omniture

RS Components Umumkan Pemenang Pertandingan "Kongsikan Cerita Anda"

RS Components
2013-03-18 15:00 110

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Mac 2013 /PRNewswire/ --

Somchai Muninta, seorang jurutera dari Thailand, memenangi tiket ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 di London untuk dua orang.

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, hari ini mengumumkan pemenang pertandingan "Kongsikan Cerita Anda" bagi Asia Pasifik.

(Gambar: http://www.prnasia.com/sa/2013/03/14/20130314163507320306.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Diadakan bersempena ulangtahun ke-75 syarikat tersebut pada 2012, pertandingan "Kongsikan Cerita Anda" itu mempelawa pelanggan berkongsi pengalaman mereka mengenai bagaimana RS Components telah membawa kelainan dalam kehidupan harian mereka.

Setelah meneliti banyak penyertaan yang bagus, kisah yang dihantar oleh En. Somchai Muninta, seorang jurutera dari Thailand, telah memenangi hati para hakim. Kisah En. Muninta menceritakan bagaimana RS Components membantu memulihkan syarikatnya setelah dilanda banjir buruk di Thailand pada 2011. Beliau akan menerima hadiah perjalanan untuk dua orang untuk menonton Perlawanan Akhir Piala FA 2013 di Stadium Wembley di London, dan satu lawatan peribadi di Pusat Logistik Global RS Components di Nuneaton, UK.

"Kami amat berbesar hati dan tidak menyangka jumlah bilangan penyertaan yang diterima daripada para pelanggan yang sanggup meluangkan masa untuk menulis cerita dan menyertai pertandingan ini. Kisah-kisah ini menggambarkan dengan jelas bagaimana pelanggan telah menjalinkan hubungan erat dengan RS Components, dan kami berbangga kerana dapat membantu pelanggan dan jurutera mencapai lebih banyak kejayaan dalam tugas mereka," kata Pauline Swarbrick, Ketua Jualan Asia Tenggara RS Components.

Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelanggan di Asia Pasifik termasuk Australia, tanah besar Cina, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Untuk melihat kisah penuh En. Somchai Muninta, sila layari laman web pertandingan "Kongsikan Cerita Anda".

Untuk maklumat lanjut, sila layari Ulangtahun ke 75 RS Components

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk melalui internet, katalog dan di kaunter dagangan  kepada lebih daripada sejuta pengguna, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal utama, termasuklah komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents tersenarai di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan yang lalu berakhir 31 Mac 2012 ia telah mencatat pendapatan sebanyak GBP 1.27 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan-pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Esoochun.tan@rs-components.com
T: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun 
Erscsg@hoffman.com
T: +65-6361-0250

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Awards