TUCSON, Arizona, 7 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- HSRx Biopharmaceutical, pembangun utama bagi kombinasi ubat-ubatan dengan kehebatan berbilang fungsi untuk penyakit berjangkit dan keadaan penyakit kronik berkaintan usia, mengesahkan calon ubat antiviral berspektrum luas yang diberikan secara oral, HSRx 431™, berkesan menangani virus Zika. HSRx dijangka akan diuji terhadap manusia pada awal tahun 2017 dan akan berusaha mendapatkan kelulusan segera ubat daripada Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan A.S.
Kajian saringan yang dijalankan oleh SRI International di kemudahannya di Shenandoah Valley mengesahkan keberkesanan HSRx 431 terhadap virus Zika. Kajian in vivo yang dijalankan sebelum ini menunjukkan keselamatan dan keberkesanan calon ubat itu terhadap jangkitan deman denggi dan penyakit chikungunya. Kajian tambahan HSRx 431 terhadap virus Zika akan dijalankan serentak oleh SRI International. Pada masa yang sama, pembangunan protokol klinikal dan pendaftaran FDA akan diselesaikan untuk ujian percubaan keselamatan terhadap manusia berkaitan virus Zika.
Penyakit yang berpunca daripada virus Zika, yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia bahawa masih tiada vaksin atau rawatan ubat untuk menanganinya, disebarkan khususnya oleh nyamuk Aedes aegypti yang terdapat di benua Amerika, Afrika, Caribbean, Asia dan juga Pasifik. Florida, yang mencatatkan beratus-ratus kes Zika, dan Puerto Rico, yang mencatatkan 5,000 kes adalah lebih terdedah. Pusat Kawalan Penyakit (CDC) A.S. menyatakan nyamuk Aedes terdapat kira-kira di 30 buah negeri, manakala Anthony Fauci, M.D., pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID) menyatakan 25% populasi penduduk Puerto Rico yang terdiri daripada 3.55 juta penduduk dijangka akan dijangkiti oleh Zika sepanjang tahun depan.
Dr. Fauci dan Penasihat Saintifik Kanan NIAID, David M. Morens, M.D., menulis dalam New England Journal of Medicine: "Berhubung dengan rawatan, wabak oleh arbovirus menunjukkan bahawa pendekatan satu-virus-satu-ubat adalah tidak mencukupi; ubat antiviral yang berspektrum lebar yang berkesan terhadap seluruh kategori virus adalah amat diperlukan."
Pengarah Biologi HSRx, Joshua Costin, Ph.D., seorang pakar virus, berkata HSRx 431 dihasilkan untuk memenuhi keperluan sedemikian, seperti yang dinyatakan oleh beliau, "ubat ini adalah tepat pada masanya atas sebab tambahan: Sebarang kelulusan untuk vaksin Zika mungkin rumit dan tertangguh sekiranya dapatan daripada kajian baharu terhadap perkaitan virus Zika/denggi terbukti tepat." Kata Dr. Fauci, "Tempoh paling awal untuk kita memperoleh vaksin, sekiranya semuanya berjalan lancar, adalah dalam tahun 2018."
Antibodi yang dihasilkan oleh jangkitan biasanya memberi keimunan terhadap jangkitan ulangan, namun peningkatan bersandarkan antibodi (ADE), pertama kali dilaporkan sebagai teori oleh Scott Halstead, M.D., pakar terkemuka berkaitan virus yang disebarkan oleh nyamuk, membolehkan virus denggi memberi jangkitan susulan yang mana antibodi tersebut menjadikan penyakit berkenaan bertambah teruk. Kajian yang baru selesai baru-baru ini menunjukkan serum manusia yang mengandungi antibodi denggi meningkatkan kebarangkalian jangkitan virus Zika sebanyak 200 kali ganda. CDC turut menyebutkan bahawa lebih satu pertiga daripada populasi penduduk dunia tinggal di kawasan-kawasan berisiko dijangkiti virus denggi, manakala 400 juta tambahan penduduk dijangkiti virus denggi setiap tahun. Denggi dilihat semakin berleluasa di Puerto Rico, Amerika Latin, Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik, Kepulauan Caribbean, dan seperti mana virus Zika, tidak lama lagi jangkitannya dijangka akan menular di A.S.
Ketua Pegawai Eksekutif HSRx, Thomas Sullivan, Jr., menjelaskan, "Kami telah mempatenkan HSRx 431 dan juga yang digabungkan dengan Oseltamivir (Tamiflu™) serta antiviral yang lain, bagi membolehkannya menjadi pilihan ubat antiviral berspektrum luas untuk rawatan peringkat awal dan bagi mencegah pelbagai jangkitan virus, termasuk Zika, denggi, chikungunya dan influenza, tanpa perlu mengenal pasti agen penyebab. CDC menyatakan 'berjuta-juta individu jatuh sakit, beratus-ratus ribu orang dimasukkan ke hospital manakala berpuluh-puluh ribu individu maut akibat demam flu setiap tahun di A.S. Hasil gabungan HSRx 431 dan Oseltamivir akan menghasilkan ubat antiviral berspektrum luas, diberikan secara oral serta diperlukan di seluruh dunia dengan jangka hayat serta hayat paten yang panjang.'"
Latar Belakang HSRx Biopharmaceutical
HSRx Biopharmaceutical ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang berpangkalan di Arizona, merupakan peneraju bagi pembangunan farmaseutikal berbilang fungsi, iaitu satu kemajuan terkini dalam terapi rawatan ubat-ubatan. Kombinasi ubat oleh HSRx menyasarkan dan berinteraksi secara unik dengan berbilang sasaran molekul dalam tubuh manusia yang diketahui mempunyai perkaitan dengan keadaan penyakit - satu kemajuan berbanding strategi terapi rawatan ubat-ubatan semasa menerusi rawatan sasaran satu molekul, merawat seluruh penyakit, dan bukan sekadar satu simptom penyakit tersebut. HSRx memanfaatkan teknologi proprietari untuk mengenal pasti dan mendapatkan fitonutrien berbilang fungsi yang dapat melawan penyakit melalui sumber makanan berstatus GRAS, seterusnya menggabungkan sebatian proprietari ini bersama ubat-ubatan generik yang mendapat kelulusan FDA bagi menghasilkan kombinasi ubat baharu yang hebat dengan jangka hayat paten yang panjang. Dalam kajian klinikal yang dijalankan untuk membandingkan keselamatan dan keberkesanan kombinasi ubat HSRx dengan rawatan ubat-ubatan generik utama yang digunakan masa kini, kombinasi ubat HSRx menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi dan melaporkan kesan sampingan yang rendah. Maklumat lanjut disediakan di HSRxBiopharmaceutical.com.
Hubungi:
Matt Russell
Russell Public Communications
(520) 232-9840
mrussell@russellpublic.com