omniture

Bertindaklah pada Hari Jantung Sedunia Kali Ini

The World Heart Federation (WHF)
2016-09-29 12:19 534

GENEVA, 29 September 2016 /PRNewswire/ -- Pada Hari Jantung Sedunia (29 September 2016) kali ini, Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) menggesa orang ramai di dunia ini untuk menggunakan kuasa maklumat bagi mengubah 1 daripada 10 kehidupan yang disingkatkan akibat daripada penyakit kardiovaskular (CVD).[1]

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160927/412404LOGO )

CVD adalah punca utama kematian di seluruh dunia, meragut lebih 17 juta nyawa setiap tahun. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 80% kematian pramatang daripada CVD boleh dielakkan.[2]

Laman sesawang Hari Jantung Sedunia mempunyai banyak maklumat untuk memperkasakan individu agar dapat mengawal kesihatan jantung mereka seperti Ujian IQ Jantung – cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda 'bijak jantung'. Persekutuan Jantung Sedunia turut menyeru penggubal dasar dan ahli kerajaan agar memanfaatkan kuasa maklumat dan komited untuk melaksanakan sistem pengawasan dan pemantauan yang boleh dipercayai dan sesuai untuk CVD.

Seruan ini disokong oleh ringkasan eksekutif ikhtisar dasar yang menunjukkan ketidaktekalan yang membimbangkan dalam cara CVD dipantau di seluruh dunia dan menyatakan beberapa cabaran yang dihadapi – daripada kekurangan sumber dan kapasiti tenaga kerja yang terhad, kepada kekurangan azam politik. Ia juga turut menawarkan cadangan, daripada mengukuhkan sistem pendaftaran sivil negara dan berkongsi amalan terbaik, kepada membantu menangani ketidakaktifan politik.

Johanna Ralston, Ketua Eksekutif, Persekutuan Jantung Sedunia, berkata: "Penyakit kardiovaskular boleh dicegah dalam banyak kes dan sebab itulah kami menggalakkan orang ramai untuk mengambil tindakan sempena Hari Jantung Sedunia ini. Perubahan kecil seperti pemakanan yang sihat, mengurangkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok benar-benar boleh meningkatkan kesihatan jantung anda. Kita juga memerlukan pemantauan yang lebih berkesan dan terperinci agar kita boleh melihat negara manakah yang yang memerlukan sokongan, dan negara manakah yang boleh dicontohi."

Pada masa ini, difahamkan bahawa hanya 42 buah negara yang mempunyai sistem pengawasan dan pemantauan penyakit bukan berjangkit (NCD) yang menyokong pelaporan terhadap sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengurangkan NCD.[3]

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Hari Jantung Sedunia, sila lawati: http://www.worldheartday.org

--------------------------------------------------

1. World Health Organization, 2012
2. http://www.world-heart-federation.org/what-we-do/world-heart-day/about-world-heart-day/
3. Kroll et al. Challenges to the surveillance of non-communicable diseases-a review of selected approaches BMC Public Health (2015) 15:1243 DOI 10.1186/s12889-015-2570-z

Sumber: Persekutuan Jantung Sedunia (WHF)

Source: The World Heart Federation (WHF)
Keywords: Health Care/Hospital