omniture

Adunan Scotch percubaan…dengan Koktel Manhattan Klasik?

Dari Tanah tinggi Scotland ke Pusat Bandar NYC, adunan luar biasa yang pertama menerusi beberapa siri wiski percubaan baharu daripada Johnnie Walker menerima pujian hebat daripada pakar pengadun AS.
Johnnie Walker
2016-09-13 18:00 532

EDINBURGH, Scotland, 13 Sept. 2016 /PRNewswire/ --

Adunan percubaan Scotch baharu daripada Johnnie Walker telah mendapat pujian yang mengagumkan daripada beberapa pakar pengadun paling berpengaruh serta pelayan bar di New York apabila ia dapat menggantikan wiski rai tradisional Amerika dengan koktel Manhattan yang klasik.

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160912/406466 )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160912/406467 )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160912/406468 )

Batch Johnnie Walker Blenders ialah rangkaian wiski percubaan baharu manakala keluaran pertama, Batch Red Rye Finish Johnnie Walker Blenders diinspirasikan daripada rasa berani wiski Amerika. Ia dicipta oleh pasukan kecil pakar pengadun daripada pembuat wiski itu, dipimpin oleh ketua pakar pengadun Jim Beveridge.

Pada satu-satu masa, terdapat beratus-ratus rasa percubaan yang terus dijalankan oleh pasukan pengadun di Scotland, dan Red Rye Finish ialah peluang pertama untuk peminat wiski merasai sendiri hasil daripada percubaan ini.

Bagi meraikan pelancaran Red Rye Finish, yang boleh dinikmati tanpa ais tetapi dihasilkan khusus untuk mencipta koktel yang sempurna di rumah, pengadun Johnnie Walker, Emma Walker meneroka perjalanan dari Edinburgh ke pusat pembuatan Manhattan untuk melihat sejauh mana adunan Scotch baharu lebih hebat berbanding koktel Amerika. Pengembaraan beliau boleh disaksikan menerusi sebuah filem baharu daripada pembuat wiski Scotch berjudul: Blenders' Batch - Emma's Red Rye In New York.

Emma yang sedikit gementar menghidangkan Red Rye Finish untuk dilihat, dihidu dan dinikmati oleh beberapa pakar pengadun dan pakar rasa yang paling berpengaruh di New York termasuk Dave Arnold, pengasas dan presiden Museum of Food and Drink serta pemilik Booker and Dax terkini; pelayan bar merangkap ahli falsafah legenda Peter Napolitano daripada Melody Lanes Bowling Alley Brooklyn; serta pakar arak pahit dan pengadun Sother Teague, pengarah minuman di Amor y Amargo di East Village, Manhattan.

Kata Emma: "Kami berbangga dengan setiap adunan yang kami hasilkan dan kami sedia maklum bahawa orang ramai memilih Johnnie Walker kerana kualitinya. Adunan ini menggabungkan kesemua ciri Scotch, dimatangkan dalam tong Oak Amerika yang pertama kali diisi dan diakhiri dengan Tong Rai. Saya rasa inilah suatu perkara yang tidak dijangkakan oleh sesiapa dan saya inginkan maklum balas yang jujur secara bersemuka daripada pakar-pakar terkemuka. Saya berasa agak gementar untuk mendapatkan perakuan daripada pakar pengadun terhebat di New York untuk koktel Manhattan yang menampilkan adunan Johnnie Walker, dan bukannya wiski tradisional Amerika, tetapi saya berasa gembira kerana semuanya berjalan lancar."

Dalam filem tersebut, Dave Arnold yang amat terkenal dengan ulasan dan pandangan yang ringkas namun pintar, berasa amat yakin: "Terdapat satu minuman lama yang dikenali sebagai Rob Roy yang seakan-akan koktel Manhattan tetapi diperbuat daripada Scotch. Saya tidak sukakan minuman itu. Namun begitu, minuman Red Rye Finish Manhattan ini adalah seperti Manhattan 'sebenar'. Ia sungguh lazat." Manakala Sother Teague pula menambah: "Saya benar-benar menyukai wiski ini."

Blenders' Batch - Emma's Red Rye In New York dipilih sebagai sebahagian daripada inisiatif Storyline daripada Johnnie Walker yang membolehkan jenama itu menjalin kerjasama dengan barisan pencerita global, termasuk penulis skrip, pengarah, jurugambar dan pembikin filem, bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk menceritakan kisah yang memberi inspirasi dengan elemen- elemen positif dan kemajuan.

