omniture

Pameran Solo Lun Chuntao di MOCA Loewen

True Art
2013-03-12 12:38 270

SINGAPURA, 11 Mac 2013 /PRNewswire/-- Dianjurkan oleh Muzium Seni Kontemporari di Singapura dengan kerjasama Linda Gallery dan J.P. Art Centre, "Pameran Solo Lu Chuntao" telah dibuka di MOCA Loewen pada 3 petang, 10 Mac, dan akan berlangsung sehingga 17 Mac. Pameran itu akan mempamerkan 20 karya terkini oleh artis dakwat kontemporari Lu Chuntao sejak akhir 2012 hingga awal 2013.

Lu Chuntao telah dilahirkan pada tahun 60an di Shanghai. Penerokaan dan eksperimen beliau dalam lukisan dakwat telah berlaku dalam konteks yang sama dengan perubahan dramatik dalam dunia seni kontemporari Cina sejak tahun 1980an dan seiring dengan evolusi lukisan gaya Shanghai. Mengimbau kembali amalan Lu, kita akan dapati bahawa beliau mengikuti perubahan semasa. Nostalgia budaya menjadi sumber inspirasi bagi lukisan beliau. Dengan menterjemahkan citraan estetika Cina klasik dengan sentuhan kontemporari, beliau cuba untuk mengasingkan karya beliau daripada suasana suram dan terasing yang unik kepada lukisan pujangga tradisional dan menghasilkan satu dunia budaya yang puitis dan kritikal. Dari segi bahasa lukisan, beliau berjaya menyatukan teknik lukisan Cina dan Barat; klasik dan kontemporari; serta menggabungkan penggarapan masa dengan ruang, menjadikannya satu media pelbagai dimensi yang memperkembangkan mantra seni dakwat. Dari segi penggunaan warna, beliau telah beralih daripada tradisi menggunakan dakwat sahaja dan cuba menggariskan bentuk dengan warna, yang menjadi gaya tersendiri beliau. Seni dakwat Lu menjadi satu contoh teladan penerokaan berasaskan seniman dalam perkembangan gaya lukisan Shanghai, yang diiktiraf sebagai asal usul seni kontemporari China.

Pameran MOCA Loewen meneruskan tema terdahulu Lu iaitu siri “Kolam Teratai”, tetapi beliau menekankan perasaan “kesedaran kerja” dan “ekspresi kerja” yang kuat dengan lebih mendalam. Kali ini, kemunculan “Kolam Teratai” karya Lu Chuntao di Singapura menjadi bukti bahawa penerokaan dan amalan seni beliau mendapat pengiktirafan seni kontemporari. Pameran itu akan membawakan sajian visual yang baru mengenai “Kolam Teratai” karya beliau kepada pengunjung seterusnya meningkatkan pengaruh lukisan dakwat dalam pertukaran seni antarabangsa.

Sokongan Media: http://www.trueart.com/

http://s1.trueart.com/source/20130310/190909434.jpg
Muzium Seni Kontemporari di Singapura

http://s1.trueart.com/source/20130306/111609640.jpg
“Kolam Teratai” karya Lu Chuntao 2013 No. 017 107x78cm

http://s1.trueart.com/source/20130310/190939638.jpg

Pameran 1

http://s1.trueart.com/source/20130310/191006779.jpg

Pameran 2

Mao Qian
+86-21-6266-6063
maoqian@trueart.com  

SUMBER True Art

Source: True Art
Keywords: Art Fashion Leisure/Travel/Hotels Trade show news