UL Menguji dan Mengesahkan Penyongsang & Alat DG Saling Sambung Utiliti Lain untuk Fungsi Sokongan Grid Menggunakan UL 1741 Tambahan A Baharu
NORTHBROOK, Illinois, 16 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- UL, sebuah organisasi sains keselamatan bertaraf global, memperkenalkan Program Pengujian dan Pensijilan Penyongsang Termaju yang baharu. Ketika utiliti kuasa elektrik dilihat terus memodenkan grid melalui penggunaan penjanaan teragih dan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kadar yang amat tinggi, portfolio perkhidmatan UL terus diperluas demi memenuhi keperluan terhadap keselamatan, prestasi dan fungsi sokongan grid yang terus berubah. Program baharu ini menggunakan UL 1741 Tambahan A (SA) baharu untuk menguji dan mengesahkan penyongsang serta alat penjanaan teragih (DG) saling sambung utiliti yang lain bagi fungsi sokongan grid demi menjamin saling sambung grid yang lebih pintar, lebih selamat dan reaktif.
"Pengurangan kuasa elektrik atau ketiadaan bekalan elektrik telah memberi kesan yang amat besar terhadap ketidakstabilan grid utiliti," kata Jeff Smidt, naib presiden dan pengurus besar, bahagian Tenaga dan Teknologi Kuasa UL. "Kini, kami berbesar hati kerana dapat menerbitkan maklumat terkini melalui UL 1741 SA agar penyongsang interaktif utiliti sokongan grid dapat memenuhi keperluan pasaran sedia ada demi memastikan grid utiliti yang lebih stabil."
Ujian penyongsang yang maju ialah kawalan pintar dan reaktif terhadap DG bagi menyokong pemodenan grid berterusan yang menggunakan semakin banyak DG dan sumber tenaga boleh diperbaharui. Keperluan saling sambung utiliti biasa (IEEE 1547) memerlukan peranti DG untuk memutuskan sambungan apabila grid mengalami isu-isu kestabilan. UL 1741 SA menentukan kaedah ujian yang diperlukan untuk membangunkan asas yang dapat memastikan peranti DG terus beroperasi dan menyesuaikan output serta seluruh proses bagi menstabilkan grid ketika berlakunya operasi yang tidak normal, dan bukannya dengan hanya memutuskan sambungan.
Negeri California mengumumkan bahawa penyongsang yang dipasang di negeri itu perlu mematuhi segala keperluan berkaitan saling sambung grid Peraturan 21 dalam tempoh satu tahun penerbitan UL 1741 SA. Negeri-negeri lain sedang mempertimbangkan untuk mengguna pakai keperluan pemasangan yang serupa, khususnya di kawasan-kawasan dengan tahap DG dan penembusan solar yang tinggi.
Peraturan 21 ialah semakan berkaitan penyongsang terhadap Peraturan 21 Tarif Elektrik Negeri California yang dibuat oleh Suruhanjaya Utiliti Awam California (CPUC). Peraturan 21 ialah Dokumen Keperluan Sumber (SRD) yang akan digunakan bersama UL 1741 SA. SRD menyediakan tetapan parameter khusus untuk digunakan bersama kaedah ujian UL 1741 SA. SRD lain juga boleh digunakan bersama UL 1741 SA ketika pasaran lain merancang untuk membangunkan fungsi grid pintar ke dalam pemodenan sistem kuasa elektrik mereka.
UL mengambil peranan utama untuk bekerjasama dengan industri bagi membangunkan UL 1741 SA demi menetapkan garis panduan untuk fungsi saling sambung grid pintar moden. Selain itu, UL telah membangunkan dua makmal ujian penyongsang moden untuk penyongsang yang lebih maju. Makmal-makmal ini menggunakan ciri pengautomatan untuk meminimumkan proses pembangunan produk, memendekkan tempoh ujian kepada kurang daripada 3 minggu. Sebagai alternatif, UL mempunyai barisan kakitangan kejuruteraan yang berkemahiran yang dapat memerhati ujian yang dijalankan di kemudahan pelanggan yang telah pun dilengkapi dengan kemudahan makmal untuk menjalankan rancangan ujian yang diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di SPI - Reruai #W525, The Battery Show - Reruai #1621, daftar untuk terlibat dalam webinar percuma pada 6 Oktober 2016 jam 10-11pg CST: Penyongsang Maju UL 1741 SA (http://s.ul.com/UL1741SAWebinar), atau layari http://www.ul.com/inverters. Sebarang soalan mengenai ujian produk, penilaian dan pensijilan, e-melkan kepada ULHELPS@ul.com.
Latar Belakang UL
UL ialah syarikat sains keselamatan bebas terunggul di dunia yang telah mencapai kemajuan selama lebih 120 tahun. Golongan profesional seramai 11,000 orang dipandu oleh misi UL untuk menggalakkan persekitaran kerja dan kediaman yang selamat untuk semua individu. UL menggunakan penyelidikan dan piawaian untuk terus maju dan memenuhi keperluan keselamatan yang sentiasa berubah. Kami bekerjasama dengan syarikat, pengeluar, persatuan perdagangan dan badan kawal selia antarabangsa untuk membawakan penyelesaian kepada rantaian bekalan global yang lebih rumit. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan pensijilan, pengujian, pemeriksaan, latihan dan pendidikan, lawati http://www.UL.com.
HUBUNGI: Dagmar Ebaugh
Pengurus Bahagian Perhubungan Awam & Media Sosial Global
UL Commercial & Industrial
O: (678) 872.0320 C: (404) 216.4354, dagmar.ebaugh@ul.com