Perikatan Rantau OEM Yang Baharu
BELLEVUE, Washington, 29 September 2016 /PRNewswire/ -- Acumatica, peneraju penyelesaian bagi perakaunan berasaskan awan dan Perisian Perancangan Sumber Syarikat (ERP), hari ini mengumumkan persetujuan jangka panjang dengan pembekal perisian Malaysia yang terkemuka, Censof Holdings Berhad (Censof), syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pembekalan dan pelaksanaan penyelesaian Pengurusan Kewangan. Perikatan antarabangsa ini membawa banyak manfaat ERP berasaskan awan kepada sektor perdagangan dan sektor awam merentasi Asia Tenggara.
This new partnership represents continued growth and revenue for both companies, driven by the ongoing worldwide adoption of Cloud ERP.
Perkongsian baru ini mewakili pertumbuhan dan pendapatan berterusan untuk kedua-dua syarikat, yang digerakkan oleh penggunaan Cloud ERP di seluruh dunia.
"Censof mempunyai sejarah yang panjang dalam penyediaan perkhidmatan kewangan dan inovasi bertaraf dunia," kata Jon Roskill, Ketua Pegawai Eksekutif Acumatica. "Penawaran Cloud ERP Acumatica yang mereka gunakan akan meneruskan tradisi itu, dan memberikan keberkesanan, kebolehubahan, dan mobility yang tiada tandingan. Kami sangat teruja tentang peluang pasaran yang terbentang di hadapan mereka."
"Platform Acumatica sangat praktikal dan juga futuristik," kata Ameer bin Shaik Mydin, Pengarah Urusan Kumpulan, Censof. "Tiada syarikat lain menawarkan penggunaan mudah dan kebolehsuaian yang dimahukan oleh pelanggan-pelanggan kami. Teknologi Acumatica ini adalah platform yang tepat bagi kami untuk membangunkan dan melancarkan produk–produk awan tempatan kami."
"Perkongsian ini akan menjimatkan masa bertahun-tahun untuk membangunkan produk, dan membantu kami untuk memasarkannya dengan pantas dan memberikan kelebihan persaingan. Kami sangat teruja tentang prospek industri pengkomputeran awan yang berkembang dengan pantas, terutama di rantau Asia Tenggara di mana penerimaannya masih rendah tetapi semakin meningkat naik."
"Ini adalah satu lagi siri perikatan Acumatica yang sangat strategik," ujar Robert Mahowald, Naib Presiden Kumpulan, Aplikasi dan Model Perniagaan Awan di IDC. "Baru-baru ini kami meletakkan Acumatica di 'Senarai Amatan Pembekal Persendirian IDC' kami dan perkongsian OEM seperti yang dimeterai bersama Censof menyumbang kepada pertumbuhan mereka. Pada masa yang sama peneraju pasaran seperti Censof memerlukan kebolehan perkhidmatan penuh awan ERP untuk berkembang maju di pasaran berasaskan awan pada masa hadapan."
Censof terus meluaskan kehadirannya di seluruh dunia dengan agresif untuk meletakkannya dalam posisi utama dalam kedua-dua pasaran maju dan yang sedang membangun. Selain daripada penyelesaian pengurusan kewangan, Censof juga menyediakan penyelesaian prestasi perniagaan yang direka khas, analitik perusahaan, pengurusan kekayaan, pembangunan aplikasi dan banyak lagi. Mereka telahpun disahkan secara professional menerusi pensijilan piawaian ISO 9001:2008 yang disahkan oleh Bureau Veritas Certification.
"Censof merupakan OEM yang sangat berkebolehan dan professional," kata Christian Lindberg, Naib Presiden Rakan Kongsi Penyelesaian Acumatica. "Kami sedang menanti pelancaran produk Cloud ERP mereka, yang dikuasakan oleh Acumatica."
Latar Belakang Censof
Censof Group telah diasaskan pada tahun 1997 sebagai sebuah syarikat teknologi yang khusus dalam penyelesaian perisian pengurusan kewangan. Penyelesainnya telah digunakan dengan meluas dalam sektor awam dan swasta di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Hong Kong. Syarikat ini telah mengembangkan portfolio penyelesaian perkhidmatan kewangannya termasuk perkhidmatan get laluan e- pembayaran dan penyelesaian perisian pengurusan harta. Censof juga terlibat dalam penyediaan program pembangunan modal insan khusus dalam pensijilan teknologi. Pada January 2011, Syarikat ini telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.censof.com
Latar Belakang Acumatica
Acumatica menyediakan perisian pengurusan perniagaan berasaskan awan yang membolehkan syarikat kecil dan sederhana untuk meningkatkan perniagaan mereka. Dibina menggunakan teknologi awan dan mudah alih serta model pelesenan tertumpu pelanggan yang unik, Acumatica memberikan aplikasi pengurusan perniagaan tersepadu sepenuhnya seperti Kewangan, Pengagihan, CRM, dan Perakauan Projek, pada platform yang lasak dan fleksibel. Untuk maklumat lanjut lawati, www.acumatica.com
Perhubungan media
aaronblank@feareygroup.com
206.343.1543