READING, England, 12 September 2016 /PRNewswire/ --
Menerusi Strategi baharu yang diumumkan hari ini, Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) menyatakan komitmen untuk meningkatkan kemahiran kebarangkalian ramalan cuaca yang memberi kesan besar sebanyak tiga hingga enam hari sepanjang dekad akan datang.
Menjelang tahun 2025, ECMWF menyasarkan kejadian cuaca yang memberi impak besar seperti ribut angin Tor yang melanda kawasan utara-barat Eropah pada Januari 2016 agar dapat diramalkan dalam masa purata 10 hari sebelum kejadian, dan sehingga dua minggu lebih awal. Begitu juga dengan kejadian pola berskala lebih besar, seperti gelombang haba yang melanda Eropah pada Julai/Ogos 2015, agar dapat diramalkan dalam tempoh purata tiga minggu sebelum kejadian, dan sehingga empat minggu lebih awal bagi kes-kes tertentu.
Segala kemajuan ini akan tercapai dengan menerobos sempadan penyelidikan dan pengkomputeran untuk memberikan deskripsi ECMWF yang lebih baik terhadap keadaan awal ramalan dan memperlihatkan proses fizikal yang meliputi keadaan cecair Bumi. Kunci kejayaan Strategi ini akan diteruskan menerusi kerjasama penyelidikan dan pengkomputeran peringkat antarabangsa.
ECMWF akan meneruskan usaha rintisnya terhadap sistem asimilasi gandingan data baharu bagi memastikan pewujudan sistem Bumi yang tekal bagi memulakan usaha ramalan pada seluruh skala masa.
Objektif strategik yang baharu ECMWF termasuk:
Ketua Pengarah ECMWF Florence Rabier berkata:
"Matlamat 2025 kami akan meningkatkan standard antarabangsa. Memandangkan terdapatnya kemungkinan besar perubahan iklim yang mengancam nyawa memberi impak kepada cuaca di Bumi, kami akan memanfaatkan ketersediaan data dan teknologi yang sentiasa berkembang maju demi meningkatkan ketepatan dan rangkuman ramalan dengan lebih giat dan pantas."
"ECMWF ialah contoh terbaik kepentingan kerjasama antara Eropah dan dunia dalam bidang saintifik, dan salah satu yang dapat memberikan faedah ketara saban hari buat berpuluh-puluh ekonomi negara serta berjuta-juta kehidupan harian orang ramai."
Kaedah ramalan yang ditingkatkan itu menandakan lebih banyak notis yang lebih canggih terhadap kejadian cuaca yang memberi impak yang besar seperti ribut angin, banjir dan gelombang haba, dan ini membolehkan penyediaan perkhidmatan metereologi dan kecemasan agar dapat melindungi kehidupan serta harta benda dengan lebih baik.
Selain itu, fenomena ganjil yang memberi kesan ke seluruh dunia seperti El Niño boleh diramalkan sehingga setahun lebih awal.
Segala kemajuan itu memerlukan kaedah saintifik dan pengkomputeran serba baharu, yang diperoleh dengan memanfaatkan kepakaran serta sumber bertaraf antarabangsa.
ECMWF juga akan terus menyediakan kemudahan pengkomputeran berprestasi tinggi yang membolehkan kelebihan inovasi dimanfaatkan dengan cara yang menjimatkan tenaga dan melestarikan alam sekitar.
ECMWF ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebuah pertubuhan antara kerajaan yang bebas. Ia menyediakan data dan perkhidmatan yang diperlukan oleh perkhidmatan metereologi negara di 34 buah Negeri Ahli dan Kerjasama bagi menyediakan maklumat ramalan cuaca yang tepat.
Sejak 40 tahun lalu, ECMWF mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang ramalan cuaca. Menerusi keupayaannya dalam pengkomputeran super yang canggih, ia telah mengasimilasikan purata 40 juta pemerhatian sehari daripada lebih 70 alat satelit. ECMWF bekerjasama rapat dengan organisasi metereologi di Negeri Ahli dan Kerjasama, dan banyak lagi.
Nota untuk editor: