omniture

Thuraya Memuktamadkan Pelan untuk Konstelasi Generasi Seterusnya

Thuraya Telecommunications Company
2016-09-08 16:00 638

DUBAI, UAE, 8 September 2016 /PRNewswire/ --

Tawaran mobiliti generasi seterusnya yang unik termasuk portfolio produk satelit jalur-L baharu yang canggih; perkhidmatan HTS; perkhidmatan IoT dan kandungan "gelombang baharu", menjamin kesinambungan dan liputan yang diperluas

Pengendali perkhidmatan satelit mudah alih (MSS) yang terkemuka, Thuraya Telecommunications Company hari ini mengesahkan ia telah memuktamadkan pelan konstelasi generasi seterusnya dan bersedia untuk menyediakan program peluasan dan diversifikasi berbilang dimensi yang unik.

Meneruskan rekod prestasi yang kukuh terhadap inovasi produk dan penumpuan, dengan menerajui pasaran EMEA dan melebarkan sayapnya di Asia, Thuraya akan memperluas capaian globalnya, dengan menembusi sektor pasaran baharu selain memperkenalkan perkhidmatan dan juga peranti baharu.

Rangkaian jalur-L Thuraya akan menjalani evolusi yang menyeluruh. Walaupun kesinambungan dijamin oleh satelit sedia ada, Thuraya-2 dan Thuraya-3 akan terus beroperasi seperti yang dirancang, jejak satelit semasa akan ditingkatkan secara signifikan dengan rancangan pelancaran satelit generasi seterusnya mulai tahun 2020.

Sistem generasi seterusnya milik Thuraya akan menumpu kepada penyediaan perkhidmatan bermobiliti tinggi dalam pasaran utama dan baharu. Usaha ini akan dilaksanakan bersama perkhidmatan Satelit Daya Pemprosesan Tinggi (HTS) untuk aplikasi yang amat memerlukan lebar jalur dalam pasaran darat, maritim dan aeronautika.

Konstelasi ini akan disokong oleh platform yang amat canggih bagi penyediaan perkhidmatan IoT dan kandungan "gelombang baharu" dengan keupayaan fungsi siaran ganda dan penyiaran. Ini akan membolehkan Thuraya mengurus pasaran pertumbuhan baharu yang memerlukan mobiliti, keupayaan dan liputan yang tersedia secara unik melalui perkhidmatan jalur-L mahupun HTS, atau dalam banyak keadaan, melalui gabungan kedua-duanya.

Samer Halawi, Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya, berkata: "Thuraya akan menjadi penyedia pilihan bagi fungsi ketersambungan bersepadu melalui banyak program pembesaran dan diversifikasi. Jalur-L generasi baharu yang tiada tandingan dan tanpa kompromi serta perkhidmatan HTS yang komplementari membentuk asas yang membolehkan kami menginovasi, memperbaharui dan menentukan semula. Portfolio kami akan mengubah Thuraya menjadi gedung sehenti untuk jalur-L, HTS, IoT dan GSM. Pasaran baharu kini boleh diakses oleh kami dan keupayaan berteknologi baharu akan menyediakan portfolio produk, aplikasi dan perkhidmatan mudah alih yang tiada tandingan."

Thuraya telah pun mencapai pemulihan prestasi perniagaan ketika beroperasi dalam bidang operasi semasanya. Pasukannya telah mengatasi halangan berkaitan liputan yang terhad, isu legasi dan pasaran yang mencabar, untuk mengatasi industri MSS secara tekal mulai tahun 2011 hingga 2015.

Cadangan masa depan Thuraya membolehkannya untuk membentangkan pelan generasi seterusnya dengan berlatarbelakangkan himpunan kelebihan utama yang tersendiri dan unik yang memperlihatkan kefahaman terhadap trend yang semakin berubah dan juga trend masa depan. Penumpuan ialah satu contoh jelas, dan integrasi antara komunikasi daratan dan satelit telah pun sedia mantap di Thuraya. Dengan lebih 360 perjanjian perayauan dimeterai dengan pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia, pengguna akhir telah pun menggunakan peranti secara bertukar ganti bagi rangkaian satelit Thuraya dan juga rangkaian GSM di seluruh dunia.

Meneruskan reputasi yang diiktiraf terhadap usaha inovasinya, Thuraya membangunkan pelan tindakan untuk melancarkan peranti yang baharu dan inovatif, terminal dan modul, direka khusus untuk syarikat perusahaan, kerajaan dan pasaran pengguna. Thuraya telahpun memperlihatkan kefahaman yang jelas terhadap kepentingan akses ketersambungan satelit yang senang dan mudah untuk pengguna akhir. Pewujudan Thuraya SatSleeve memperkenalkan konsep Bawa-Peranti-Anda-Sendiri kepada industri satelit, contohnya dengan memperlihatkan penghargaan terhadap permintaan untuk peranti yang mengutamakan pengguna dan kemampuan untuk menawarkan produk di luar kebiasaan. Pendekatan ini dapat dilihat melalui pembangunan dan jalinan kerjasama terkini bagi teknologi boleh pakai pengguna, dan disokong oleh model pengedaran yang unik serta inovatif yang diperkukuh oleh perjanjian saluran peruncitan dalam talian.

Setelah bersedia dan memuktamadkan pelan generasi seterusnya dengan pakar runding pengurusan global, A.T. Kearney, kini Thuraya dalam proses untuk melantik penasihat kewangan untuk memulakan aktiviti mengumpul dana. Perbincangan telahpun dibuat bersama beberapa bakal pelabur strategik yang berminat dengan keupayaan unik yang dapat ditawarkan oleh Thuraya.

"Kami sedang bersedia untuk pertumbuhan yang menumpu dan berkekalan, peluang pasaran baharu serta sektor baharu yang menarik," kata Halawi. "Kami telah menyediakan asas sejak beberapa tahun ini untuk membangunkan perniagaan yang jauh lebih besar dan lebih kukuh demi masa depan. Potensi sebenar Thuraya kini dapat disaksikan. Pendekatan kami adalah unik, menerusi gabungan hebat antara kesinambungan dan pengembangan. Sementara itu, pelan kami untuk beberapa tahun akan datang adalah untuk memberi laluan kepada peralihan, sebelum melakukan pelancaran mulai tahun 2020, di samping untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan semasa kami menerusi penyelesaian ketersambungan yang canggih. Kami teruja dengan prospek yang membolehkan kami menunjukkan kemampuan sebenar kami yang boleh kami capai."

http://www.thuraya.com

Sumber: Thuraya Telecommunications Company

Source: Thuraya Telecommunications Company
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services