omniture

Handheld Melancarkan Versi Baharu Tablet Ultra Tahan Lasak ALGIZ 10X

Handheld Group
2016-09-20 14:30 615

LIDKOPING, Sweden, 20 September, 2016 /PRNewswire/ -- Handheld Group, pengeluar utama bagi komputer dan tablet mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan peningkatan menyeluruh terhadap komputer tablet ultra tahan lasak Algiz 10X dengan teknologi skrin baharu yang dipertingkat, selain fungsi GPS/GLONASS yang ditambah baik.

Versi baharu Algiz 10X mempunyai skrin sentuh kapasitif projektif HD berukuran 10.1 inci yang amat ringan dan dicipta untuk kegunaan luar. Skrin sentuh 10 titik ini menyediakan keupayaan untuk beroperasi menerusi mod sarung tangan dan hujan, membolehkan pengguna luar mengendalikannya dengan mudah menerusi sebarang keadaan cuaca. Versi Algiz 10X turut menyediakan stilus kapasitif aktif dengan fungsi pilihan bagi mengoptimumkan kemudahan penggunaan. NEO-M8N u-blox baharu pula menyediakan fungsi GPS dan GLONASS bagi menyediakan akses kepada pengguna dengan lebih banyak satelit berbanding sebelum ini.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7917851-handheld-new-algiz-10x-ultra-rugged-tablet/

Versi terkini Algiz 10X didatangkan secara standard dengan versi Enterprise LTSB untuk Windows 10, yang memperlihatkan komitmen Handheld terhadap keperluan pelanggan perusahaan yang mementingkan kestabilan jangka panjang. Produk hebat Algiz 10X ini menyediakan pemproses Intel N2930 1.83 GHz quad-teras dan pemacu keadaan pepejal sebesar 128 GB yang boleh ditambah. Ia juga mempunyai RAM DDR3 4 gigabit dan menawarkan beberapa pilihan fungsi sambungan, termasuk port WLAN dan BT, USB 2.0 dan USB 3.0, serta VGA dan RS232.  

Produk Algiz 10X mendapat penarafan IP65 dan memenuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat bagi menjamin perlindungan terhadap debu, air, getaran, jatuhan dan suhu melampau. Ia mempunyai skrin sentuh berukuran 10.1 inci berserta teknologi skrin MaxView dengan tahap kecerahan yang tinggi. Tablet yang kompak ini hanya seberat 1.3 kilogram (2.9 paun) dan dengan ketebalan 32 millimeter (1.2 inci).

"Perubahan teknologi yang dilakukan untuk versi ini menyediakan pengalaman serba baharu untuk pelanggan kami," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk. "Dengan fungsi skrin dan GPS/GLONASS yang dikemas kini, versi Algiz 10X ialah pilihan terbaik untuk golongan profesional lapangan yang mencari peranti yang benar-benar tahan lasak untuk digunakan dalam tugasan misi kritikal mereka."

Harga Algiz 10X baharu ini masih kekal dan boleh ditempah dan dihantar serta merta. Versi terdahulu dengan ciri skrin sentuh rintang akan terus tersedia pada masa akan datang.

Algiz 10X baharu ini akan dipamerkan di beberapa acara akan datang yang berlangsung pada musim luruh ini, termasuk InterGeo di Hamburg, Jerman.

Pautan berkaitan

Spesifikasi produk ALGIZ 10X
Gambar media ALGIZ 10X
Latar Belakang Handheld Group

Rangkaian produk Handheld
Apa itu tahan lasak?

'Tweet' berita ini:  

Handheld melancarkan versi baharu tablet ultra tahan lasak ALGIZ 10X http://www.handheldgroup.com/PCAP

Latar Belakang Handheld  

Handheld Group ialah pengeluar komputer mudah alih, PDA dan tablet yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti yang lengkap untuk syarikat dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group di Sweden memiliki pejabat tempatan di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160901/403429 )

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services