omniture

Pemimpin Muda daripada 46 Negara Mengambil Bahagian dalam Dialog Belia Asia Pasifik yang Diadakan di Chengdu

Perfect World
2016-09-26 09:04 442

BEIJING, 26 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Dialog Belia Asia Pasifik telah diadakan di Chengdu, wilayah Sichuan, China pada 21 September 2016. Dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Perbandaran Rakyat Chengdu, Makmal Pemimpin Belia Global, Institut Taihe Global dan Beijing China Today International Culture Development Co., Ltd., forum tersebut telah dianjurkan bersama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Kebangsaan Republik Rakyat China untuk UNESCO dan Persekutuan Kelab-kelab, Pusat-pusat dan Persatuan-persatuan UNESCO Sedunia (WFUCA), dan turut dianjurkan bersama Universiti Sains dan Teknologi Elektronik China, Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Chengdu serta Perfect World Education & Technology (Beijing) Co., Ltd.

Hampir 200 bakal pemimpin muda daripada 46 buah negara di seluruh rantau Asia Pasifik berhimpun bersama untuk membincangkan pelbagai topik termasuk kepelbagaian budaya Asia dan pendekatan untuk mewujudkan dunia yang lebih aman, peranan tamadun dalam memupuk keamanan, bagaimana untuk mewujudkan keamanan dalam era digital, keganasan mengikut gender dan masyarakat yang harmoni, selain pembangunan sosial dalam kalangan belia masa kini, sepanjang acara selama tiga hari itu.

Segala idea daripada Dialog tersebut akan disampaikan dalam satu sesi bertajuk "Suara Belia Asia - Cadangan daripada Dialog Belia Asia Pasifik" dalam Forum Dialog Tamadun Asia (ACDF) dan Forum Belia UNESCO kali ke-10.

Forum tersebut mendapat perhatian meluas daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beberapa negara Asia Pasifik. Wakil-wakil daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan Cina dan beberapa syarikat Cina, termasuk Hao Ping, Timbalan Menteri Pendidikan China, Pengerusi dan Pengarah Suruhanjaya Kebangsaan Republik Rakyat China untuk UNESCO; Du Yue, Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Republik Rakyat China untuk UNESCO; Dr. Marielza Oliveira, Pengarah dan Wakil UNESCO untuk Republik Rakyat China, Demokratik Republik Rakyat Korea, Jepun, Mongolia dan Republik Korea; Dr. Dhirendra Bhatnagar, Pengerusi Persekutuan Kelab-kelab, Pusat-pusat dan Persatuan-persatuan UNESCO Sedunia (WFUCA); Li Yanrong, Presiden Universiti Sains dan Teknologi Elektronik China serta Ahli-ahli Akademi Kejuruteraan Cina; Yang Wei, Penasihat Kanan Kerajaan Perbandaran Chengdu; dan juga Dr. Robert H. Xiao, CEO Perfect World Co. Ltd turut menyertai forum tersebut dan menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian.

Pada hadirin mendorong anak-anak muda di seluruh rantau Asia Pasifik untuk memberi tumpuan penuh terhadap kemajuan dunia dan mewujudkan kemuafakatan antara tamadun dengan matlamat yang jelas selain memainkan peranan utama dalam misi untuk mewujudkan sebuah komuniti yang dapat memperjuangkan masa depan manusia yang sama.

 

 

Source: Perfect World
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources