omniture

Kertas Putih Baharu Perkenalkan Pendekatan Menyeluruh untuk Mengurus Pereputan Gigi

FDI World Dental Federation
2016-09-07 15:00 547

POZNAN, Poland, 7 September, 2016 /PRNewswire/ -- Persekutuan Pergigian Sedunia FDI hari ini menyiarkan satu kertas putih yang bertajuk 'Pencegahan dan Pengurusan Karies Gigi' menerusi sokongan Perkongsian Pencegahan Karies Gigi dengan Colgate. Kertas putih ini menggariskan strategi untuk mencegah dan mengurus karies gigi (pereputan gigi) melalui tindakan yang bersepadu oleh golongan profesional kesihatan mulut, penggubal dasar dan juga masyarakat awam.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160831/402993LOGO )

Dr Patrick Hescot, Presiden FDI berkata, "Karies gigi yang tidak dirawat boleh memberi kesan terhadap hampir separuh populasi dunia (44%), namun kebanyakan negara masih belum merangka pelan tindakan untuk dilaksanakan bagi mengatasi beban penyakit yang semakin membarah ini. FDI komited untuk melindungi orang ramai daripada mengalami kesakitan, penderitaan mahupun kehilangan gigi yang berpunca daripada karies gigi melalui strategi perlindungan yang berkesan."

Kertas putih ini, yang dilancarkan semasa Kongres Pergigian Dunia Tahunan di Poznań, Poland (7-10 September), menggariskan sejauh mana pengamal pergigian dapat beralih daripada pendekatan pemulihan terhadap pengurusan karies gigi, kepada pendekatan yang fokus untuk menyediakan perkhidmatan perubatan gigi yang boleh dicegah. Ia turut menekankan segala usaha ini tidak mungkin terlaksana secara sendiri dan menggesa penggubal dasar untuk melaksanakan strategi perlindungan untuk seluruh penduduk (cth, ketersediaan fluorida, cukai ke atas makanan dan minuman manis) selain pembayar pihak ketiga bagi mengubah model ganjaran yang telah ketinggalan.

Prof. Nigel Pitts, penulis bersama kertas putih itu berkata, "Kesihatan mulut adalah hak asasi manusia, namun 3.9 bilion individu didapati menerima kesan daripada penyakit mulut di seluruh dunia, memandangkan sistem yang diperlukan untuk mengawal beban tersebut belum disediakan. Kami telah menggariskan penyelesaian berasaskan bukti terhadap karies gigi dalam kertas putih ini. Kesemua ini perlu dibuktikan menerusi tindakan pada peringkat klinikal dan dasar, agar golongan profesional kesihatan mulut dapat menyediakan perkhidmatan penjagaan yang terbaik untuk pesakit mereka."

Dr Marsha Butler, Naib Presiden Penjagaan Mulut, Colgate menambah, "Kami berbangga kerana dapat menyokong usaha Perkongsian Perlindungan Karies Gigi, selain dapat menyediakan bahan pendidikan berkualiti tinggi yang diperakui oleh projek-projek inovatif daripada ahli-ahli persatuan FDI, untuk menangani masalah karies gigi di negara tersebut melalui penyampaian Anugerah Senyum FDI. Pemenang tahun ini merupakan anggota Persatuan Pergigian dari Palestin dan Kemboja. Kami juga berharap dapat menyokong projek-projek seterusnya pada tahun 2017."

Kesimpulan daripada kertas putih itu mencadangkan komuniti kesihatan mulut dan penggubal dasar kini perlu menyatakan komitmen terhadap:

  • Sokongan usaha pencegahan karies gigi pada peringkat individu dan populasi
  • Usaha memulakan perubahan dalam pengurusan karies gigi
  • Menggalakkan penakrifan semula kurikulum kariologi
  • Usaha ke arah integrasi kesihatan mulut yang lebih padu mengikut dasar kesihatan awam
  • Penglibatan dalam pemikiran semula ganjaran untuk usaha perlindungan dan pengurusan karies gigi
  • Galakan terhadap usaha perlindungan dan pengurusan karies gigi berpandukan data dan berasaskan bukti

Prof. Domenick Zero, selaku penulis bersama, menekankan, "Kebanyakan kumpulan dan organisasi dalam sektor pergigian telah digesa untuk terus berusaha ke arah pencegahan karies gigi yang lebih berkesan dan pemeliharaan struktur gigi yang baik sejak lebih 20 tahun lalu. Inilah masanya untuk berhenti bercakap dan mula bertindak. Kertas putih tersebut bertindak untuk menjadi instrumen penting menuju usaha ini."

Latar Belakang Perkongsian Pencegahan Karies Gigi

http://www.fdiworldental.org/caries-prevention

Latar belakang penulis

Profesor Nigel Pitts ialah Pengarah Pusat Inovasi & Translasi Pergigian di King's College London.

Professor Domenick Zero ialah Pengarah Institut Penyelidikan Kesihatan Mulut di Fakulti Pergigian, Universiti Indiana: dzero@iu.edu

Latar Belakang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI bertindak sebagai badan wakil yang utama untuk lebih 1 juta doktor gigi di seluruh dunia. Anggotanya melibatkan kira-kira 200 persatuan ahli peringkat kebangsaan dan kumpulan pakar daripada lebih 130 buah negara. Wawasan FDI: 'memimpin dunia ke arah kesihatan mulut yang optimum'. http://www.fdiworldental.org; http://www.facebook.com/FDIWorldDentalFederation; https://www.twitter.com/worldentalfed

Latar Belakang Colgate-Palmolive 

Colgate-Palmolive ialah sebuah syarikat produk pengguna global yang utama, memberi tumpuan khususnya terhadap Penjagaan Mulut, Penjagaan Peribadi, Penjagaan Rumah dan Makanan Haiwan Peliharaan. Colgate menjual produknya di lebih 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia menerusi jenama-jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Colgate, Palmolive, Softsoap, Irish Spring, Protex, Sorriso, Kolynos, elmex, Tom's of Maine, Sanex, Ajax, Axion, Soupline, dan Suavitel, selain Hill's Science Diet, Hill's Prescription Diet dan juga Hill's Ideal Balance. Untuk maklumat lanjut tentang segmen perniagaan global Colgate, layari laman sesawang Syarikat melalui http://www.colgatepalmolive.com

Maklumat perhubungan media

Charanjit Jagait, e-mel: cjagait@fdiworldental.org , Tel: +41-22-560-81-48

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Health Care/Hospital Survey, Polls & Research