omniture

Cambium Networks Memperkenalkan Penyelesaian Tanpa Wayar Jalur Sempit cnReach Untuk Internet Perindustrian Semua Benda (IIoT)

Cambium Networks
2016-09-13 21:00 446

Radio jalur sempit cnReach melengkapkan portfolio tanpa wayar hujung-ke-hujung syarikat dan mengintegrasikan cnMaestro, platform pengurusan berasaskan awan untuk pemantauan rangkaian IIoT pada masa sebenar

ROLLING MEADOWS, Illinois, 13 Sept.  2016 /PRNewswire/ -- Cambium Networks™, penyedia global utama bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini buat pertama kali memperkenalkan cnReach™, radio berjalur sempit untuk penghantaran yang amat andal dan selamat untuk lokasi berjarak jauh yang penting dalam Internet Perindustrian Semua Benda (IIoT); khususnya bagi kegunaan minyak dan gas, utiliti tenaga dan air, landasan, pengangkutan dan perlombongan. Dibangunkan menerusi usaha pelaburan selama lebih sedekad dalam teknologi jalur lebar tanpa wayar, Cambium Networks kini mampu menyediakan penyelesaian perangkaian jalur sempit tanpa wayar berlesen yang amat sesuai untuk menghubungkan sensor pada pinggir rangkaian ke pusat data berasaskan awan atau persendirian. Syarikat ini telah memajukan rangkaian produknya secara sistematik yang terdiri daripada angkut balik Titik-ke-Titik (PTP), akses Titik-ke-Berbilang Titik (PMP) dan penyelesaian perangkaian tanpa wayar WiFi demi menyediakan sambungan yang andal dan berpatutan yang meliputi jarak dari 2 meter sehingga 245 kilometer dalam satu lompatan.

generated by system

"Ketersambungan jalur sempit cnReach melangkaui infrastruktur dan angkut balik komunikasi, agar kami mempunyai keupayaan dan keterlihatan bagi mengurus seluruh rangkaian IIoT hujung-ke-hujung," kata Mike Mitchell, Presiden, Petro Communications. "Kami memerlukan sambungan yang benar-benar andal untuk memproses data sensor dan menghantar arahan kawalan ke lokasi paling jauh di kawasan tersebut."

"Bagi melaksanakan keterlihatan dan kawalan pada masa sebenar untuk operasi yang rumit, penggiat industri memerlukan aplikasi yang dapat mengumpul dan memproses data dengan betul daripada pinggir rangkaian, menyediakan analisis serta kawalan, dan kemudian membawa sejumlah besar maklumat terproses yang dikumpul itu kepada pusat data persendirian dan berasaskan awan," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Kami menawarkan penyelesaian lengkap menerusi platform cnReach untuk membawa data daripada nod kepada NOC, manakala cnMaestro™ mengurus seluruh rangkaian daripada satu konsol pengurusan."

"Radio N500 cnReach melengkapi himpunan penyelesaian yang penuh dan menyeluruh bagi jalur sempit serta jalur lebar tanpa wayar yang amat berdaya tahan, menyediakan penyelesaian perangkaian tanpa wayar yang lengkap kepada pengendali rangkaian untuk melaksanakan inisiatif IIoT dengan menghubungkan peranti pada pinggir paling luar dalam operasi mereka. Produk ini menyokong operasi berlesen dan tanpa lesen untuk frekuensi 900 MHz dan 700 MHz, berserta frekuensi tambahan yang dirancang, selain memudahkan peralihan daripada rangkaian bersiri kepada rangkaian IP yang menyeluruh dengan keupayaan I/O terbina dalam."

