omniture

Jubilant Biosys Perkukuh Pasukan Kepimpinan Menerusi Dua Pelantikan Penting

Jubilant Biosys Ltd
2016-09-20 22:40 512

BENGALURU, 20 September 2016 /PRNewswire/ -- Jubilant Biosys Ltd (Jubilant Biosys), peneraju bagi penemuan ubat-ubatan berkolaborasi, mengumumkan dua pelantikan baharu bagi barisan kepimpinannya. En. Steven Hutchins dilantik sebagai Presiden manakala Dr. Takeshi Yura pula dilantik sebagai Naib Presiden Kimia Ubatan.

   (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160107/783587 )

En. Steven Hutchins membawakan pengalaman serta kepimpinan selama 26 tahun dalam bidang farmaseutikal dan rawatan kesihatan kepada Jubilant, termasuk pengalaman dalam pembangunan perniagaan, penyelidikan & pembangunan (R&D) serta perkongsian strategik. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan pengurusan kanan di Merck, BioDuro, WuXi AppTec, dan Evotec, yang mana beliau bertanggungjawab memimpin pembangunan strategi, jualan & pemasaran serta pengkomersialan jalinan kerjasama strategik yang utama.

 "Saya berasa berbesar hati kerana dilantik sebagai Presiden dalam kumpulan syarikat Jubilant Drug Discovery Solutions, yang turut melibatkan Jubilant Biosys, Jubilant Chemsys dan Jubilant Discovery Services. Sepanjang kerjaya saya, saya telah menyaksikan kepentingan kolaborasi terhadap penemuan ubat-ubatan daripada perspektif saintis yang menjalankan kajian serta pemimpin perniagaan dan tanpa ragu-ragu untuk menyatakan bahawa gabungan pandangan dan strategi yang berbeza dapat mencipta inovasi yang sebenar. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan kami, pelanggan serta rakan penyelidikan kami untuk mencapai kejayaan saintifik serta komersial bagi setiap program," kata En. Steven Hutchins, Presiden, Jubilant Biosys.

Dr. Takeshi Yura mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam bidang kimia ubatan dan juga kimia organik. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan saintifik di Tanabe Saiyaku, Bayer Yakuhin, Pfizer Nagoya Laboratories dan Dishman Japan Ltd. Sebelum menyertai Jubilant, beliau telah menyandang jawatan kepimpinan kanan di AMRI sebagai Naib Presiden Perkhidmatan Penemuan dan Pembangunan untuk Asia, serta Pengurus Besar untuk pusat Penyelidikan Singapura.

Dr. Takeshi Yura, Naib Presiden (Kimia Ubatan), Jubilant Biosys berkata, "Saya berasa berbesar hati kerana dapat menyertai Jubilant Biosys, sebuah syarikat utama yang menyediakan perkhidmatan penemuan ubat-ubatan. Kebolehan Jubilant Biosys amat mengagumkan dan saya berharap dapat memberi sumbangan terhadap pertumbuhan syarikat yang selanjutnya dengan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang untuk pelanggan kami di seluruh dunia. "

Menerusi dua pelantikan kepimpinan utama ini, Jubilant berhasrat untuk melebarkan sayap globalnya, meninjau peluang perniagaan baharu serta mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kolaborasi utama untuk Penyelesaian Penemuan Ubat-ubatan serta portfolio program inovasi yang proprietari untuk tujuan pelesenan luar.

Latar Belakang Jubilant Drug Discovery Solutions (JDDS):  

JDDS terdiri daripada Jubilant Biosys, Jubilant Chemsys dan Jubilant Discovery Services serta berada di Bengaluru, India serta Noida dan juga Malvern (AS). Untuk maklumat lanjut: http://www.jubilantbiosys.comhttp://www.jchemsys.com;http://www.jubl.com.

Maklumat perhubungan media:
Sudhakar Safaya
sudhakar_safaya@jubl.com

Neha Garg
Neha_garg@jubl.com

Source: Jubilant Biosys Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements