omniture

Deloitte mengumumkan rekod perolehan sebanyak US$36.8 bilion, meningkat 9.5 peratus - Pertumbuhan tahun ketujuh berturut-turut

Deloitte
2016-09-08 00:31 506

- Pertumbuhan dipacu oleh kesemua perniagaan, rantau dan hubungan strategik  

- Hampir 72,000 pengambilan kakitangan baharu

NEW YORK, 8 September 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Deloitte melaporkan perolehan rangkaian agregat sebanyak US$36.8 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mei 2016 (FY2016), dengan pertumbuhan sebanyak 9.5 peratus mengikut mata wang tempatan.

"Hasil pertumbuhan Deloitte tahun ini mencerminkan perkhidmatan bertaraf profesional dengan nilai yang nyata dan berkualiti tinggi yang kami sediakan kepada pelanggan kami," kata Punit Renjen, Ketua Pegawai Eksekutif Global Deloitte. "Deloitte berbangga dapat membantu pelanggan mencapai kejayaan dalam sektor perniagaan global, hasil daripada ketidaktentuan dan perubahan digital selain peranan kami sebagai pengelola yang membantu memastikan pasaran kewangan global berjalan dengan baik."

Menumpu kepada hasil pertumbuhan pelanggan menerusi kesemua perniagaan dan lokasi utama

Kebolehan Deloitte untuk memberi nilai kepada pelanggan di seluruh lokasi dan pusat perkhidmatan mendorong kepada pertumbuhan untuk lima segmen perniagaan utamanya—Audit, Perundingan, Khidmat Nasihat Kewangan, Khidmat Nasihat Risiko dan Percukaian & Perundangan. Semua perniagaan khidmat nasihat menunjukkan pertumbuhan dua digit di seluruh dunia. Maklumat penting termasuk:

  • Segmen Khidmat Nasihat Risiko meningkat paling tinggi sebanyak 22.5 peratus, dipacu oleh permintaan tinggi terhadap perkhidmatan siber dan pengawalseliaan.
  • Segmen Perundingan meningkat 10.8 peratus, dipacu oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan disepadukan yang menyokong transformasi digital secara besar-besaran, pelaksanaan sistem, sumber manusia dan projek-projek strategi.
  • Segmen Percukaian & Perundangan meningkat 10.0 peratus bagi Tahun Fiskal 2016, peningkatan tertinggi sejak Tahun Fiskal 2008. Hasil pertumbuhan ini sebahagiannya dipacu oleh pertumbuhan dua digit selama enam tahun berturut-turut bagi Segmen Perundangan Deloitte.

Pelaburan dalam teknologi khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan

Syarikat-syarikat sedang mencari tenaga pakar untuk membantu mereka mengurus dan memanfaatkan perubahan dan inovasi yang didorong oleh teknologi. Bagi memenuhi keperluan ini, Deloitte terus membuat pelaburan strategik dalam lima segmen perniagaannya demi meningkatkan keupayaannya yang terkemuka dalam industri menerusi bidang-bidang seperti siber, penggabungan & pengambilalihan (M&A), analitik, penyumberan ramai, kepintaran buatan, pengkomputeran awan, digital dan juga Internet Semua Benda (IoT).

Pendekatan berdisiplin untuk melabur ini membolehkan Deloitte untuk:

  • Melabur lebih US$650 juta sejak tahun 2008 demi meningkatkan kualiti, ketekalan dan kerelevenan audit. Pelaburan ini melibatkan pengautomatan yang memperbaharui tugasan harian selain analitik yang dapat memberikan pandangan terhadap data yang lebih mendalam dan lebih berwawasan.
  • Memperluas teknologi dan aset perkhidmatan kewangannya, seperti Makmal Rantai Blok Khidmat Kewangan baharunya di Ireland, yang membolehkan Deloitte beralih segera daripada konsep kepada prototaip yang dikhususkan untuk memenuhi keperluan pelanggan individu. Demikian juga, penubuhan Rangkaian Strategi & Respons Jenayah Kewangan oleh Deloitte dapat membantu institusi-institusi kewangan bertindak secara strategik untuk mengatasi ancaman yang semakin meningkat seperti pengubahan wang haram, jenayah siber, penipuan dan juga rasuah.
  • Menubuhkan jaringan Pusat Risikan Siber di seluruh dunia yang menyediakan penyelesaian yang diperluaskan sepenuhnya dan boleh disesuaikan demi memastikan organisasi-organisasi kekal selamat, berwaspada dan berdaya tahan ketika berhadapan dengan ancaman siber yang semakin sofistikated.
  • Memanfaatkan teknologi visualisasi data dalam syarikat-syarikat M&A Deloitte untuk meningkatkan kebolehan pelanggan menganalisis data yang diperoleh semasa proses usaha wajar.
  • Melancarkan aplikasi penyumberan ramai perusahaan bagi tujuan membantu organisasi-organisasi memanfaatkan orang luar dan mendapatkan khidmat kepakaran tertentu dan sukar diperoleh; berkolaborasi untuk membangunkan produk atau idea baharu; dan mencipta, membangunkan serta menguji aset digital baharu.
  • Melabur untuk membangunkan teknologi dan aset baharu, khusus untuk memenuhi keperluan industri tertentu. Syarikat-syarikat sains hayat dan rawatan kesihatan, contohnya dapat memanfaatkan data dengan cara baharu bagi membolehkan penemuan perubatan baharu diubah menjadi amalan klinikal, menambah baik keputusan pesakit, mengurus kesihatan pelbagai populasi penduduk dan mengurus kos dengan lebih baik.

