HONG KONG, 5 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- En. Harry Yeung, Pengasas dan Pengarah Persatuan Antarabangsa Perubatan Cina Moden (MCMIA) serta Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group, menghadiri Persidangan Antarabangsa Pemodenan Perubatan Cina & Produk Kesihatan (ICMCM) kali ke-12 dan juga Simposium Siswazah Antarabangsa Perubatan Cina di Hong Kong pada 11 dan 12 Ogos lalu. ICMCM dicetuskan dan dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong dan MCMIA.
Infinitus, ahli LKK Health Products Group, mengambil bahagian dalam persidangan ini sejak tahun 2009 dan telah menganjurkan beberapa forum bertema dengan tujuan untuk memaklumkan kepada orang awam tentang sejauh mana perubatan Cina dapat memainkan peranan dalam usaha mencegah penyakit. Infinitus turut memberi dorongan terhadap usaha pemodenan dan globalisasi perubatan Cina.
Sebagai tuan rumah Forum CEO dan Simposium Siswazah Antarabangsa Perubatan Cina, En. Yang berkata: "Sempena Sukan Musim Panas tahun ini, bekam kaca, satu kaedah rawatan perubatan tradisional Cina, menjadi ungkapan popular. Pemenang pingat emas Amerika dan atlet sukan renang Michael Phelps adalah peminat setia rawatan bekam kaca ini. Selain itu, terapi perubatan Cina seperti urutan dan akupunktur juga amat popular dalam kalangan atlet antarabangsa. Kini, kita dapat menyatakan dengan penuh yakin bahawa kaedah perubatan Cina telah menerobos luar sempadan pasaran asalnya dan digunakan serta diterima secara meluas oleh dunia."
Sebagai satu kaedah rawatan yang telah ditemui sekitar lebih satu ribu tahun, dan disempurnakan melalui pengalaman oleh pelbagai generasi, perubatan Cina menjadi semakin terkenal dalam seluruh pasaran global. Sempena ICMCM tahun ini, Wang Xiaopin, ketua pengarah Pentadbiran Negeri untuk Perubatan Cina Tradisional, menyebutkan dalam ucapan beliau yang bertajuk Peluang menerusi Inisiatif Lingkaran dan Jalan: "Di kebanyakan negeri di Timur Asia seperti Jepun dan Korea, ubat-ubatan Cina merupakan bahagian penting dalam sistem perubatan dan kesihatan negara selain mempunyai peranan yang sama dengan ubat-ubatan moden… Di Eropah, lebih 60% daripada populasi ini menjadikan ubat-ubatan tradisional sebagai sebahagian daripada panduan perubatan mereka. Kini, Eropah mewakili 44.5% daripada pasaran herba global… Pada tahun 2015, China mencapai hasil perolehan sebanyak USD3.77 bilion daripada eksport ubat-ubatan Cina, manakala Asia Tenggara dan Asia Selatan menjadi destinasi tradisional dan juga destinasi utama." Perniagaan yang dapat diperlihatkan menerusi angka semasa ini menjadi bukti potensi besar pembangunan ubat-ubatan tradisional yang selanjutnya.
Dasar-dasar baharu yang kondusif terhadap globalisasi ubat-ubatan Cina dilihat terus muncul. Pada tahun 2015, kerajaan China memperkenalkan inisiatif penting dengan satu tema panjang iaitu "Wawasan dan Tindakan untuk Bersama-sama Membangunkan Lingkaran Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21", namun serta merta mendapat perhatian di dunia menerusi bentuk singkatannya, inisiatif Satu Lingkaran dan Satu Jalan. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan hubungan dan komunikasi antarabangsa selain perdagangan dua hala.
Sempena persidangan tersebut, Pansy Yau, timbalan pengarah bahagian penyelidikan, Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong menjelaskan: "Skala dan wawasan Inisiatif Lingkaran dan Jalan bermakna ia akan mempercepatkan usaha pembangunan negara-negara Eurasia, berserta koridor ekonomi yang dicadangkan. Ia juga mungkin memberi kesan ketara terhadap sektor Ubat-ubatan Cina." Wang Xiaopin, ketua pengarah Pentadbiran Negeri TCM, turut menyebutkan dalam ucapan beliau: "Melihat dari segi perspektif global, negara-negara dan kawasan yang paling terbuka untuk menjadikan ubat-ubatan Cina sebagai pilihan terapi sebenar dilihat kebanyakannya daripada laluan yang diilhamkan oleh Inisiatif Satu Lingkaran dan Satu Jalan. Hampir kesemua 13 perjanjian zon perdagangan bebas (FTA) domestik dan luar negara yang ditandatangani oleh China melibatkan ubat-ubatan Cina sebagai satu komponennya."
