omniture

MDeC Sertai Sidang Kemuncak Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar Malaysia 2013 sebagai Rakan Kongsi

IQPC Worldwide
2013-03-20 09:41 192

14-16 Mei 2013 | The Prince Hotel | www.ssomalaysia.com

SINGAPURA, 20 Mac, 2013 /PRNewswire/ -- "Malaysia tersenarai antara 3 negara teratas dunia dari segi penyumberan perkhidmatan global. Sektor SSO akan terus berkembang di Asia Pasifik, dan terutamanya di Malaysia, di mana perniagaan akan mempertimbangkan lokasi-lokasi alternatif untuk perkhidmatan dan penyampaian perniagaan, dengan peningkatan dalam penerimaan penghantaran luar pesisir dan kekurangan set kemahiran dalam sesetengah pasaran," kata Datuk Dr. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, Malaysia.

Rangkaian Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar (Shared Services and Outsourcing Network – SSON) berbesar hati mengumumkan MDeC (Perbadanan Pembangunan Multimedia) sebagai rakan kongsi dan penyampai ucaptama untuk Sidang Kemuncak SSO Malaysia Kali Pertama!

Acara itu akan diadakan dari 14-16 Mei, 2013 dan dirancang khusus untuk perkhidmatan perkongsian dan perniagaan di rantau ini, serta para perunding, pembekal penyumberan luar dan penyelesaian di pasaran tempatan. Sidang kemuncak ini menerokai cabaran menguruskan pusat perkhidmatan perkongsian yang berjaya di Malaysia dan menyelami isu yang khusus mengenai pengurusan bakat, inovasi dalam proses hujung-ke-hujung, analisis data dan pembinaan jenama yang kukuh.

"Sokongan MDeC kepada acara ini menunjukkan betapa besarnya potensi perkembangan dan pembangunan yang terdapat dalam industri SSO Malaysia dan akan memberikan pemahaman yang hebat ke arah perancangan masa depan dalam ruang ini bagi negara ini," kata Sally Fletcher, Pengarah Divisyen Asia, SSON.

Industri SSO telah menjadi sebahagian penting dalam transformasi Malaysia yang dipacu oleh ICT ke arah menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang berasaskan pengetahuan. Pada masa sekarang terdapat lebih 200 syarikat SSO bertaraf MSC Malaysia yang terdiri daripada pemain utama tempatan dan multinasional yang telah menjalankan operasi di Malaysia, menyokong pelbagai perkhidmatan tempatan dan antarabangsa termasuk Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO), Penyumberan Luar Teknologi Maklumat (ITO) dan Penyumberan Luar Proses Pengetahuan (KPO).

Industri Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar di MSC Malaysia menikmati pertumbuhan positif sejak penubuhannya pada 2002. SSO MSC Malaysia telah menggandakan peralihan kepada eksport; pada 2011, industri SSO MSC Malaysia menjana pendapatan eksport bernilai USD 1.9 Bilion.

Michael Warren, Pengarah Kluster Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar di MDeC berkata, "Malaysia hari ini terus menarik pelaburan asing dalam operasi perkhidmatan global dari firma multinasional kerana kedudukan kita yang strategik, ikatan dagangan ekonomi dan kemudahan penubuhan perniagaan melalui MSC Malaysia. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan SSON untuk acara Perkhidmatan Perkongsian & Penyumberan Luar Malaysia yang julung kali diadakan untuk melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hab global untuk SSO."

Maka ini merupakan masa yang terbaik untuk menyenaraikan Malaysia dalam siri acara global SSON yang berjaya. Sebagai veteran dalam industri Perkhidmatan Perkongsian & Penyumberan Luar (acara SSOW di Singapura sudah memasuki tahun ke 16), SSON menjangkakan satu lagi perhimpunan yang hebat pemimpin-pemimpin Perkhidmatan Perkongsian & Penyumberan Luar.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Ms Rani Kuppusamy
Pengarah Pemasaran
SSON
Tel: +65-6722-9399
Email: rani.kuppusamy@ssonetwork.com 
Web: http://www.ssomalaysia.com 

SUMBER  IQPC Worldwide

Source: IQPC Worldwide
Keywords: Outsourcing Businesses Licensing/marketing agreements Trade show news