NYON, Switzerland, 22 September 2016 /PRNewswire/ --
Hublot meningkat maju ke peringkat seterusnya dengan mempersembahkan filem animasi pertama untuk MP-05 LaFerrari Sapphire
Jam tangan menjimatkan kuasa yang memecah rekod, yang benar-benar mengagumkan dan kereta super unik – inilah bintang blokbuster baharu Digital Domain
Dalam Bandar Bidadari, di atas bumbung Ace Museum – sebuah tayangan perdana dunia – filem animasi pertama oleh Hublot, penerbitan bersama hasil ciptaan Digital Domain, peneraju dunia bagi filem aksi dan juga kesan visual. Yang pertontonkan ialah kereta super hybrid 1200 HD, FXX K dan jam tangan super dengan fungsi simpanan kuasa selama 50 hari. Satu rekod dunia oleh Hublot.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160907/404842 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160907/404843 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160907/404844 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160907/404845 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160907/404852 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160907/404853 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160907/404854 )
"Yang pertama seumpamanya, 'LaFerrari' Sapphire membawakan bersama teknologi terbaik dan paling canggih – untuk menghasilkan jam tangan dan pergerakannya, kereta super FXX K yang mencetuskan inspirasi dan kini dalam usaha revolusi digital yang diberikan oleh studio filem animasi terbaik dan terkenal, Digital Domain. Saya amat mengenali jam tangan ini, setiap ciri dan setiap perinciannya, filem tersebut benar-benar memberikan suatu sensasi yang belum pernah saya alami sebelum ini. Saya merasakan seolah-olah sayalah jam tangan ini, dan kereta ini; Sayalah kepantasan, teknologi, ciptaan dan rekod tersebut!"-Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot
Dinaungi tanda Hollywood, simbol mistik yang merangkumi keajaiban ibu kota filem dunia ini, bumbung Ace Museum berserta hiasan yang unik serta futuristik bertukar menjadi sebuah panggung wayang pandu masuk yang bakal menyaksikan keajaiban Hublot sekali lagi diserlahkan. Revolusi digital yang sebenar. Hublot mempersembahkan filem animasinya yang pertama. Tayangan perdana dunia mempersembahkan Hublot selaku peneraju dunia, berserta kesan khas yang setaraf dengan filem-filem blokbuster terkenal di Hollywood, dan dibintangi oleh kereta super Ferrari FXX K, dan juga jam tangan super, MP-05 "LaFerrari" Sapphire. Hasil kehebatan yang ditunjukkan oleh Digital Domain, rekod bersejarah ini (simpanan kuasa selama 50 hari) kini diabadikan dalam filem.
Kesemua imej telah dianimasikan oleh pemandu sebenar di stereng kereta, dan ciri-ciri teknikal pada kereta tersebut telah dikonfigurasi bagi memberikan pengalaman pemanduan yang paling realistik. Dalam dunia yang dipenuhi imej yang dihasilkan oleh komputer, ideanya adalah untuk memberikan pengalaman sebenar serta sensasi yang realistik. Ini merupakan satu pengalaman audio-visual, dan Digital Domain turut menghasilkan runut bunyi dalam aksi gaya filem Hollywood, berasaskan enjin FXX K.
Filem animasi ini mengisahkan tentang gerakan HUB9005.H1.PN.1 dan rekaan unik muka jam daripada batu nilam. Rekaan yang futuristik dan 3D, diperbuat daripada 7 blok batu nilam, memakan masa lebih 600 jam untuk menghasilkannya, dan kerja-kerja ketukangan 3D yang tepat bagi menghasilkan jam seberat 53.5 gram yang amat ringan pada pergelangan tangan. Gerakannya yang unik merangkumi komponen karbon yang amat ringan. Ia juga mencipta rekod bagi simpanan kuasa selama 50 hari, manakala 11 siri barel yang berpasangan disusun seperti tulang belakang yang mendominasi kawasan tengah jam tangan dan membolehkan pusingan gerakan dibuat menerusi 637 komponennya, satu pencapaian baharu. Gerakan yang hipnotik, jam tangan yang benar-benar hebat. Pada layar skrin, MP-05 "LaFerrari" Sapphire adalah paling memukau dari segi kesan visualnya.
Pautan filem: https://youtu.be/sXXeLbWiTE0
Pautan belakang tabir: https://youtu.be/YxFPYjOzNwY
Pautan untuk memuat turun siaran media: http://j.mp/2c3mz2G
Bahagian Perhubungan Media Antarabangsa: Annabelle Galley, a.galley@hublot.ch, T: +41(0)22-990-9000