omniture

Keek Berkembang Pesat; Lancarkan Akaun Yang Disahkan

Keek
2013-03-14 09:07 211

- PROGRAM BARU DILANCARKAN UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN DAN MEMPERTINGKATKAN PENGALAMAN PENGGUNA

TORONTO, 14 Mac, 2013 /PRNewswire/ -- Keek, peneraju rangkaian video sosial mudah alih, hari ini mengumumkan pelancaran program pengesahan akaun barunya untuk memenuhi permintaan yang meningkat daripada ramai selebriti dan orang berpengaruh yang berprofil tinggi. Keek akan mula menanda akaun-akaun terpilih dengan simbol 'disahkan' untuk membantu individu dan perniagaan yang mempunyai risiko pernyamaran yang tinggi untuk mengesahkan identiti mereka.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130313/NY75063 )

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130117/NY44000LOGO-b )

Komuniti Keek sedang berkembang pesat dengan jutaan pengguna mendaftar setiap bulan. Ikon disahkan tersebut akan membantu menanamkan rasa percaya dan memudahkan pengguna mencari orang dan kandungan di Keek.

"Keek merupakan cara baru yang menyeronokkan untuk berinteraksi dengan peminat-peminat saya dan saya sukar mempercayai betapa pantasnya ia telah berkembang," ujar Kim Kardashian. "Pengesahan akaun amat penting. Saya mahu memastikan bahawa peminat saya mengetahui bahawa mereka mengikut perkembangan saya yang sebenarnya. Selepas mengumpul hampir sejuta pengikut dalam hanya beberapa bulan, profil Keek saya begitu pantas bertapak dan berpengaruh sama seperti akaun saya di Twitter dan Facebook."

Keek terus mengalami pertumbuhan mendadak di serata dunia, dengan pertambahan lebih 200,000 pengguna baru sehari dan sentiasa ditempatkan sebagai salah satu aplikasi perangkaian sosial teratas bagi iPhone, Android dan BlackBerry.

"Apabila rangkaian sosial mencapai tahap populariti tertentu, penyamaran akaun boleh memberi kesan kepada kebergunaannya," kata Isaac Raichyk, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Keek. "Kami telah mengenalpasti pengesahan akaun sebagai satu peluang baik untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna Keek."

Individu dan perniagaan layak mendapatkan pengesahan akaun jika mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa penyamaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada personaliti popular daripada industri televisyen, muzik dan hiburan. Pengguna dengan audiens yang besar di Keek atau rangkaian sosial yang lain juga layak mendapatkannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program pengesahan akaun Keek yng baru, sila layari www.keek.com/verifyme.

Mengenai Keek
Keek merupakan platform rangkaian sosial milik persendirian yang membolehkan pengguna membuat video sepanjang 36 saat ("keeks") menggunakan kamera web, iPhone, peranti Android atau BlackBerry 10 dan berkongsi keeks tersebut dengan pengguna lain di seluruh dunia. Pengguna boleh mengikut, melanggan, dan memberi maklumbalas kepada video dengan menggunakan komen teks atau balasan video ("keekbacks"). Keek mudah digunakan, amat pantas dan 100% percuma. Aplikasi ini boleh didapati di BlackBerry World, App Store dan Google Play. http://www.keek.com/.

Hubungan Media:
Miranda McCurlie
Pejabat: +1-416-782-0200 ext. 252
Bimbit: +1-416-566-8919
Email: press@keek.com

Source: Keek
Related Links:
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services