AUSTIN, Texas, 29 September 2016 /PRNewswire/ -- Mozido, pembekal global untuk penyelesaian perniagaan dan pembayaran digital yang dipercayai, hari ini mengumumkan bahawa Markus Remark telah menyertai syarikat sebagai Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta. Untuk jawatan ini, Remark akan bertanggungjawab untuk membangunkan, melaksanakan dan menjalankan strategi pertumbuhan jualan seluruh dunia Mozido, serta operasi penghantarannya.
"Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan Markus ke pasukan kepimpinan Mozido," ulas Todd Bradley, Ketua Pegawai Eksekutif Mozido. "Sebagai ketua strategik dengan pengalaman terbukti yang dengan jayanya membina jualan, perkhidmatan dan operasi penghantaran yang memfokuskan pelanggan, saya yakin bahawa Markus akan membantu melonjakkan pelanggan dan rakan kongsi Mozido ke tahap dagangan mudah alih yang seterusnya."
Dengan fokus terhadap kecemerlangan operasi dan penghantaran, Remark membawa lebih 20 tahun pengalaman yang terbukti dalam menggerakkan perubahan berskala besar, membentuk keberkesanan dan mendorong pertumbuhan hasil dalam syarikat termasuk Oracle, TOA, Motive, Crossworlds dan PeopleSoft.
Sebelum itu, Remark merupakan Naib Presiden Operasi Pelanggan di Oracle, dan dengan pelaksanaan berfokusnya menggalakkan kadar pembaharuan rekod dan kepuasan pelanggan. Sebelum Oracle, Remark berkhidmat sebagai Naib Kanan Presiden Operasi Pelanggan Global di TOA Technologies, iaitu sebuah syarikat teknologi perniagaan mudah alih yang diambil alih oleh Oracle pada tahun 2014. Sebagai Naib Kanan Presiden di Motive, Remark menguruskan perubahan dan evolusi organisasi yang menyeluruh, membawa kepada peningkatan lesen dan hasil yang pesat. Remark menerima ijazah sarjana dalam Sains Komputer daripada University of Applied Sciences di Saarbruecken, Jerman.
"Saya berasa amat teruja untuk menyertai Mozido dan menyumbang kepada peluasan jejak syarikat dalam pasaran kiriman wang global dan pasaran dagangan digital," ulas Remark. "Memupuk semangat Mozido untuk menambah baik kehidupan melalui teknologi mudah alih dan digital memberi kefleksibelan kewangan yang lebih lagi kepada berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia."
Latar Belakang Mozido
Mozido memberikan penyelesaian pembayaran digital dan dagangan global yang dipercayai dan disampaikan sebagai penyelesaian berasaskan awan dengan kos perpatutan dan dijenamakan untuk pelanggan. Dengan fungsi boleh saling kendali yang tinggi, penyelesaian Mozido berfungsi dengan hampir semua pembawa wayarles dan peranti mudah alih, dan mudah disepadukan dengan iklan, tawaran dan produk lain daripada pihak ketiga. Mempunyai pejabat di seluruh dunia Mozido dan tawaran global termasuk operasi di AS, China, India, Sri Lanka, Afrika, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Latin, membolehkan orang ramai menguruskan wang, pembayaran dan perkhidmatan lain daripada peranti mudah alih mereka. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lawati kami di mozido.com. Ikuti kami di Twitter: @Mozido.
Hubungan Media:
Van Leigh
SVP Pemasaran
Mozido
512-518-2200