omniture

Coty Inc. Sokong Delete Blood Cancer UK

Coty Inc.
2013-03-20 00:16 214

-- Inisiatif Terbaru Pererat Hubungan Coty-Delete Blood Cancer/DKMS: Gabungan Usahasama Menentang Kanser Darah dan Ketengahkan Iltizam Coty Dalam Usaha Dermawan

WIMBLEDON, England, 19 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Coty Inc. , sebuah peneraju baru yang sedang membangun dalam bidang kecantikan, dengan sukacitanya memaklumkan inisiatif terbaru mereka dalam menyokong Delete Blood Cancer/DKMS: dengan pelancaran organisasi Coty-Delete Blood Cancer/DKMS: Gabungan Usahasama Menentang Kanser Darah tersebut pada 19 Feb 2013, di U.K. Sejak dari mula ia ditubuhkan oleh mantan pengerusi Coty dan pengasas bersama DKMS,Peter Harf, Coty telah memberikan sokongannya kepada Delete Blood Cancer/DKMS (pusat penderma tulang sumsum terbesar di dunia).

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130318/HS78551)

"Coty sangat berbesar hati untuk membantu Delete Blood Cancer/DKMS dalam mendapatkan penderma baru yang berpotensi di U.K," kata Encik Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Coty menitikberatkan sumbangan yang diberikan kepada komuniti yang juga merupakan sebahagian daripada kami, dan sejarah kami dalam memberi sokongan terhadap Delete Blood Cancer/DKMS merupakan salah satu cara bagi kami menzahirkan kepercayaan kami."

"Kami amat berterima kasih dengan bantuan yang amat memberansangkan yang dihulurkan oleh Coty sejak bertahun yang lalu," kata Harf. "Ia merupakan satu perjuangan yang dekat di hati orang ramai di seluruh dunia, dan ia amat bermakna kepada Delete Blood Cancer/DKMS untuk mempunyai Coty sebagai tulang belakang dalam usaha membina senarai penderma tulang sumsum."

Kerjasama antara Coty dan Delete Blood Cancer/DKMS sudah lama berlangsung dengan penuh bersejarah. Sebahagian daripada kejayaan penting dicapai dengan bantuan Coty dalam menubuh dan meluaskan DKMS di Amerika Syarikat pada tahun 2004, termasuk menyediakan sokongan pentadbiran dan perundangan, serta ruang pejabat di New York; sokongan Coty dalam pelancaran DKMS di Polska pada tahun 2009; dan pendaftaran penderma DKMS yang ke-2.5 juta di Jerman, di pejabat Coty yang terletak di Mainz. Mungkin sekali sumbangan Coty yang terpenting adalah sokongan dalam usaha pengumpulan dana berterusan untuk menjayakan malam gala Delete Blood Cancer/DKMS yang diadakan pada setiap tahun, satu acara yang membariskan bintang terkenal yang telah berjaya mengumpul lebih $9 juta sejak pertama kali ia diadakan pada tahun 2006.

Sebagai tanda memperingati pelancaran di U.K, Coty telah menyumbang sebanyak £10,000 dan telah mengendalikan kempen menderma di tiga pejabatnya yang berada di U.K: Ashford, Henwood dan Wimbledon. Lebih daripada 200 penderma yang berpotensi telah didaftarkan menerusi kempen-kempen tersebut, di mana ia telah menjadi kemuncak kejayaan bagi pelancaran di U.K.

Acara di U.K ini merupakan kempen menderma bagi pekerja terkini yang dibantu oleh Coty di kebanyakan pejabatnya di seluruh dunia. Lebih daripada 1,000 pekerja global Coty telah mendaftar sebagai penderma tulang sumsum yang berpotensi dengan Delete Blood Cancer/DKMS. Menerusi Coty-Delete Blood Cancer/DKMS: Berkaitan Usaha Menentang Kanser Darah, Coty membiayai yuran pendaftaran penderma bagi semua pekerja Coty.

Selain itu, tanggungjawab sosial Coty dapat dilihat menerusi sumbangannya dalam memberikan bantuan kecemasan di kawasan-kawasan yang dilanda bencana alam. Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai Coty serta usaha dermawannya, sila layari www.coty.com.

Mengenai Coty Inc.

Coty adalah sebuah peneraju baru dalam bidang kecantikan dengan pendapatan bersih sebanyak $4.6 bilion pada tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2012. Diasaskan pada 1904 di Paris, Coty adalah sebuah syarikat kecantikan yang asli dengan portfolio wangian, kosmetik berwarna,serta produk penjagaan kulit & badan yang terkenal dan telah dijual di melebihi 130 buah negara dan wilayah. Tawaran bagi produk-produk Coty merangkumi jenama-jenama global antaranya adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Coty Inc. dan semua jenamanya, sila layari www.coty.com

Mengenai Delete Blood Cancer/DKMS

Misi kami adalah untuk menghapuskan kanser darah dan menyelamatkan nyawa dengan mendaftarkan penderma tulang sumsum bagi pesakit yang memerlukan. Kami merupakan pusat penderma tulang sumsum yang terbesar di dunia, dengan lebih 3.4 juta penderma berdaftar. Lebih daripada 34,000 daripada penderma-penderma kami telah membantu menyelamatkan nyawa dengan menderma tulang sumsum mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut atau mendaftar sebagai penderma tulang sumsum, sila layari www.deletebloodcancer.orgwww.deletebloodcancer.org.uk,www.dkms.de atau www.dkms.pl.

Mengenai Coty-Delete Blood Cancer/DKMS: Berkaitan Usaha Menentang Kanser Darah

Pada Oktober 2006, Coty Inc., sebuah peneraju global baru dalam bidang kecantikan, menyertai DKMS sebagai penaja syarikat pengasas dalam memerangi kanser darah, dengan menubuhkan Coty-Delete Blood Cancer/DKMS: Berkaitan Usaha Menentang Kanser Darah. Coty telah memanfaatkan usahasama mereka yang kukuh dengan selebriti terkemuka untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit tersebut serta membantu mendapatkan jutaan penderma dari seluruh dunia. Di samping itu, Coty telah membantu Delete Blood Cancer/DKMS dengan mewujudkan organisasi bebas DKMS di Amerika Syarikat, Poland, dan U.K., dengan perancangan membuka lebih banyak pejabat di seluruh dunia. Leukemia, sejenis kanser darah dan merupakan salah satu punca utama kematian yang disebabkan kanser di seluruh dunia.  Ia telah memberi kesan terhadap keluarga Coty sendiri apabila isteri kepada Pengerusi Coty yang terdahulu, Peter Harf, meninggal dunia pada tahun 1991 akibat penyakit tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut atau mendaftar sebagai penderma tulang sumsum, sila layari www.deletebloodcancer.orgwww.deletebloodcancer.org.uk,www.dkms.de atau www.dkms.pl.

Source: Coty Inc.
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility