NEW YORK, 15 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini memperkenalkan "Pengalaman Matahari Terbit", satu peluang hebat untuk melihat matahari terbit di Bandar Raya New York daripada Balai Cerap tingkat ke-86 ESB yang terkenal di dunia itu.
Para tetamu akan bersama-sama berkongsi peluang sekali seumur hidup untuk melihat, mendengar dan merasakan sendiri bandar tersebut memulakan harinya daripada pandangan 360 darjah yang jelas dan terbuka di tengah-tengah NYC. Tidak lebih 100 tiket akan dijual bagi setiap matahari terbit.
STATE Grill and Bar, terletak di kawasan lobi Bangunan Empire State akan menyediakan "Sarapan Pagi Matahari Terbit Bangunan Empire State," secara eksklusif untuk pengunjung yang tiba sebelum waktu subuh. Tawaran baharu ini juga membolehkan pemegang tiket menambah pilihan sarapan pagi dengan hidangan tambahan dengan harga tetap (prix fixe) apabila membeli tiket Pengalaman Matahari Terbit itu.
"Setiap tahun beribu-ribu orang bersedia untuk melihat matahari terbit di Grand Canyon. Buat pertama kali, mereka juga berpeluang untuk melakukan perkara yang sama di tengah-tengah Bandar Raya New York," kata Jean-Yves Ghazi, Pengarah Balai Cerap. "Sama ada anda merupakan warga tempatan atau pelancong yang mengunjung New York dari seluruh pelusuk dunia, peluang hebat untuk melihat bandar yang tidak pernah tidur ini berubah daripada waktu malam kepada siang adalah suatu yang tidak boleh dilepaskan."
Pada peringkat awal, Pengalaman Matahari Terbit ini hanya disediakan bermula pada 1 Oktober 2016 hingga 20 November 2016 dan berharga $100 bagi setiap seorang. Para tetamu dibenarkan untuk memasuki Balai Cerap tingkat ke-86 kira-kira 30 minit sebelum waktu matahari terbit. Tiket adalah terhad dan tempahan perlu dibuat. Segala maklumat dan tiket disediakan secara eksklusif melalui www.esbnyc.com/sunrise.
Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.esbnyc.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.
Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 30 Jun 2016, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 709,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.