omniture

Presiden Clinton Utarakan Kepentingan Kerajaan, NGO dan Sektor Swasta Bekerjasama untuk Mendidik Kanak-kanak di Negara-negara Membangun

Inaugural Global Education and Skills Forum
2013-03-18 10:09 207

 

DUBAI, Emeriah Arab Bersatu, 18 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Berucap di Forum Pendidikan dan Kemahiran Global yang julung kali diadakan di Dubai di mana 500 perwakilan dari 50 negara membincangkan bagaimana kerjasama sektor awam dan swasta dapat menyelesaikan tuntutan global untuk pendidikan lebih baik, Presiden Clinton berkata:

"Dijangkakan menjelang 2050, 86 peratus kanak-kanak dunia akan hidup di negara yang kini merupakan negara membangun. Mustahil bagi kerajaan mahupun bantuan antarabangsa semata-mata dapat memenuhi keperluan kanak-kanak ini terhadap kualiti pendidikan yang akan membolehkan mereka mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat global. Ini relevan terutamanya bagi wanita dan kanak-kanak."

"Kebaikan kerjasama sektor awam dan swasta ialah gabungan dedikasi terhadap kepentingan awam yang wujud dalam badan Kerajaan dan dedikasi terhadap rekod dan hasil konkrit yang menjadi keperluan dalam sektor swasta. Kita baru sahaja memulakan sesuatu yang saya yakini akan menjadi kisah yang mengujakan sepanjang abad ke 21."

"Kita perlu membayangkan semula apakah tanggungjawab dan peluang kita. Dalam dekad ini, enam daripada ekonomi yang paling cepat membangun berada di Afrika. Dalam dekad yang akan datang tujuh daripada ekonomi paling pesat membangun akan berada di Afrika. Kita perlu membantu mereka melalui kerjasama awam dan swasta untuk meningkatkan modal insan dengan mendidik anak-anak mereka. Kita melihat perkara yang sama di negara-negara miskin di Asia Tenggara."

"Kita memerlukan komitmen terhadap pendidikan di semua tempat dan hampir di mana sahaja kejayaan akan menuntut satu tahap kerjasama awam dan swasta yang belum pernah tercapai sebelum ini."

Forum tersebut, anjuran bersama UNESCO, Majlis Perniagaan Komanwel, Kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan GEMS Education akan mengkaji cara untuk menghasilkan perubahan yang nyata, mampan dan boleh diukur ke dalam sistem pendidikan di peringkat global dan tempatan.

Satu fokus khusus ialah membangunkan satu persekitaran yang menyokong kerjasama berkesan antara sektor awam dan swasta, termasuk satu kerangka kawal aturan yang menjamin capaian, kualiti, kesesuaian dan kesaksamaan dalam penyediaan pendidikan.

Sekitar 67 juta kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada persekolahan rendah dan 72 juta kanak kanak yang lain keciciran dalam pendidikan menengah.

Forum ini merangkumi topik-topik merentasi sektor-sektor pendidikan; termasuk sesi tentang teknologi yang mengganggu, pendidikan teknikal dan vokasional dan kesaksamaan dalam pendidikan.

Hadirin termasuk E. Pierre Nkurunziza, Presiden Burundi, H.E. Maria Kiwanuka, Menteri Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi, Uganda, H.E. Olusegun Obasanjo, Mantan Presiden Republik Persekutuan Nigeria, H, H.E. Cirino Ofuho, Menteri Belia, H.E. Chilundo Arlindo, Timbalan Menteri Pendidikan, Mozambique, Sudan Selatan, H.E. Reem Al Hashimy, Menteri Dalam Negeri, Emeriah Arab Bersatu, Nick Fuller, Ketua Pendidikan, Sukan Olimpik 2012, UK, H.E. Shashi Tharoor, Menteri Pembangunan Sumber Manusia, India and Lord Andrew Adonis, mantan Menteri Dalam Negeri bagi Pendidikan, UK.

http://www.facebook.com/GESForum 

http://www.twitter.com/GemsEducation

Source: Inaugural Global Education and Skills Forum
Keywords: Education Higher Education Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit Trade show news