AUSTIN, Texas, 14 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Mozido, penyedia penyelesaian dagang dan pembayaran digital global yang dipercayai, hari ini mengumumkan bahawa Vince Padua telah menyertai syarikat sebagai Naib Presiden Eksekutif Produk dan Pembangunan yang berkuatkuasa serta-merta.
"Latar belakang pembangunan produk dan platform kukuh Vince, kepintaran perniagaan yang terbukti dan sumbangan terhadap kejayaan pembangunan teknologi adalah amat sejajar dengan strategi pertumbuhan kami," ulas Todd Bradley, Ketua Pegawai Eksekutif Mozido. "Vince telah menunjukkan rekod cemerlang dalam mencari produk dan pasaran yang sesuai dengan membuat pembaharuan dan menukar teknologi menjadi perniagaan yang pesat berkembang. Sebagai peneraju utama dalam pasukan Mozido, pandangan, pengalaman dan pengetahuan industri beliau dengan jayanya akan membimbing kami di masa hadapan."
Dengan pengalaman selama lebih 15 tahun dalam memacu inovasi dalam syarikat termasuk IBM (Watson dan Tivoli), Dell dan Intel, Padua membawa bersamanya rekod cemerlang dalam inovasi luar biasa dan pengenalan produk dan platform yang berjaya. Dalam IBM Watson Group, Padua baru-baru ini bertanggungjawab untuk mengetuai pembangunan dan pelaksanaan strategik platform dan produk IBM Watson. Mengubah penglibatan klien yang fokus terhadap hasil klien dan perniagaan disokong dengan pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan pengkomputeran kognitif, Padua mendorong pertumbuhan tambahan yang luar biasa selain daripada berjaya mereka bentuk, membina dan menyediakan Awan Pembangun Watson yang kini bertindak sebagai asas untuk strategi Perniagaan Kognitif IBM (IBM Cognitive Business).
Padua turut menjawat pelbagai jawatan kepimpinan dan pengasas dalam syarikat dagangan baharu. IPivot, iaitu pereka baharu dalam perdagangan pembayaran, telah diambil alih oleh Intel pada tahun 1999. Inovasi seterusnya diteruskan lagi dalam bidang dagangan, dengan Padua mengasaskan WireCACHE pada tahun 2001, berjaya memberikan pemecut aplikasi web telus pertama industri.
"Saya berasa amat teruja dapat menyertai Mozido dan memanfaatkan pengalaman pembangunan produk dan platform saya untuk mendorong inovasi seterusnya dalam Mozido dan untuk klien kami," jelas Padua. "Saya berkongsi semangat Mozido untuk menambah baik kehidupan menggunakan teknologi digital dan mudah alih untuk membawa seluruh pengalaman dan rangkaian perkhidmatan dagang mudah alih baharu ke seluruh dunia."
Latar Belakang Mozido
Mozido menyediakan penyelesaian pembayaran dan dagangan digital yang dipercayai di seluruh dunia. Ia merupakan penyelesaian berasaskan awan dengan kos berpatutan yang dijenamakan untuk klien. Penyelesaian Mozido yang boleh saling kendali ini berfungsi dengan hampir semua pembawa wayarles dan peranti mudah alih, dan menyepadu secara mudah dengan iklan, tawaran dan produk lain daripada pihak ketiga. Kehadiran seluruh dunia Mozido dan tawaran global termasuk operasi di AS, China, India, Afrika, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Latin, membolehkan orang ramai menguruskan wang, pembayaran mereka dan perkhidmatan lain daripada telefon mudah alih mereka. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lawati kami di mozido.com. Ikuti kami di Twitter: @Mozido.
Hubungan Media:
Van Leigh
Naib Presiden Kanan Pemasaran, Mozido
512-518-2200