omniture

DJI Raikan Ulang Tahun ke-10 di Udara menerusi "Above the World"

Gambar buku dari udara yang memukau memberi perspektif baharu terhadap dunia kita
DJI
2016-09-07 09:06 502

BERLIN, 7 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Pada hari Jumaat, DJI mengadakan sambutan ulang tahun ke-10 menerusi pelancaran buku yang menampilkan gambar-gambar memukau yang diambil oleh jurugambar udara terkenal dan juga jurugambar amatur yang bersemangat dari serata dunia.

Above the World, sebuah buku 'coffee table' dengan gambar yang dicetak berkilat dan beresolusi tinggi yang diambil dari langit, memberi penghormatan kepada revolusi yang dicetuskan oleh DJI sedekad yang lalu. Sejak 10 tahun lalu, DJI telah memanfaatkan anugerah penerbangan melalui alat pengawal penerbangannya dan menentukan semula sejauh mana orang ramai melihat dunia menerusi kamera udara yang superlatif. DJI terkenal dengan rangkaian produk dron Phantom yang ikonik, selain dron Inspire dan juga dron yang bersaiz lebih besar dan profesional, berserta sistem pengimejan udara profesional Zenmuse X5 dan X5R yang digunakan oleh jurugambar dan juga pengarah fotografi.

Buku ini memberi peluang kepada pembaca untuk menikmati detik-detik indah yang sebelum ini tidak kelihatan dan menghargai pemandangan di atas daratan daripada pandangan sebuah dron. Ini menjadi intipati utama kempen ulang tahun ke-10 DJI yang fokus terhadap Inovasi, Imaginasi dan Inspirasi, kesemuanya merupakan mercu tanda terhadap usaha syarikat untuk meraih kedudukan sebagai peneraju pasaran.

"Setelah 10 tahun bertungkus lumus, kami mempelajari bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai oleh pengampu atau oportunis. Kejayaan adalah untuk mereka yang merendahkan diri, mempunyai wawasan yang jelas, dan berusaha tanpa jemu bagi mencapai matlamat mereka. Mereka ini merupakan individu yang akhirnya akan mencetuskan perubahan yang memberi impak yang jelas," kata Frank Wang, Pengasas dan CEO DJI, semasa ditemu bual tentang buku tersebut. "Kepercayaan inilah yang mendorong kami untuk mewujudkan sebuah industri yang membolehkan orang ramai melihat dunia daripada suatu perspektif serba baharu."

Tiga tunjang utama kempen ulang tahun ke-10 DJI memberi tumpuan terhadap penemuan berteknologi syarikat itu, kesan daripada produknya terhadap seni kreatif dan penggunaan produk DJI untuk manfaat masyarakat serta alam sekitar.

Above the World bakal diperkenalkan kepada wakil media dan tetamu jemputan pada Oktober ini di lokasi-lokasi terpilih. Selain itu, kempen ulang tahun akan menyediakan acara sambutan yang dianjurkan bersama pengedar yang sah, termasuk New Pilot Experience™ yang istimewa dan bengkel DJI: Moving with Cameras™ di kawasan berbeza, selain pertandingan fotografi secara dalam talian, sepanjang tahun 2016.

DJI telah memilih 11 imej daripada buku tersebut bagi memberi prebiu kepada pembaca, sila muat turun di sini: http://bit.ly/AboveTheWorld

(Sekiranya anda ingin menggunakan mana-mana imej ini, sila rujuk dokumen hak cipta melalui pautan di atas, dan berikan kredit untuk gambar tersebut kepada jurugambar dan buku tersebut sewajarnya)

Buku ini boleh didapati melalui Gedung Dalam Talian DJI dan pengedar yang sah mulai akhir Oktober ini. Sila daftar sekarang melalui http://www.dji.com/10 bagi mendapatkan tawaran eksklusif dan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti akan datang.

Latar Belakang DJI

DJI ialah peneraju global dalam membangunkan dan mencipta teknologi dron serta kamera yang inovatif untuk kegunaan komersial dan juga rekreasi. DJI ditubuhkan dan dikendalikan oleh individu yang amat berminat dengan helikopter kawalan jauh serta pakar dalam bidang teknologi kawalan penerbangan dan juga kestabilan kamera. Syarikat ini dikhususkan untuk menjadikan fotografi udara dan peralatan serta platform pembikinan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah untuk digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini mencakupi Amerika Utara, Eropah dan Asia, manakala produk dan penyelesaiannya yang revolusioner menjadi pilihan pelanggan yang berada di lebih 100 buah negara untuk digunakan dalam industri pembikinan filem, pembinaan, tindak balas kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang kami: www.dji.com   
Ikuti kami melalui Facebook: www.facebook.com/DJI
Ikuti kami melalui Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal  
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI 

Source: DJI
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Books Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Film & Motion Picture