omniture

CSA Group Buka Makmal Elektro-Perubatan Amat Canggih di Seoul

CSA Group
2016-09-28 22:04 671

- Sebahagian daripada Perluasan Perkhidmatan Rawatan Kesihatan dan Tawaran Perkhidmatan Global -

SEOUL, Korea Selatan, 28 September 2016 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia bertaraf global bagi perkhidmatan ujian dan pensijilan serta organisasi pembangunan piawaian yang utama, hari ini mengumumkan pembukaan makmal perubatan baharu di Songpa-gu, Seoul, yang mengkhusus dalam perkhidmatan ujian serta pensijilan untuk peralatan elektro-perubatan dan juga makmal seperti peralatan perubatan rawatan kesihatan di rumah, peralatan sinar-X, peralatan pembedahan HF, pam infusi, peranti pemantauan ECG, peralatan laser, peralatan endoskop, peranti pemantauan pesakit berbilang fungsi, mikroskop dan juga pensteril.

"Memandangkan industri peralatan perubatan Korea terus berkembang dengan pesat, CSA Group dengan sukacitanya membuka makmal elektro-perubatan terbesar di Asia yang terletak di Seoul. Kemudahan canggih ini akan membantu menyediakan perkhidmatan ujian dan pensijilan yang komprehensif untuk syarikat-syarikat peralatan perubatan tempatan dan menyediakan akses yang efektif untuk pasaran Amerika Utara dan juga pasaran global. Pakar-pakar kami dapat menyediakan perkhidmatan ujian dan pensijilan untuk pelbagai produk perubatan, dan dilengkapi dengan pengetahuan dalam pelbagai piawaian berkaitan alam sekitar, keselamatan dan juga prestasi," kata Danny Yoon, Pengarah Kawasan CSA Group, Asia.

Makmal ini turut menyediakan perkhidmatan untuk perkakas komersial dan kediaman, selain peralatan audio/video dan juga produk HVAC/R. CSA Group Korea turut menawarkan program verifikasi kelestarian dan kecekapan tenaga mengikut piawaian Amerika Utara. Baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada perikatan itu, CSA Group melancarkan beberapa piawaian kemampanan untuk produk-produk kediaman selain tanda kemampanan CSA Group bagi membantu pengguna mengenal pasti produk yang mesra alam.

Selain perkhidmatan ujian dan pensijilan, perkhidmatan pemeriksaan khas dan penilaian lapangan turut disediakan. Program-program ini menyediakan perkhidmatan penilaian mengikut keperluan keselamatan yang diguna pakai di Kanada dan AS. Proses penilaian ini dilakukan di lokasi, dan setelah selesai menjalankan penilaian, unit-unit yang didapati mematuhi piawaian ini ditandakan dengan label Pemeriksaan Khas untuk Kanada atau label Penilaian Lapangan untuk AS. Perkhidmatan ini adalah khusus untuk produk yang unik serta dibuat terhad dan juga untuk peralatan elektrik yang tidak tersenarai. Proses ini selesai pada masa pembuatan, tempat pengagihan sementara, di tapak pemasangan akhir atau kombinasi yang tersenarai ini, sebagaimana yang diminta oleh pelanggan.

Latar Belakang Perkhidmatan Ujian, Pemeriksaan dan Pensijilan CSA Group

CSA Group ialah sebuah organisasi bertaraf global, berdedikasi terhadap keselamatan, perkhidmatan sosial dan kemampanan. CSA Group menyediakan perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan pensijilan untuk produk-produk dalam banyak sektor pasaran, termasuk kediaman dan komersial, perindustrian, rawatan kesihatan dan juga automotif. CSA Group juga menyediakan pensijilan untuk sistem keselamatan dan pengurusan berfungsi. CSA Group ialah salah satu penyedia terbesar bagi pensijilan keselamatan dan alam sekitar untuk Kanada dan juga AS. Tanda CSA juga turut tertera pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group, sila layari www.csagroup.org.

Maklumat Perhubungan CSA Group:

Maklumat Perhubungan Media:

Maklumat Perhubungan Media CSA Group:

Eugene Son

Berry Kwon

Pino Chen

CSA Group Korea Ltd.

Hill+Knowlton Strategies

CSA Group

+82 2 6371 6000

+82 2 2287 0926

+021-54261199-822

eugene.son@csagroup.org

berry.kwon@hkstrategies.com

pino.chen@csagroup.org

Source: CSA Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion