omniture

FDI Perkenal Definisi 'Kesihatan Mulut' Boleh Pakai Sejagat Baharu

FDI World Dental Federation
2016-09-08 13:12 768

POZNAN, Poland, Sept. 8, 2016 /PRNewswire/ -- Persekutuan Pergigian Sedunia FDI hari ini memperkenalkan definisi baharu 'kesihatan mulut', menjadikannya sebagai bahagian penting terhadap kesihatan dan kesejahteraan umum, sempena Kongres Pergigian Sedunia Tahunan di Poznan, Poland. Definisi ini telah diterima pakai oleh lebih 200 persatuan pergigian kebangsaan (NDA) dan kini akan diperkenalkan kepada komuniti kesihatan mulut di peringkat dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160831/402993LOGO )

"Definisi baharu ini merupakan satu pencapaian penting untuk profesion kesihatan mulut," kata Dr Patrick Hescot, Presiden FDI. "Sejajar dengan strategi advokasi Wawasan 2020 kami serta matlamat kami untuk menjadi peneraju dalam bidang kesihatan mulut yang optimum, definisi baharu ini membolehkan kami mewujudkan instrumen penilaian dan pengukuran yang standard bagi tujuan pengumpulan data yang konsisten pada peringkat global."

Seperti yang ditakrfikan oleh FDI, kesihatan mulut:

  • Terdiri daripada pelbagai aspek dan melibatkan, tetapi tidak terhad kepada, kemampuan untuk bercakap, senyum, menghidu, merasa, menyentuh, mengunyah, menelan dan meluahkan emosi melalui ekspresi wajah dengan yakin, tanpa rasa sakit atau rasa tidak selesa, dan penyakit kompleks kraniofasial.

Atribut lain yang berkaitan dengan takrifan ini menyatakan bahawa kesihatan mulut:

  • merupakan komponen utama kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental, yang wujud seiring dengan kontinum yang dipengaruhi oleh nilai dan atribut individu dan masyarakat,
  • mencerminkan atribut fisiologi, sosial, dan psikologi yang merupakan asas dalam kualiti kehidupan,
  • dipengaruhi oleh pengalaman, persepsi, pengharapan yang berubah-ubah dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

Definisi baharu ini dicadangkan oleh ahli Kumpulan Pemikir Wawasan 2020 FDI, yang melibatkan pakar-pakar dalam bidang kesihatan mulut, kesihatan awam dan ekonomi kesihatan. Bersama kerangka bersekutu yang diuji terhadap pihak berkepentingan luar, definisi baharu kesihatan mulut ini tercetus hasil rundingan yang lebih luas, melibatkan para pesakit, golongan profesional kesihatan mulut, NDA, komuniti kesihatan awam, ilmuwan, kerajaan, industri dan juga pembayar pihak ketiga.

"Menerusi definisi baharu ini, kami ingin meningkatkan kesedaran terhadap dimensi kesihatan mulut yang berbeza dan menekankan bahawa kesihatan mulut bukanlah hanya satu entiti tunggal, namun merangkumi kerangka kesihatan keseluruhan yang lebih luas," kata Prof. David Williams, Pengerusi Bersama, Kumpulan Pemikir Wawasan 2020 FDI.

"Kami mencadangkan definisi kesihatan mulut yang baharu, yang dipersetujui dan digunakan oleh kebanyakan NDA dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia," kata Prof. Michael Glick, Pengerusi Bersama, Kumpulan Pemikir Wawasan 2020 FDI. "Oleh yang demikian, ini bukanlah satu revolusi, malah satu evolusi."

FDI merancang untuk menyebarkan definisi kesihatan mulut ini dengan meluas dan menggalakkan usaha penakrifan ini bagi mewujudkan instrumen pengukuran standard yang boleh digunakan oleh semua negara. Instrumen pengukuran ini akan disediakan menjelang tahun 2017 bagi menyediakan keperluan pengukuran untuk individu dan populasi yang dapat memaklumkan serta mendorong membentuk dasar kesihatan mulut.

Maklumat perhubungan media
Charanjit (Chaz) Jagait
E-mel: cjagait@fdiworldental.org | Tel: +41-22-560-81-48

Latar Belakang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI bertindak sebagai badan wakil yang utama untuk lebih 1 juta doktor gigi di seluruh dunia. Anggotanya melibatkan kira-kira 200 persatuan ahli peringkat kebangsaan dan kumpulan pakar daripada lebih 130 buah negara. Wawasan FDI: 'memimpin dunia ke arah kesihatan mulut yang optimum'. http://www.fdiworldental.org

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news