omniture

Hotel The Park Pamerkan Wajah Baru

The Park Hotel
2013-03-21 03:23 151

NEW DELHI, 21 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Hotel The Park, perintis hotel butik mewah di India, memperkenalkan pengalaman jenama yang segar dengan identiti visual dan janji baharu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130319/601820 )

Logo baru memberikan penghormatan kepada The Park sebagai tempat pilihan untuk tetamu dilihat serta berfokus kepada THE.  Ia juga satu penghargaan kepada kedudukan The Park sebagai "Hotel The Park" yang pertama di India.  Tambahan pula, persembahan identiti hitam putih yang ringkas dan unggul ini menaikkan seri warna dan keindahan suasana The Park serta membezakan ia daripada para pesaingnya.

Ketika pengumuman tersebut dibuat, Priya Paul, Pengerusi Apeejay Surrendra Park Hotels Ltd. Berkata, "Hotel The Park memberikan pengalaman yang berbeza.  Kami tersohor dengan kreativiti dan inovasi yang sudah sebati dengan DNA kami.  Semakin kami berkembang, semakin kami menyedari keperluan untuk menyerlahkan kekuatan jenama kami dengan berani.  Bahasa rekaan yang segar dan baru ini mencerminkan India kontemporari dan etos kami.  Ia sememangnya sangat berani dan mencerminkan personaliti kami yang sebenar."

Sistem visual identiti baru ini direka dengan corak kontemporari yang unik, dihasilkan daripada motif yang melambangkan keunggulan India.  Identiti baru ini dihidupkan dengan menggunakan rangkaian aplikasi termasuk digital, kolateral, papan tanda dan penciptaan video jenama berimpak tinggi.

Pengukuhan semula jenama telah mengambil masa lebih dua tahun dan menelan belanja sebanyak hampir INR 12 krore.  Proses ini bukan sekadar penciptaan wajah dan suasana baru di semua hotel, tetapi ia juga menyepadukan pelaksanaan pengalaman unik yang berakar umbi daripada janji jenama "Anything But Ordinary" (Suatu Kelainan).

Penjenamaan ini bermula pada 1 April 2013 dan pengalaman baru yang menjanjikan "Anything But Ordinary" akan mula diperkenalkan di sepanjang tahun ini.

"Generasi pengembara global berkongsi pertalian erat dengan identiti jenama kami," kata En. Vijay Dewan, Pengarah Urusan Apeejay Surrendra Park Hotels Ltd.  "Nama dan lambang asas kami terunggul dan mudah dikenali.  The Park memberikan tafsiran baru kemewahan.  Ia dibuat melalui rekabentuk, hiburan dan penciptaan pengalaman perkhidmatan yang unik.  Evolusi ini mencerminkan gaya moden yang membentuk jenama kami hari ini."

Pengalaman "Anything But Ordinary" terus dizahirkan melalui setiap titik sentuh perkhidmatan di dalam hotel termasuk pengalaman "Ketibaan" yang berkesinambungan dalam pengalaman "Penginapan" sehinggalah kepada setiap titik sentuh hotel termasuklah "Spa".  Semua piawaian ini direka supaya sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke hotel sehinggalah ketika mereka melangkah pergi, dan tidak kira di mana sahaja mereka berada, The Park tetap menjadi sebahagian daripada diri mereka.

Hotel The Park Pamerkan Wajah Baru

Mengenai Hotel The Park

Hotel The Park, perintis hotel butik mewah di India berada di bandar-bandar utama dan destinasi santai.  Terletak di lokasi utama, kami menempatkan sebahagian daripada restoran paling berdaya cipta, bar dan kelab malam yang paling meriah,spa dan kelab kesihatan yang memenangi anugerah. Kemudahan perniagaan kami  yang tercanggih serta ruang yang berseni dan penuh gaya membuatkan kami pilihan semula jadi pengembara korporat dan santai.

The Park berada di Bangalore*, Chennai*, Hyderabad*, Kochi, Kolkata*, Navi Mumbai, New Delhi* and Visakhapatnam. Koleksi The Park adalah The Park Pantai Percutian* (Goa), The Park Pod (Chennai), and The Park Tasik Vembanad dan Apsara (Kerala).

*Ahli Design Hotels™

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.theparkhotels.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Cik Ruchika Mehta
Pengarah Perhubungan Awan & Komunikasi Korporat
M +91-8447090008
E rmehta@theparkhotels.com

Source: The Park Hotel
Keywords: Hotels and Resorts Travel