Namun begitu, globalisasi ubat-ubatan Cina masih berhadapan dengan beberapa kesukaran dan cabaran, walaupun terdapat permintaan pasaran yang tinggi selain sokongan yang diberikan oleh dasar-dasar kerajaan. Sebagai contoh, akibat tiadanya keseragaman yang diwujudkan antara sistem tempatan yang berbeza dengan kepelbagaian dalam pembangunan ekonomi, budaya dan agama, kaedah penyelidikan yang dilaksanakan serta piawaian antarabangsa masih belum diwujudkan. Terdapat juga cabaran dari segi undang-undang dan juga halangan dari segi perdagangan, antara masalah lain. Dr. Burt Kroes daripada Lembaga Penilaian Perubatan di Belanda berkongsi maklumat mengenai kawalan kualiti (tradisional) produk perubatan herba dalam pasaran EU bersama hadirin di persidangan tersebut, bagi membolehkan para tetamu memperoleh lebih pengetahuan tentang cara untuk membolehkan ubat-ubatan Cina menembusi pasaran global.
Selain itu, persidangan tersebut mengundang para profesor yang pakar dalam bidang perubatan Cina daripada University of Hong Kong, University of Macau dan Nanjing University of Chinese Medicine, serta wakil-wakil korporat daripada pengeluar herba perubatan Cina seperti Nong's yang berpangkalan di Hong Kong dan Tong Ren Tang yang berpangkalan di Beijing, untuk turut serta bersama pakar-pakar dalam bidang lain dalam usaha untuk berkongsi pencapaian dalam penyelidikan terkini serta pembangunan dari segi undang-undang dan peraturan yang memberi kesan terhadap ubat-ubatan Cina selain kes-kes melibatkan kejayaan produk.
Tahun ini, ahli baharu LKK Health Products Group, Naturale (China) Pharma Co., Ltd. yang berpangkalan di China, sekali lagi mengambil bahagian dalam persidangan tersebut. Naturale diasaskan pada tahun 2015, yang mengkhusus dalam penanaman dan jualan herba perubatan Cina. Naturale telah membangunkan kemudahan pengeluaran untuk codonopsis pilosula, astragalus mongholicus, poria, ganoderma lucidum, goji berry, lentinus edodes, chrysanthemum morifolium dan morinda officinalis, memilih lokasi terbaik di seluruh China untuk membangunkan pelbagai kemudahan tersebut.
Pada tahun 2016, Naturale menandatangani satu perjanjian dengan Takasago Pharmaceutical Co. Ltd. yang berpangkalan di Jepun, sebuah anak syarikat Ohsugi Pharmaceutical Co. Ltd. yang merupakan salah satu daripada empat pengeluar ubat-ubatan Cina terbesar di Jepun. Pesanan pertama yang dibuat termasuk saffron crocus, semen coicis, astragalus mongholicus, poria, antara herba lain. Menerusi amalan sedemikian, ubat-ubatan Cina asli berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Latar Belakang LKK Health Products Group (WWW.LKKHPG.COM )
LKK Health Products Group ("LKKHPG") merupakan ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan Hong Kong berusia seabad lamanya. Beribu pejabat di Hong Kong, LKKHPG ialah sebuah kumpulan perniagaan yang moden dan pelbagai, mengkhusus dalam usaha penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan perkhidmatan berkaitan produk kesihatan herba Cina; pengurusan perladangan TCM dan jualan bahan mentah ubat-ubatan Cina; platform internet mudah alih serta produk dan juga perkhidmatan berkaitan; selain pelaburan harta tanah.
Setakat 30 Jun 2016, LKKHPG menggajikan hampir 4,800 kakitangan. Ahli-ahli LKKHPG terdiri daripada Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Infinitus Health Products (Singapura) Pte Ltd., Infinitus Innovations (Kanada) Inc., Naturale (China) Pharma Co., Ltd., HeHa Digital Health Ltd. dan Infinitus Property Investment (Hong Kong) Limited.