Pembikin filem Oliver Würffell tertarik dengan watak-watak dalam filem tersebut: "Kepelbagaian personaliti dalam filem itu menyerlahkan dunia yang serba baharu buat saya. Ia seperti satu penemuan terhadap elemen kerumitan dan kraf luar biasa yang akhirnya menghasilkan wiski seperti Red Rye Finish, atau menyaksikan sejauh mana Emma berpendapat bagaimana segala usaha itu membuahkan hasil di tangan legenda seperti Dave, Jack dan Sother adalah suatu yang cukup mengagumkan. Ia merupakan satu kisah hebat untuk diceritakan."

Batch Red Rye Finish Johnnie Walker Blenders ialah salah satu hasil daripada beratus-ratus percubaan yang dijalankan secara berterusan terhadap rasa di pusat pembuatan jenama itu di Scotland. Ini termasuk wiski malt dan bijirin yang dimatangkan dalam tong bourbon yang pertama kali diisi dan diakhiri dengan tong rai. Sebanyak lebih 50 percubaan dijalankan yang meneroka 203 sampel wiski gandum dan bijirin yang akhirnya tercetuslah Red Rye Finish dan ia dihasilkan hanya dengan empat adunan wiski, termasuk wiski malt tunggal Cardhu untuk rasa buahnya yang bertenaga dan segar, bersama wiski bijirin vanila yang berkrim daripada Port Dundas.

Jim Beveridge berkata: "Batch Red Rye Finish Johnnie Walker Blenders diinspirasikan daripada keghairahan saya sendiri terhadap rasa wiski Amerika yang berani yang pertama kali terhasil ketika saya menggunakan tong bourbon dan juga rai di Louisville, Kentucky pada tahun 1990-an."

"Apabila menghasilkan adunan wiski Scotch, kita sering berfikir 'dari pandangan pelayan bar', bagi memastikan pelayan bar dan orang ramai mendapat minuman paling sempurna sama ada tanpa ais, dengan ais atau sebagai asas koktel berasaskan Scotch yang begitu sempurna, seperti Red Rye Finish Manhattan oleh Emma."

"Bagi Red Rye Finish, hasil akhirnya ialah wiski kontemporari yang hebat. Wiski ini bersifat licin, manis dan agak ringan. Pada pandangan saya, ciri-ciri Scotch yang kompleks telah menerima kelainan yang begitu menarik, diinspirasikan oleh rasa wiski tradisional Amerika yang terbaik."

Rangkaian Batch Johnnie Walker Blenders memerlukan kemahiran dan usaha yang berterusan mencari rasa baharu yang mendorong pasukan pengadun ini. Pada satu-satu masa, terdapat beratus-ratus percubaan rasa yang terus dijalankan oleh pasukan pengadun Johnnie Walker termasuk kajian keadaan penyulingan, jenis kayu dan gandum yang digunakan, kemasan tong serta elemen lain berkaitan pembuatan wiski dalam usaha mencari rasa baharu yang sungguh luar biasa.

Batch Red Rye Finish Johnnie Walker Blenders mula tersedia mulai September ini di lebih 50 buah negara dengan harga RRP €20.

Anda boleh menonton filem kembara berjaya-atau-gagal Emma di Manhattan melalui: https://youtu.be/wq8lPbTKr08 

Bagi membuat Red Rye Finish Manhattan yang sempurna di rumah:

Isikan gelas pengadun atau penggoncang koktel dengan ais, campurkan 2 auns Batch Red Rye Finish daripada Johnnie Walker Blenders dengan 1/2auns vermout manis; 1/2 auns vermout kering dan dua campuran Angostura. Kacau dengan sebati kira-kira 20 saat, kemudian masukkan ke dalam gelas koktel. Tambahkan buah ceri atau perahkan sedikit kulit lemon pada minuman untuk mendapatkan minyak patinya dan hidangkan.

Nota untuk Editor: 

Latar Belakang Diageo 

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc serta Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) manakala produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.  

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Perkataan JOHNNIE WALKER dan KEEP WALKING, gambar Figura Berjalan dan logo-logo berkaitan merupakan tanda dagangan © John Walker & Sons 2016.

Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah.

DRINKiQ.com 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services