KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 September 2016 /PRNewswire/ -- (NYSE: CLX) Syarikat Clorox memanggil balik secara sukarela Liquid Plumr® Pro-Strength Foaming Clog Fighter® Clog Remover (dahulunya dijual sebagai Slow Flow Fighter™) yang dikeluarkan pada atau sebelum 21 Mac 2016.
Syarikat tersebut telah mengenal pasti beberapa kejadian yang membabitkan penutup keselamatan kanak-kanak yang tidak berfungsi dengan betul pada produk-produk ini. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, dan syarikat percaya bahawa kebanyakan produk-produk ini telah pun digunakan. Walau bagaimanapun, jika pengguna mempunyai produk yang terlibat, mereka digalakkan untuk menghubungi pusat panggilan yang disenaraikan di bawah untuk mendapatkan arahan dan bayaran balik penuh.
Apakah produk yang terlibat?
Liquid Plumr® Pro-Strength Foaming Clog Fighter® Clog Remover (dahulunya dijual sebagai Slow Flow Fighter™) yang dikeluarkan pada atau sebelum 21 Mac 2016. Produk-produk ini mempunyai nombor kelompok/lot JS16081 atau ke bawah. Kod ini dicetak di dalam petak kecil di bahagian bawah label belakang.
Tiada produk Liquid Plumr lain yang terlibat dengan panggilan balik ini. Produk yang dikeluarkan selepas 21 Mac 2016 (dengan nombor kelompok/lot JS16082 atau ke atas) menggunakan penutup keselamatan kanak-kanak yang berbeza dan selamat digunakan seperti yang diarahkan.
Apakah yang pengguna perlu lakukan?
Pengguna perlu menyimpan botol tersebut jauh daripada jangkauan kanak-kanak dan segera menghubungi pusat panggilan bebas tol Liquid Plumr di 60-15-4877-0774, Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 5 petang), atau pergi ke laman web http://liquidplumrrecall.expertproductinquiry.com untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai produk yang dipanggil balik. Maklumat dan arahan selanjutnya akan diberikan melalui kaedah-kaedah yang disebut di atas berhubung dengan bayaran balik penuh bagi mana-mana produk yang terjejas.
Penerangan produk:
Liquid Plumr® Pro-Strength Foaming Clog Fighter® Clog Remover (dahulunya dijual sebagai Slow Flow Fighter™) – UPC 44600- 00214
Botol berwarna oren, dengan ketinggian kira-kira 23 cm dan isi padu cecair sebanyak 502 ml. Botol ini mempunyai logo jenama Liquid Plumr.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160913/407107LOGO