omniture

Pesta Canton ke-113: "Mesra pengguna dan menguntungkan, acara dagangan premium Cina tarik ahli perniagaan global"

The Canton Fair
2013-03-20 20:28 136

GUANGZHOU, Cina, 20 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Canton – sidang kemuncak dagangan berprofil tinggi di Cina – hari ini membantu ahli perniagaan dari seluruh dunia mencapai pasaran Cina yang lumayan. Acara ini terbukti semakin popular di kalangan usahawan dari negara membangun, dan jumlah yang semakin meningkat kini bersedia untuk menghadiri edisi yang ke 113, yang dirancang bermula pada 15 April.

Dengan formatnya yang profesional, dan mesra pengguna, Pesta Canton sering mendapat ulasan yang sangat memuaskan daripada para pengunjung. Ahli perniagaan terutamanya dari pasaran membangun menghargai peluang-peluang yang ditawarkan, di mana mereka mengambil kesempatan atas produk berkualiti tinggi dan harga berdaya saing yang terdapat di acara tersebut untuk mencapai matlamat tinggi perniagaan.

Ricardo Falavina dari Brazil memiliki Intercondors, sebuah pengilang produk kulit yang mempunyai kepakaran dalam permainan buatan kulit dan hiasan kulit berproses. "Acara ini benar-benar mengagumkan saya," kata Falavina selepas menghadiri Pesta Canton untuk kali pertama tahun lalu. "Cina merupakan pasaran yang menarik dan saya kini merancang untuk bekerjasama dengan Pusat Dagangan dan Pembangunan Pelaburan Cina-Brazil untuk bersama-sama membina sebuah kilang di sini untuk membuat permainan buatan kulit."

"Dahulunya kami bergantung kepada import dari Eropah," tambah Ronald Montario, pengurus komersil bagi peruncit alat ganti motosikal Bolivia Becar Repuestos, selepas menghadiri Pesta Canton baru-baru ini dengan lebih 80 pembeli Bolivia. "Walaubagaimanapun, kami kini telah mengetahui bahawa produk Cina di sini mempunyai kos yang lebih rendah. Pesta ini benar-benar telah membuka peluang perniagaan baru untuk kami."

Ahli perniagaan India Prakafh Nainaya telah melawat Pesta Canton sebanyak tujuh kali sejak tahun 2000. "Perkara paling penting ialah pengetahuan yang saya dapati mengenai suasana perniagaan di Cina setiap kali saya hadir," kata Nainaya. "Acara ini menawarkan pilihan produk yang lebih luas daripada pesta-pesta di tempat lain. Saya pasti akan kembali untuk mencapai sasaran perniagaan saya bersama-sama rakan-rakan kongsi yang saya hargai."

Sebilangan ahli perniagaan Afrika yang makin bertambah juga telah tertarik untuk ke Pesta Canton. Ahli perniagaan Mozambique Jose pertama kali hadir pada Pesta Canton ke 112 tahun lalu. " Kini ekonomi Mozambique kurang baik," ulas beliau. "Ekonomi dunia juga kurang baik. Tetapi ekonomi Cina terus berkembang. Saya ke sini untuk membawa pulang produk Cina untuk membantu memulihkan ekonomi kami."

Penganjur kini mengalu-alukan kehadiran peserta dari seluruh dunia ke Pesta Canton ke 113. Kembangkan perniagaan anda dengan acara dagangan utama Cina.

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Source: The Canton Fair
Keywords: Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Retail Trade show news