omniture

Maxion Wheels Memperkenalkan Teknologi Keselamatan Roda Pintar untuk Kenderaan Komersial

Maxion Wheels
2016-09-22 12:40 461

Data Prestasi Roda MaxSmart™ Memastikan Pemandu dan Jalan Dalam Keadaan Selamat  

HANNOVER, Jerman, 22 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels, pengeluar roda yang terkemuka di dunia, hari ini memperkenalkan teknologi keselamatan roda kenderaan terhubung komersial yang pertama dalam industri daripada reruainya (Dewan 26 / Reruai E47) sempena pameran perdagangan Kenderaan Komersial IAA Pameran Motor Antarabangsa ke-66. MaxSmart™ menggabungkan roda keluli untuk trak yang utama dalam industri dengan teknologi sensor bagi tujuan mendapatkan dan menyampaikan pelbagai data berkaitan roda serta tayar kepada pemandu dan juga flit kenderaan.

generated by system

"Keselamatan pemandu dan jalan raya adalah salah satu isu terbesar dalam industri ini. Dengan mengumpul data yang komprehensif daripada sensor roda dan menyampaikannya kepada pihak pemandu serta flit kenderaan pada masa yang tepat, kami berharap dapat menyokong usaha mengelakkan berlakunya kemalangan dan mampu mengelakkan kos pembaikan kenderaan yang mahal," kata Pieter Klinkers, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxion Wheels. "Roda MaxSmart daripada Maxion Wheels menggunakan tenaga kinetik daripada gerakan roda untuk terus memberi kuasa kepada sensor yang mengumpul dan menyampaikan data berkenaan beban roda, daya pengapit terhadap gandar, selain tekanan dan juga suhu tayar. Maklumat ini dimuat naik kepada kenderaan dan awan bagi menyediakan perisikan keselamatan kenderaan untuk pemandu dan juga flit kenderaan."  

MaxSmart kini sedang diuji dan dijangka akan mula dikeluarkan pada tahun 2017.

LATAR BELAKANG MAXION WHEELS

Maxion Wheels ialah pengeluar roda terkemuka untuk kereta penumpang, trak ringan, trak dan juga treler komersial. Syarikat ini turut mengeluarkan roda untuk kenderaan dalam sektor pertanian dan ketenteraan, serta untuk kegunaan luar lebuh raya yang lain. Berpengalaman selama lebih 100 tahun dalam pembuatan roda dan menggajikan 10,000 kakitangan di seluruh dunia, Maxion ialah pengeluar roda terbesar dunia yang mengeluarkan hampir 60 juta roda setahun. Syarikat ini berkhidmat untuk pelanggan OEM globalnya menerusi 22 kilang pengeluaran yang berada di 12 buah negara di lima buah benua, selain memiliki pusat teknikal yang canggih di benua Amerika, Eropah serta Asia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi laman sesawang Maxion Wheels melalui http://www.maxionwheels.com.

Source: Maxion Wheels
Keywords: Auto