omniture

Pameran Industri Pengilangan Elektrikal, Penebatan & Pelilitan Gelung Antarabangsa Terbesar di Dunia di Guangzhou, Cina

VNU Exhibitions Asia
2013-03-18 10:00 179

GUANGZHOU, Cina, 18 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Pertumbuhan berterusan selama 17 tahun telah menjadikan CWIEME pameran dagangan dan persidangan Pelilitan Gelung, Penebatan & Pengilangan terbesar di dunia. Dengan pameran di Berlin, Mumbai, Shenzhen, dan Chicago, acara-acara tersebut memfokus dan memenuhi keperluan industri pengilangan dan pembaikan elektro magnetik, bahan penebat dan gelung, motor elektrik dan transformer.

CWIEME Cina 2012, pelancaran pertama CWIEME di Cina, telah mencatat kejayaan cemerlang sebagai pameran baru dalam industri gegelung. Ia telah menarik 7,141 pelawat dari 30 negara yang menumpukan kepada transformer, gegelung, pengilangan motor, elektronik automobil, bahan magnetik dan penebat, kuasa dan bateri, alat mesin NC, dan banyak lagi. Dengan kepuasan yang tinggi daripada pempamer 2012, CWIEME Cina 2013 akan diadakan di Pusat Ekspo Dagangan Dunia POLY Guangzhou pada 8-10 Mei, 2013.

Dianjurkan oleh VNU Exhibitions Asia, CWIEME CINA 2013 akan merangkumi seluruh industri pelilitan gelung, termasuk mesin pelilit gelung, gegelung, bahan-bahan magnet, bahan-bahan penebat dan pengilangan elektrik. Setakat ini, syarikat-syarikat peneraju industri semuanya merupakan pempamer yang berkontrak di CWIEME CINA 2013. Pelawat, termasuk pembeli utama, juga dijangka menyertai pameran ini. Mereka teruja untuk bertemu pakar-pakar industri, mengenali produk-produk baru yang menarik, dan mempelajari teknik-teknik pengilangan terbaru yang akan meningkatkan perniagaan mereka. Tambahan pula, beberapa seminar dan persidangan akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung. Ia merupakan satu perhimpunan besar yang tidak patut dilepaskan, khususnya bagi peniaga dan profesional pelilitan gelung.  Untuk maklumat lanjut, layari www.cwiemechina.com dan www.coilwindingexpo.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Chen Jinghua
tony.chen@vnuexhibitions.com.cn

SUMBER  VNU Exhibitions Asia

Source: VNU Exhibitions Asia
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Electronic Design Automation Electronics Performance Measurement Semiconductors Trade show news