omniture

Apakah Erti Persahabatan Buat anda? Kongsikan Bersama Kami Menerusi Kata-kata Anda.

Educational Testing Service
2016-09-13 15:15 367

Projek GO English! Siri Pelajar Muda TOEFL ® menggalakkan kelas-kelas sekolah berkongsi pandangan tentang persahabatan menerusi kemahiran bahasa Inggeris mereka

PRINCETON, New Jersey, 13 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Kepada semua guru dan pelajar bahasa Inggeris! Telah diketahui bahawa sahabat sejati adalah harta yang tidak ternilai. Kini, kami ingin mengetahui erti persahabatan buat diri anda. Bermula pada 13 September ini, Educational Testing Service (ETS®) dan program TOEFL® ingin mengajak anda dan kelas bahasa Inggeris yang lain dari serata dunia untuk mengambil bahagian dalam edisi ketiga projek GO English! Siri Pelajar Muda TOEFL®.

generated by system

Untuk projek tahun ini, "Apa itu Persahabatan? Menerusi Kata-kata Anda" ("What is Friendship? In Your Words"), kami meminta para guru dan pelajar untuk bekerjasama dalam kelas dan memberikan pandangan masing-masing tentang persahabatan menggunakan video, radio, poster atau kenyataan akhbar. Kami menggalakkan anda untuk menonjolkan kemahiran bahasa Inggeris anda sambil menjadi kreatif. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek ini, layari www.ets.org/toefl/goenglish dan pastikan anda menonton video utama tersebut bagi projek GO English! Siri Pelajar Muda TOEFL® 2015–16.

"Lebih 6,000 pelajar dari 27 buah negara mengambil bahagian dalam projek GO English! Siri Pelajar Muda TOEFL® 2015–16," kata David Payne, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pendidikan Global, ETS. "Kami teruja untuk terus menawarkan peluang ini kepada pelajar muda untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka yang semakin penting."

Setiap kelas dijemput untuk menghantar projek mereka bagi siri 2016–17 ini sebelum 31 Januari 2017. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian akan menerima plak, barangan promosi, bahan pendidikan, serta sijil pencapaian.

Latar Belakang Siri Pelajar Muda TOEFL ® 
Dihasilkan bagi tujuan menyediakan asas penting untuk membangunkan kemahiran berbahasa Inggeris dengan cemerlang, Siri Pelajar Muda TOEFL meliputi penilaian, produk dan juga perkhidmatan yang sesuai dengan usia, termasuk ujian TOEFL Junior® dan TOEFL®Primary™ bagi membantu membimbing pelajar yang lebih muda melangkah ke peringkat pembelajaran yang seterusnya.

Latar Belakang ETS
Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di serata dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan yang teliti. ETS menyediakan perkhidmatan buat individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan, bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan setelah tamat sekolah menengah, menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan juga kajian dasar. Ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, mengendalikan dan memberi markah kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series ®— di lebih 180 buah negara dan di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service
Related Links:
Keywords: Education Children-related news Not for profit