omniture

Rancangan TV Didik Hibur Utama Dunia Arab, Stars of Science, Disiarkan melalui MBC4, Mengembalikan INOVASI Sebagai Tumpuan Utama Dengan Teguh

Pencarian penginovasi utama dunia Arab melalui inisiatif media terkenal oleh Yayasan Qatar, Stars of Science kembali bagi musim ke-8 pada 17 September 2016 menerusi MBC4 pada jam 10:00 malam KSA
Stars of Science
2016-09-14 18:00 634

DOHA, Qatar, 14 September 2016 /PRNewswire/ -- Stars of Science, sebuah rancangan televisyen realiti 'didik hibur' yang terkenal di rantau ini yang memberi inspirasi kepada penginovasi dan usahawan di seluruh dunia Arab, kembali minggu ini menerusi MBC4 bagi musim kelapan. Diperkenalkan dan disokong oleh Yayasan Qatar untuk Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF), musim baharu kali ini akan membawakan satu pendekatan serba baharu, yang bakal menyaksikan para peserta menghasilkan penyelesaian yang kreatif bagi mengatasi masalah di rantau ini berkaitan sektor teknologi maklumat, tenaga, alam sekitar dan kesihatan. Stars of Science (SOS), selaras dengan matlamat QF untuk memupuk pewujudan budaya yang berkualiti dan cemerlang, bertindak sebagai instrumen untuk menggalakkan pemikiran yang kreatif serta inovatif dalam kalangan generasi baharu yang terdiri daripada penyelesai masalah dalam bidang sains dan teknologi yang bercita-cita tinggi. Selama lapan tahun, para hadirin di seluruh dunia Arab telah menyaksikan pelbagai kumpulan penginovasi yang tekun mengubah idea mereka yang memberi impak menjadi realiti, membangunkan dan menjual produk ke serata dunia, merangkul lebih 50 anugerah bertaraf antarabangsa dan rantau sepanjang proses tersebut, selain berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka di peringkat antarabangsa.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7914651-stars-of-science-innovation/

Kisah-kisah kejayaan daripada anggota alumni rancangan ini, seperti Anwar Almojarkesh, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Braci, yang mengkhusus dalam teknologi bantuan untuk masalah pendengaran, memberikan makluman penting kepada golongan belia Arab. Beliau yang terlepas peluang dengan beza markah yang amat sedikit untuk mara ke peringkat akhir program itu, berjaya melancarkan syarikat beliau di Denmark dan United Kingdom, serta berhasil untuk mengumpul lebih USD 1,000,000 daripada pihak pelabur persendirian di peringkat antarabangsa, kerajaan dan juga inkubator.

"Stars of Science ialah platform paling hebat untuk mencetuskan idea-idea kreatif. Peluang mengambil bahagian dalam program ini menjadi salah satu pengalaman pembelajaran yang paling penting dan bermanfaat dalam hidup saya," kata Anwar. Kejayaan beliau dalam mengumpul dana dari luar program itu menjadi ikutan 15 anggota alumni Stars of Science yang juga berjaya mengumpul lebih USD 9 juta di kalangan mereka agar dapat terus membangunkan produk mereka ke peringkat seterusnya.

Fahad Al Qahtani, Presiden Bahagian Pembangunan Komuniti QF berkata: "Di QF, kami sentiasa berusaha untuk melibatkan masyarakat tempatan kami dengan menginspirasikan semangat kreativiti dan keusahawanan agar dapat terus menggalakkan usaha inovasi saintifik di Qatar."

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160906/404179

Source: Stars of Science
Keywords: Education Entertainment Television New products/services