ini berpegang pada falsafah "Penciptaan Nilai melalui Pelaburan Berhemah". Setakat akhir Jun 2016, firma ini menggajikan kira-kira 550 kakitangan dan memiliki RMB1000 bilion aset bawah pengurusan, menyediakan perkhidmatan pengurusan dan khidmat nasihat berkualiti terbaik untuk lebih 15.3 juta pelanggan institusi dan juga runcit. 

Latar Belakang WisdomTree Europe Ltd.

WisdomTree Investments, Inc., menerusi anak-anak syarikatnya di A.S. dan Eropah, termasuk WisdomTree Europe Ltd yang berpangkalan di London ialah penaja serta pengurus aset bagi dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP"). WisdomTree menawarkan produk-produk yang merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, mata wang, komoditi dan strategi alternatif. Melalui WisdomTree Europe Ltd, ia menaja UCITS ETF WisdomTree serta MENINGKATKAN ETP jangka pendek dan memanfaatkan ETP. Kini WisdomTree memiliki kira-kira $$40.5 bilion (setakat 31 Julai 2016) aset bawah pengurusan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wisdomtree.com.

WisdomTree® ialah nama pemasaran untuk WisdomTree Investments, Inc. dan anak-anak syarikatnya di seluruh dunia.

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
+852-3975-3675
enquiries@icbccs.com.hk

Source: ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services