omniture

Lebih 8,000 Kakitangan Tiens Berkumpul di Bali, Mengibarkan Bendera Keamanan Berukuran 3,700 meter persegi Sempena Ulang Tahun Tiens ke-21

Tiens Group
2016-09-12 20:35 763

BALI, Indonesia, 12 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan Ulang Tahun ke-21 selaku syarikat terkemuka di dunia dalam industri kesihatan, Tiens Group mengadakan beberapa aktiviti di Bali, Indonesia pada 10 September 2016.

Majlis penyampaian bendera bertemakan keamanan TIENS
Majlis penyampaian bendera bertemakan keamanan TIENS

Acara tersebut melibatkan perarakan bertemakan keamanan yang terdiri daripada beratus-ratus buah motor, membawakan api suci aku janji Tiens dan majlis penyampaian bendera keamanan berukuran 3,700 meter persegi.

Lebih 8,000 kakitangan Tiens daripada lebih 50 buah negara dan rantau turut serta dalam perhimpunan peringkat antarabangsa itu yang menggalakkan keamanan dan persahabatan. Tiens membuat satu lagi keajaiban visual bertemakan keamanan selepas acara berlangsung di Nice, Perancis dan Madrid, Sepanyol.

Semasa proses pembangunannya di Indonesia sejak sepuluh tahun lalu, Tiens menunjukkan sikap yang mesra dan bertanggungjawab terhadap rakan luar negara dan membantu banyak rakan niaga biasa mencapai kejayaan dengan memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan kepada mereka, menyediakan peluang perniagaan selain memupuk keamanan serta kemajuan yang ideal. 

Setakat ini, aku janji Tiens telah dilaksanakan di lebih 190 buah negara dan kawasan di seluruh dunia, memperkenalkan gaya hidup yang sihat dan bergaya kepada hampir 40 juta keluarga, selain mendapat kepercayaan daripada pengguna dari seluruh dunia.

Ekspedisi lain yang dijalankan sebelum ini termasuk di Nice, Perancis apabila 6,400 kakitangan memecahkan rekod dunia Guinness dengan membentuk frasa yang terpanjang menggunakan manusia. Pada Mei tahun ini, Tiens Group mengadakan majlis penyampaian bendera keamanan berukuran 6,000 meter persegi, berserta acara bertemakan kreativiti dan keamanan di Sepanyol. Ia bertujuan untuk meninggalkan kesan pertukaran budaya dan menjalin persahabatan.   

Tiens Group telah lama memberi tumpuan terhadap perjuangan sosial dan amal untuk tempoh jangka panjang. Sehingga kini, syarikat telah menyumbang kepada usaha amal bernilai lebih RMB 1.5 bilion dalam sektor termasuk perlindungan alam sekitar, pembasmian kemiskinan dan juga pendidikan.

"Permulaan Baharu, Pembangunan Baharu dan Masa Depan Baharu (New Beginning, New Development, New Future) ialah idea khusus Tiens menerusi strategi pembangunan baharu. Semasa sambutan ulang tahun tersebut, Tiens mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem pampasan baharu dunia, yang melaksanakan Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan secara aktif dan menyepadukan sumber rangkaian global Tiens."

Berdasarkan kepelbagaian pembangunan melibatkan industri kesihatan, rawatan kesihatan, e-dagang serta sebuah universiti antarabangsa, Tiens bakal membangunkan sebuah platform perniagaan yang membolehkan 'Semua menginovasi dan memulakan perniagaan mereka sendiri.' Idea ini akan memastikan dan menjadikan Tiens sebagai peneraju utama dalam industri kesihatan global.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160912/0861609191

Source: Tiens Group
Keywords: Education Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility