omniture

Ode to Lesvos: Kisah Inspirasi Penduduk Pulau yang Menjadi Barisan Hadapan Krisis Pelarian

Johnnie Walker
2016-09-21 22:29 630

LONDON, 21 September 2016 /PRNewswire/ --

Filem dokumentari baharu daripada Johnnie Walker Storyline 

"Bolehkah anda benar-benar mengabaikan apa yang ada di depan mata anda? Kerana mungkin esok adalah giliran saya pula. Saya mungkin berada dalam sebuah bot bersama keluarga saya dan mengharapkan bantuan," kata seorang nelayan, Stratis Valamios dalam Ode to Lesvos, sebuah filem dokumentari baharu daripada Johnnie Walker Storyline.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160919/409341 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160919/409343 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160919/409344

Pada saat ini 12 bulan lalu, kehidupan Stratis berubah tanpa disangka-sangka apabila beliau menghabiskan masa selama berbulan-bulan lamanya untuk menyelamatkan golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak dari kawasan pantai di sekeliling rumahnya. Kampung halaman beliau yang dihuni hanya kira-kira 150 orang penduduk, menjadi barisan hadapan yang menangani krisis pelarian apabila beratus-ratus ribu orang mendarat, yang melarikan daripada peperangan serta mencari masa depan yang lebih cerah.

Respons positif daripada penduduk Lesvos yang membantu hampir setengah juta pelarian pada tahun lalu yang melakukan pelayaran yang amat berbahaya merentasi Laut Aegean, telah didokumentasikan dalam Ode to Lesvos. Filem tersebut dihasilkan oleh pembuat wiski Scotch Johnnie Walker sebagai sebahagian daripada inisiatif Storyline, yang menyediakan platform bagi menceritakan kisah kehidupan sebenar dari serata dunia.

Ode to Lesvos ialah sebuah dokumentari pendek yang mengisahkan tentang penduduk pulau yang mempunyai rasa belas ihsan tanpa kompromi, dan beberapa orang penduduk ini telah menerima pencalonan Hadiah Nobel Keamanan termasuk Stratis, bekas nelayan Thanassis Marmarinos dan juga Aimilia Kamvisi yang berusia 85 tahun.

Sepanjang tahun lalu, tajuk berita utama di rantau ini secara alaminya menumpu kepada aspek-aspek tragis berkaitan konflik manusia yang berlaku di lautan Aegean dan Mediterranean. Ode to Lesvos menjelaskan tentang kisah yang jarang diceritakan – respons penuh inspirasi para penduduk pulau yang membuka hati mereka terhadap mangsa pelarian dan semangat positif mereka mendorong mereka untuk menyelamatkan mangsa-mangsa ini dari pantai, memberikan tempat perlindungan serta menyediakan makanan dan juga minuman.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran Ode to Lesvos, Johnnie Walker memberi sokongan kepada Mercy Corps, sebuah pertubuhan global yang terkemuka yang membantu orang ramai di seluruh dunia untuk bertahan dan meneruskan kehidupan selepas mengalami konflik, krisis serta bencana alam. Sejak perang Syria bermula, Mercy Corps membantu lebih 7.7 juta penduduk yang terjejas akibat krisis itu dan memperluaskan programnya ke Greece serta rantau Balkan lantaran daripada krisis penghijrahan tersebut.

Simon O'Connell, Pengarah Eksekutif Mercy Corps Eropah berkata: "Krisis penghijrahan terus memberi kesan yang amat besar terhadap dunia yang dikongsi bersama ini. Amat penting untuk kita menceritakan kisah sebegini dan meningkatkan kesedaran terhadap isu yang dihadapi oleh mereka yang terpaksa menjadi pelarian dan juga masyarakat yang menerima kehadiran mereka."

"Kami berharap menerusi jalinan kerjasama dengan Johnnie Walker untuk berkongsikan kisah luar biasa bagaimana para penduduk pulau Lesvos bertindak terhadap kesengsaraan mangsa pelarian pada musim panas lalu, kami dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengambil tindakan yang positif. Terdapat jalinan kemanusiaan yang menghubungkan setiap seorang daripada kita dan apabila seseorang memerlukan bantuan, kita perlu berada di sisi mereka."

Bercakap tentang Ode to Lesvos Guy Escolme, Pengarah Jenama Global di Johnnie Walker, berkata: "Filem tersebut memaparkan hanya satu bab daripada kisah yang lebih besar dan terus berubah berkaitan krisis pelarian, namun ia merupakan salah satu yang menonjolkan sejauh mana perbuatan kebaikan dan tindakan yang positif dapat membawa perubahan kepada kehidupan mereka yang melakukan perjalanan yang penuh ranjau demi mencari masa depan yang lebih cerah. Kami berharap orang ramai akan mendapat inspirasi daripada Ode to Lesvos dan salah satu cara untuk mereka bertindak adalah dengan menyokong segala usaha yang dijalankan oleh Mercy Corps, sebuah pertubuhan global terkemuka yang berusaha menangani krisis ini dan juga banyak krisis lain di seluruh dunia yang dapat memberi harapan dan peluang kepada beratus-ratus ribu orang yang kehilangan tempat tinggal."

Selain menggalakkan orang ramai untuk memberi sumbangan kepada usaha yang dijalankan oleh Mercy Corps, Johnnie Walker juga terus bekerjasama dengan masyarakat tempatan yang tampil dalam Ode to Lesvos untuk mengenal pasti beberapa projek tempatan yang akan membawa kesan positif ketika mereka mencari kehidupan selepas krisis.

Ode to Lesvos diarahkan oleh pengarah Talal Derki yang meraih anugerah sempena Sundance Film Festival. "Ini merupakan sebuah projek yang benar-benar bersifat peribadi, dipengaruhi oleh pengalaman hidup saya daripada budaya Syria dan Greek," kata Derki, seorang mangsa pelarian Syria yang menerima pengiktirafan sempena Sundance hasil dokumentari beliau tentang peperangan di tanah airnya, Return to Homs.

Beliau menyambung: "Lantaran peristiwa yang berlaku pada musim panas yang lalu dan merasai sendiri kesusahan yang dihadapi oleh mangsa pelarian ketika mereka mencari tempat perlindungan dan masa depan yang lebih cerah buat keluarga mereka, saya berasa terpanggil untuk menceritakan kisah penuh inspirasi berkaitan respons masyarakat Lesvos ini. Semangat positif mereka yang berterusan, kesediaan untuk membantu dan paling utama, nilai kemanusiaan mengingatkan dunia bahawa kita masih berpeluang untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik berbanding hari ini."

Ode to Lesvos akan disiarkan sempena Hari Keamanan Antarabangsa (21 September) dan boleh ditonton di sini: https://youtu.be/INkT00ewy48?list=PLxitlhQXKCQyzUWycTBoQ_7zvuYr22lj-

Orang ramai boleh menyumbang kepada segala usaha Mercy Corps dengan melayari: http://www.mercycorps.org/johnniewalker

Nota untuk Editor 

Latar Belakang Diageo 

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc,Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) manakala produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.  

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Perkataan JOHNNIE WALKER dan KEEP WALKING, gambar Figura Berjalan dan logo-logo berkaitan merupakan tanda dagangan © John Walker & Sons 2016. 

Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah.

DRINKiQ.com 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture