omniture

Merck Menyertai Konsortium DiViNe untuk Menangani Hasil Rendah, Kos Tinggi untuk Proses Penulenan Vaksin

Merck
2016-09-14 20:00 456

- Projek selama lima tahun ini akan mencipta program penulenan yang lebih menjimatkan kos

- Merck akan menyediakan kepakaran kromatografi

DARMSTADT, Jerman, 14 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, telah menyertai projek DiViNe, konsortium Eropah dengan enam buah syarikat untuk menangani cabaran terbesar yang dihadapi dalam pembangunan, pembuatan dan penghantaran vaksin.

generated by system

Objektif projek DiViNe adalah untuk mewujudkan program penulenan bersepadu yang menjimatkan dibuat khusus untuk vaksin yang mencapai hasil lebih tinggi di samping mengekalkan integriti produk. Fokus khusus adalah untuk meringkaskan proses penulenan vaksin yang biasanya bergantung kepada kromatografi afiniti, kaedah memperolehi antibodi. Bagi menyokong matlamat ini, Merck akan nenyediakan bahan kromatografi dan teknologi gabungan.

"Langkah penulenan merupakan kos pembuatan yang besar bagi kebanyakan ubatan biologi," ulas Udit Batra, ahli lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Dengan menangani ketidakcekapan ini, kami mempunyai peluang terbaik untuk meningkatkan kadar penyembuhan secara drastik. Sebagai peneraju industri dalam kromatografi, kami teruja untuk menyumbangkan kepakaran kami kepada konsortium DiViNe, membantu mengenal pasti kecekapan proses dan menyokong capaian meluas kepada vaksin mampu milik."

Platform penulenan penyepaduan bersepadu projek DiViNe ini akan terlebih dahulu diuji dengan vaksin heterogen yang pelbagai termasuklah glikokonjugat, antigen dan virus protein. Sebaik sahaja disahkan dengan vaksin, konsortium merancang untuk melaksanakan platform penulenannya dalam proses hiliran untuk biologik lain, termasuklah protein rekombinan, vektor terapi gen dan produk darah.

Merck menyertai konsortium bersama-sama Affilogic (Perancis), Aquaporin (Denmark), GenIbet Biopharmaceuticals (Portugal) dan GlaxoSmithKline (Itali). Projek ini akan diselaraskan oleh iBET (Portugal) dan telah menerima pembiayaan daripada program penyelidikan dan inovasi Horizon 2020 Kesatuan Eropah bawah perjanjian geran N° 635770.

Projek DiViNe ialah sebahagian daripada inisiatif vaksin Merck yang lebih besar dan fokus kepada cabaran terbesar vaksin: kos, kepantasan, kebolehcapaian dan penghantaran. Baru-baru ini syarikat terlibat dengan ramai rakan kongsi global untuk menyokong pembangunan vaksin baharu yang lebih cepat dan lebih menjimatkan, yang diperlukan untuk menangani penyakit seperti Ebola, Zika dan influenza. Projek lain, seperti DiViNe, bertujuan untuk meringkaskan proses pembuatan, menjadikannya lebih terbuka terhadap pemindahan teknologi kepada negara membangun. Inisiatif vaksin ini akan membantu meluaskan capaian kepada penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, terutamanya dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Semua hebahan berita Merck akan diedarkan melalui emel pada masa yang sama ia tersedia di laman web Merck. Sila lawati www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, mengubah pilihan anda atau untuk menamatkan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck ialah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Kira-kira 50,000 orang pekerjanya berusaha untuk membangunkan lagi teknologi yang meningkatkan dan menambah baik kehidupan, daripada terapi biofarmaseutikal kepada rawatan kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk penyelidikan dan penghasilan saintifik, kepada hablur cecair untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada tahun 2015, Merck telah menjana jualan sebanyak €12.85 bilion di 66 buah negara.

Diasaskan pada tahun 1668, Merck merupakan syarikat farmaseutikal dan bahan kimia paling lama di dunia. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti bagi kumpulan korporat yang tersenarai secara umum. Syarikat memegang hak global terhadap nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, di lokasi syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals