omniture

RS Components Melepasi Bilangan 300,000 Muat Turun untuk Program Model CAD 3Dnya

RS Components
2013-03-13 10:00 199

Angka menunjukkan bagaimana RS telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada jurutera dengan alat rekaan 3D percuma atas talian

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Mac 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah mencatatkan lebih 300,000 muat turun bagi model CAD 3D dari laman web RS Components, hanya dua tahun selepas pelancaran program CAD 3D itu. Bilangan muat turun di Asia Pasifik telah mencapai lebih 52,000 muat turun dengan rekod sebanyak lebih 22,000 muat turun di China, menjadikan negara itu sebuah negara yang  mempunyai bilangan muat turun terbanyak di rantau ini.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Katalog 3D RS Components kini telah melebihi 30,000 model daripada lebih 40 pengilang utama, dengan penambahan baru sentiasa diperkenalkan ke dalam perpustakaan itu. Model-model tersebut boleh dimuat turun  dalam kebanyakan format CAD 3D, dan boleh dicapai melalui laman mikro CAD 3D atau perpustakaan komponen ModelSource dalam DesignSpark. Program ini telah dilancarkan dua tahun lalu, dengan tujuan untuk membekalkan jurutera dengan capaian kepada perpustakaan model 3D yang luas tanpa kos.

"Kadar penggunaan sumber atas talian kami oleh jurutera  untuk mendapatkan model 3D telah meningkat dengan pesat, dan dalam dua belas bulan kebelakangan ini kami telah mencatatkan dua kali ganda bilangan muat turun berbanding tahun sebelumnya untuk mencapai angka yang mengagumkan ini," kata Mark Cundle, Ketua Pemasaran Teknikal, RS Components. "Analisis data kami menunjukkan penggunaan ini sememangnya global dengan muat turun di Asia Pasifik terutamanya China mengatasi jangkaan kami. Ini merupakan bukti yang menunjukkan jurutera di setiap negara di seluruh dunia semakin mempercayai dan bergantung kepada RS bagi menyokong rekaan mereka."

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk melalui internet, katalog dan di kaunter dagangan  kepada lebih daripada sejuta pengguna, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal utama, termasuklah komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents tersenarai di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan yang lalu berakhir 31 Mac 2012 ia telah mencatat pendapatan sebanyak GBP 1.27 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan-pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E: soochun.tan@rs-components.com
T: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
E: rscsg@hoffman.com
T: +65-6361-0250

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Survey, Polls & Research