omniture

Lokasi Baharu St Hugo™

St Hugo Wines
2016-09-22 19:00 487

ADELAIDE, Australia, 22 September 2016 /PRNewswire/ --

Terletak di tengah-tengah Lembah Barossa, wain St Hugo akan mengalu-alukan kedatangan ke lokasi baharunya pada hari Jumaat, 23 September ini. Buat pertama kali, penggemar wain bermutu tinggi dan peminat pengalaman yang eksklusif berpeluang meneroka dunia penuh elegan salah satu pengeluar Cabernet Sauvignon paling terkenal di Australia ini.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160920/409710 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160920/409712 )

Di lokasi baharu St Hugo ini, pengunjung dapat menikmati pengalaman deria luar biasa yang menggabungkan sesi merasa wain yang ditempah khas, hidangan menjamu selera mewah yang intim serta pengalaman menikmati wain bermutu tinggi yang unik. Para tetamu terpilih berpeluang melakar pencapaian peribadi dan mewujudkan legasi wain mereka sendiri menerusi Pengalaman Wain St Hugo Sainthood sekali seumur hidup ini (Berharga $150,000 AUD/$100,000 USD/£90,000 untuk 2 orang).

St Hugo dihasilkan bagi meraikan warisan Hugo Gramp, seorang yang berwawasan serta mantan Pengarah Urusan kilang wain Gramps & Son dari tahun 1920 hingga 1938. Kilang tersebut yang menghadap kawasan Barossa dan kebun anggur St Hugo, memperlihatkan kuasa dan kehebatan usahawan wain ulung yang berpengaruh ini. 

RUANG ISTIREHAT WAIN MEWAH 

Sebaik tiba, tetamu akan melakukan perjalanan menyusuri laluan pokok-pokok gabus sebelum tiba ke bangunan yang dibina semula dengan dinding batu yang berusia 160 tahun. Di dalam bangunan itu, ruang istirehat wain mewah disediakan yang menghidangkan rangkaian lengkap wain St Hugo yang dibuat khas, dan ada antaranya hanya eksklusif untuk lokasi baharu jenama tersebut.

RESTORAN HIDANGAN MAKANAN MEWAH 

Sebuah restoran intim di St Hugo dikelilingi oleh dinding batu besi asli dengan sebuah jendela luas yang menghadap kebun anggur itu.

Cef Eksekutif yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Mark McNamara, telah mencipta menu yang menghidangkan bahan-bahan bermusim dari kawasan ini. Pilihan empat atau lapan hidangan menu sajian disediakan, dengan setiap hidangan dicipta agar dapat melengkapi wain St Hugo dengan sempurna.

SESI MERASA PERSENDIRIAN 

Bilik merasa yang berada di kawasan lebih rendah pula memberi peluang untuk meneroka dengan lebih mendalam wain utama St Hugo pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Tetamu juga berpeluang memilih pengalaman yang disuai khusus dalam bilik menyimpan wain bawah tanah serta "bilik Hugo Gramp" dalam suasana vintaj masa lalu.

PAKEJ TETAMU DITEMPAH KHAS  

Tiga pakej wain bermutu tinggi yang mewah membolehkan tetamu meneroka St Hugo dengan lebih mendalam serta lokasinya di Barossa: 'Pengalaman Wain Legasi' (Berharga: $10,000 AUD untuk 2 orang), 'Pengalaman Wain Berprestij' (Berharga: $30,000 AUD untuk 2 orang) dan pengalaman The St Hugo 'Sainthood' (Berharga: $150,000 AUD untuk 2 orang).

Pengalaman menikmati wain yang tiada tandingan di lokasi St Hugo yang memukau di Lembah Barossa ini akan menjadi satu keraian sebenar terhadap kehebatan koleksi wain Australia yang terkenal ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.sthugo.com atau hubungi:

E-mel:  Ciara@nevillemccarthy.com   

Tel: +44(0)20-7940-2900

Source: St Hugo Wines
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Travel New products/services