omniture

Huawei Memperkenalkan Awan BES

Huawei
2016-09-12 17:22 770

SHANGHAI, 12 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan penyelesaian Awan BES sempena HUAWEI CONNECT 2016. Awan BES memperlihatkan komitmen berterusan Huawei terhadap pembangunan penyelesaian BSS yang utama dalam industri melalui penyediaan model berasaskan SaaS untuk BSS, BES (Sistem Mendayakan Perniagaan) generasi baharu. Terbina menerusi seni bina natif bercirikan digital, Awan BES memanfaatkan infrastruktur awan global selain platform yang fleksibel dan boleh diperluas untuk menawarkan himpunan ciri-ciri perisian OOTB (luar-kotak) yang amat mudah dikonfigurasi.

Maurice Ma (right), VP of Huawei Carrier Software BU and Jian Guan (left), General Manager of BES as a Service Product, Huawei Carrier Software BU, answer the journalists’ questions
Maurice Ma (right), VP of Huawei Carrier Software BU and Jian Guan (left), General Manager of BES as a Service Product, Huawei Carrier Software BU, answer the journalists’ questions

Maurice Ma (kanan), Naib Presiden Huawei Carrier Software BU dan Jian Guan (kiri), Pengurus Besar BES sebagai Produk Perkhidmatan, Huawei Carrier Software BU, menjawab soalan wartawan.

Bagi memenuhi keperluan terhadap ekonomi digital, penyelesaian daripada Huawei dapat membantu mempercepatkan proses transformasi digital di peringkat global. Sistem tersebut boleh digunakan dan mula beroperasi dalam masa 3 bulan, sambil mengurangkan TCO (Jumlah Kos Pemilikan) sehingga 45%. Selain memacu kecekapan operasi, BES Cloud menyokong ketangkasan IT dan perniagaan melalui proses penambahbaikan yang lancar serta ciri bersepadu rangkaian amalan terbaik yang dapat memendekkan tempoh pembangunan produk bagi melancarkan produk serta perkhidmatan baharu, di samping mendayakan model perniagaan dan penglibatan baharu yang inovatif.

Awan BES daripada Huawei terdiri daripada Awan Ringan BSS dan Awan Perniagaan. Awan Ringan BSS mampu menangani tempoh pelancaran yang panjang serta kos tinggi sistem BSS biasa, dengan menyediakan penyelesaian menyeluruh yang menawarkan rangkaian aplikasi BSS yang lengkap, bermula dengan CRM kepada pengebilan untuk jenama-jenama baharu selain untuk pengendali mudah alih bersaiz kecil dan sederhana. Kelebihan-kelebihan utama termasuk memendekkan tempoh pengaturan sistem dengan purata sebanyak 60% serta dapat mengurangkan kos pengendalian dengan ketara.

Awan Perniagaan, yang boleh disepadukan kepada sistem dalam premis sedia ada merupakan penyelesaian yang mantap dan mudah yang dapat menangani segala cabaran yang dihadapi oleh pengendali ketika beralih kepada model operasi digital. Menerusi UI yang boleh disuaikan dan web muka hadapan, Awan Perniagaan menampilkan seni bina pelbagai pengguna berasaskan awan yang mengguna pakai model berpacukan meta data dan penskalaan automatik. Dibangunkan menerusi rangkaian amalan terbaik yang luas, fokus utama Huawei terhadap prinsip reka bentuk yang mengutamakan pelanggan adalah faktor yang amat penting menerusi misinya untuk menyediakan penyelesaian yang dapat menyediakan pengalaman pelanggan yang optimum menerusi saluran digital. Dengan menyokong interaksi pelanggan yang diperibadikan, Awan Perniagaan dapat membantu menambah baik NPS dan pada masa yang sama dapat membantu meningkatkan kadar tukaran pesanan dalam persekitaran berbilang saluran yang dirancang sepenuhnya.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Didorong oleh inovasi yang mengutamakan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei mewujudkan portfolio penyelesaian ICT yang menyeluruh bagi memberi kelebihan daya saing kepada pelanggan dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif dimanfaatkan di lebih 170 buah negara dan kawasan, menyokong lebih satu pertiga daripada populasi dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian di www.huawei.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160909/0861609294

 

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news