omniture

Tawaran Istimewa untuk Pembeli Global Kembali apabila Pameran Canton ke-120 Membuka Tirai pada Oktober

Pameran Canton
2016-09-14 12:01 604

GUANGZHOU, China, 14 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-120 akan membuka tirai secara rasmi mulai 15 Oktober hingga 4 November di Guangzhou dengan menyediakan tawaran istimewa, iaitu salah satu keistimewaan pameran ini, diperkenalkan semula kepada para pembeli global.

Menurut Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton, tawaran ini disediakan khusus untuk mewujudkan pengalaman perniagaan yang lebih selesa dan untuk mencari lebih banyak peluang perniagaan buat pembekal serta pembeli global. Tawaran yang disediakan termasuk: Bilik Menunggu VIP, Khidmat Penyumberan Eksklusif, acara i-Undang dan ARNB (Ganjaran Iklan untuk Pembeli Baharu).

Bilik Menunggu VIP

Perkhidmatan istimewa untuk pembeli setia yang menghadiri Pameran lebih 15 kali, Bilik Menunggu VIP menyediakan snek dan minuman, kupon makan tengah hari dan minuman kopi serta perkhidmatan seperti lawatan berpandu, pas segera untuk membuat pendaftaran dan menyertai seminar secara percuma.

Khidmat Penyumberan Eksklusif

Khidmat Penyumberan Eksklusif ialah sebuah platform penyumberan tersuai untuk syarikat-syarikat penyumberan multinasional. Disediakan untuk meningkatkan kemudahan penyumberan dan terus menambah peluang perniagaan untuk pembekal dan pembeli, perkhidmatan ini merangkumi ruang eksklusif untuk mengadakan rundingan perdagangan dan peluang tambahan untuk menjalankan promosi jenama.

Acara-acara i-Undang 

Pameran Canton melancarkan acara-acara i-Undang untuk menggalakkan pempamer dan pembeli tetap mengundang pembeli baharu bagi menyertai pameran tersebut melalui Platform BEST rasmi Pameran Canton serta akan berpeluang untuk menerima hadiah-hadiah seperti penginapan di hotel lima bintang dan juga kupon makan tengah hari sempena Pameran Canton.

Program ARNB

Program ARNB diwujudkan khusus untuk pembeli baharu. Pembeli baharu dialu-alukan untuk mendapatkan kupon sama ada untuk menikmati hidangan makan tengah hari atau minuman kopi di pameran atau menempah bilik di hotel 5 bintang seperti Starwood Hotels and Resorts. Segala butiran program disediakan melalui: http://www.cantonfair.org.cn/en/ARNB/index.shtml

"Kami memperkenalkan perkhidmatan ini untuk membantu pembeli dan pempamer menikmati peluang perniagaan yang ditemui di Pameran Canton," kata En. Liu. "Kami merupakan sebuah platform untuk ahli rantaian industri mencari peluang baharu dan kami juga ingin mewujudkan suatu pengalaman yang menyenangkan untuk mereka."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diasaskan pada tahun 1957, Pameran tersebut merupakan pameran yang komprehensif dengan sejarah terpanjang, taraf yang tertinggi, skala terbesar, dan bilangan produk terbanyak selain pengagihan pembeli global terluas dan juga pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Source: Pameran Canton
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news