Selain teknologi, Deloitte turut melabur terhadap jalinan hubungan yang unik dan hebat dengan organisasi-organisasi bersaiz besar serta mantap selain syarikat-syarikat baharu yang sedang berkembang. Hasilnya, Deloitte dapat menghasilkan penyelesaian digital yang disesuaikan yang dapat membantu pelanggan mengurus perubahan, mempercepat usaha transformasi dan membangunkan model baharu untuk pertumbuhan perniagaan.

Mewujudkan peluang pekerjaan dan melatih pemimpin

Bagi Tahun Fiskal 2016, Deloitte menambah tenaga kerja globalnya di seluruh kawasan dan lokasi perniagaan. Jumlah kakitangan meningkat sebanyak 8.5 peratus, peningkatan tertinggi sejak tiga tahun lalu. Deloitte menggajikan hampir 72,000 ahli profesional baharu semasa tahun fiskal lepas dan jumlah tenaga kerja global mencecah 244,400 kakitangan.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap pembangunan kepimpinan pada semua peringkat dalam organisasi tersebut, baru-baru ini, Deloitte telah melancarkan kampus Deloitte University (DU) yang keempat. Terletak di Singapura, DU Asia Pasifik meneruskan kejayaan DU di Westlake, Texas, AS; DU Eropah, Timur Tengah, dan Afrika menerusi dua lokasinya: La Hulpe, Belgium dan Chantilly, Perancis; serta DU India di Hyderabad, India.

"Sama ada untuk menangani cabaran pihak pelanggan atau masyarakat yang lebih besar, kami berharap ahli-ahli profesional kami dapat berfikiran luas tentang kesan yang dapat mereka berikan menerusi kerja-kerja yang lakukan di Deloitte. Kami yakin dengan tujuan yang jelas ini, digandingkan dengan budaya kami terhadap pembelajaran sepanjang hayat, yang merupakan elemen utama untuk menarik bakat baharu dan membentuk pemimpin yang hebat," kata Renjen.

Mendorong kesan terhadap masyarakat

Komitmen Deloitte untuk membawa perubahan positif di seluruh dunia dapat dilihat bukan sekadar menerusi hasil kerja untuk pelanggan, malah dalam projek-projek tempatan yang diusahakan untuk menangani isu kemasyarakatan dan komuniti yang mencabar. Sebagai contoh, bagi Tahun Fiskal 2016, individu-individu penting Deloitte memperuntukkan lebih 1.3 juta jam untuk terlibat dalam projek-projek pro bono dan kesukarelawan. Jaringan Deloitte terus menyumbang lebih US$75J untuk memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Secara keseluruhannya, semua sumbangan ini dianggarkan melebihi US$225J.

"Seperti biasa, kami bukan sekadar menjalankan perniagaan," kata Renjen. "Kami memanfaatkan capaian global kami, kemampuan, pengalaman serta pandangan untuk memberi kesan perubahan positif terhadap sosial, alam sekitar dan juga ekonomi."

Nota:

  • Semua kadar pertumbuhan yang disiarkan dalam siaran media ini adalah dalam mata wang tempatan melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
  • Untuk melihat siaran media ini secara dalam talian, kunjungi kami melalui laman sesawang.

Latar Belakang Deloitte

Deloitte merujuk kepada satu atau lebih Deloitte Touche Tohmatsu Limited, syarikat swasta berhad UK dengan jaminan ("DTTL"), rangkaiannya yang terdiri daripada firma ahli, dan juga entiti berkaitan. DTTL (juga dirujuk sebagai "Deloitte Global") dan setiap satu firma ahlinya adalah berasingan dari segi undang-undang dan merupakan entiti bebas. DTTL tidak menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan. Sila lihat www.deloitte.com/about untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian firma ahli global kami.

Deloitte menyediakan perkhidmatan audit, perundingan, khidmat nasihat kewangan, khidmat nasihat risiko, percukaian dan juga perkhidmatan berkaitan untuk pelanggan awam dan swasta, merentasi pelbagai industri. Deloitte menyediakan perkhidmatan untuk empat daripada lima buah syarikat Fortune Global 500® menerusi rangkaian firma ahli yang terhubung secara global di lebih 150 buah negara dan wilayah, membawakan kemampuan bertaraf dunia, pandangan dan perkhidmatan berkualiti tinggi demi menangani cabaran perniagaan paling rumit dalam kalangan pelanggannya. Untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana kira-kira 244,400 ahli profesional Deloitte mampu memberi kesan yang signifikan, sila berhubung dengan kami melalui Facebook, LinkedIn, atau Twitter.

Source: Deloitte
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Accounting news, issues Earnings Not for profit