"cnReach membolehkan pengendali utiliti, petrokimia dan juga pengendali infrastruktur penting yang lain menyerlahkan nilai penuh Internet Perindustrian dengan mengubah data terkumpul dan data masa sebenar menjadi maklumat yang amat penting dan tindakan yang kritikal," kata Bruce Collins, Pengarah Pengurusan Produk untuk cnReach at Cambium Networks. "cnReach menyediakan infrastruktur komunikasi asas yang amat andal dan berdaya tahan untuk sensor serta alat kawalan yang saling terhubung dalam rangkaian kawasan lapangan yang luas. Fungsi ketersambungan ini dapat memberikan data dan fungsi kawalan penting yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pematuhan, meningkatkan tahap keselamatan, dan menggalakkan kecekapan."

Ciri-ciri utama cnReach termasuk:

  • Perisian cnMaestro untuk memantau status seluruh rangkaian yang membawa trafik daripada sensor dan alat kawalan
  • Frekuensi 700 MHz dan 900 MHz berlesen, kedua-duanya adalah berlesen dan tidak berlesen dalam satu radio; dengan tambahan jalur RF yang diberikan beberapa bulan akan datang termasuk penyelesaian dalam julat frekuensi 100, 200 dan 400 MHz.
  • Komunikasi selamat dengan enkripsi AES 128/256-bit berserta pengesahan kata laluan
  • Komunikasi yang amat andal dengan penyegerakan titik akses dan modulasi adaptif
  • Konfigurasi satu dan dua radio untuk aplikasi geganti serta simpan-dan-hantar yang amat cekap  
  • Keupayaan I/O yang amat luas memudahkan peralihan daripada rangkaian bersiri kepada rangkaian IP menyeluruh dengan beberapa port bersiri, port Eternet dan I/O analog/digital terbina dalam
  • Perancangan rangkaian canggih dengan LINKPlanner, instrumen perancangan percuma yang membolehkan pembangun rangkaian meramalkan kapasiti serta ketersediaan rangkaian merentasi seluruh teknologi Cambium

Ciri-ciri utama platform pengurusan cnMaestro termasuk:

  • RESTful API arah utara terbuka yang membolehkan pengguna mengakses infrastruktur pada masa sebenar dan terdahulu serta statistik angkut balik daripada pinggir rangkaian kawasan lapangan ke pusat operasi. Antara muka ini membenarkan aplikasi luaran memantau keadaan peranti, kecekapan radio dan trafik rangkaian secara menyeluruh.
  • Penggera yang melaporkan Webhooks API yang memberi suapan penggera tak segerak dengan selamat serta statistik berkala kepada pemprosesan kejadian dan enjin data yang kompleks, membolehkan integrasi ke dalam pengurusan rangkaian korporat serta perkhidmatan pemberitahuan.
  • Pengurusan lokasi cnReach menjamin keterlihatan penuh, keupayaan pengurusan dan keandalan angkut balik rangkaian, memastikan data dan operasi IIoT adalah boleh dipercayai dan cekap

Menerusi pengalaman selama bertahun-tahun menggunakan penyelesaian rangkaian persendirian daripada angkut balik gelombang mikro berkapasiti tinggi, pengawasan video, akses jarak jauh, penggantian talian pajakan, WiFi dan terkini sistem kawalan dan pemantauan SCADA, Cambium Networks menyediakan himpunan penyelesaian IIoT yang lengkap, kesemuanya diurus daripada satu konsol pengurusan.

cnReach kini boleh didapati melalui pengedar Cambium Networks di Amerika Utara. Cambium Networks akan mengadakan webinar tentang platform cnReach pada 15 September jam 9.00 pagi CDT.

Latar Belakang Cambium Networks:

Cambium Networks ialah penyedia global yang utama bagi penyelesaian tanpa wayar terpercaya yang menghubungkan dengan yang tidak terhubung – Orang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan; perindustrian, perusahaan; agensi kerajaan dan penyedia perkhidmatan untuk membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal serta berprestasi tinggi. Kini, syarikat tersebut mempunyai lebih lima juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 buah negara. Beribu pejabat di luar Chicago berserta pusat-pusat R&D di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual melalui rangkaian pengedar global yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com dan www.connectingtheunconnected.org.

Hubungi

Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377
chedayati@golin.com

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications Media Advisory New products/services