omniture

WORLD CLASS: Masa Depan Koktel

WORLD CLASS
2016-09-29 19:08 649

MIAMI, 29 September 2016 /PRNewswire/ --

Bermula dengan koktel kontroversi kepada minuman dengan penuh perasaan, trend masa depan daripada dunia koktel. 

WORLD CLASS: Laporan Masa Depan Koktel meninjau tabiat minum kita beberapa dekad akan datang 

Budaya koktel dilihat semakin rancak dan tidak menunjukkan sebarang penurunan, dengan ramalan yang dibuat menunjukkan menjelang tahun 2020, terdapat 400 juta pengguna baharu yang mengambil minuman beralkohol mewah[1]. Dari segi sejarah, koktel dinikmati oleh warga Eropah dan Amerika namun industri ini kini dilihat terus berkembang di seluruh dunia, begitu pesat sehingga melangkaui sempadan New York dan juga London. Sejak lima tahun lalu, pengambilan minuman beralkohol meningkat sebanyak 26% di Afrika dan Timur Tengah, 15% di seluruh Asia dan 22% di China[2].

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411170 ) 
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411171 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411172 )

https://www.youtube.com/watch?v=Jp1PEMV8M98&feature=youtu.be

Hasilnya, koktel semakin mendapat tempat di persada dunia dengan para pelayan bar terus mencuba bahan-bahannya dan menggunakan teknologi untuk memuaskan kehendak rasa. Namun begitu, dalam dunia yang membuatkan kita sentiasa tercari-cari perkara baharu yang gah, koktel perlu lebih meningkat maju untuk berada di hadapan.

WORLD CLASS, pertandingan pelayan bar paling disegani di dunia, satu inisiatif yang diwujudkan oleh sebuah syarikat minuman beralkohol Diageo untuk memberi inspirasi kepada dunia agar minum dengan lebih berhemah, telah menjalin kerjasama dengan firma pakar runding masa depan yang terkenal, The Future Laboratory, bagi tujuan meneroka masa depan minuman koktel dan memperkenalkan trend yang dapat merevolusikan pengalaman menikmati minuman arak kita.

WORLD CLASS: Laporan Masa Depan Koktel meninjau pertukaran budaya yang menarik ketika peminum koktel yang mengelilingi dunia mencetuskan pengalaman baharu, kontroversi mahkamah dan sempadan timbal balik. Dilancarkan pada pertandingan Akhir Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS Global di Miami, laporan tersebut mendedahkan trend paling rancak serta tema yang perlu diberi perhatian…

KOKTEL KONTROVERSI  

Konteks: Memandangkan kita banyak menghabiskan masa dalam talian, kita mempunyai pandangan yang lebih teguh berbanding sebelum ini. Lantaran itu, orang ramai mengharapkan jenama-jenama untuk berbuat yang sama dan mempunyai pendirian terhadap sesuatu – 40% pengguna mengatakan mereka inginkan jenama yang jelas tujuannya. [3]

Koktel Kontroversi – Suatu Trend. Apabila membincangkan tentang pembuatan minuman koktel, pemilik bar yang berfikiran jauh tidak lagi patuh terhadap peraturan tradisional dan ingin menggunakan semula daya kreativiti mereka – membuat sesuatu yang mereka ingin hasilkan, menerusi cara yang mereka pilih…

1.  Lakukan dengan Cara saya

Pada suatu ketika dahulu, pelanggan sentiasa betul. Generasi pelayan bar yang seterusnya lebih bersedia untuk menyuarakan pandangan mereka dan tidak lagi berusaha untuk menggembirakan semua orang, pada setiap masa. Anda tidak akan berkunjung ke restoran berbintang Michelin dan mengajar cef cara untuk menyediakan salad, jadi mengapa perlu memberitahu pelayan bar yang berpengalaman bagaimana untuk menghasilkan Mojito?

Seperti mana yang dijelaskan oleh Benjaḿin Padrón Novo, pemilik Licoreria Limantour Mexico: "Saya sentiasa diberitahu oleh pelanggan untuk memaniskan minuman yang kami hidangkan, walaupun sekiranya saya melakukan demikian, ia akan mengurangkan rasa minuman beralkohol itu mahupun rasa buah tersebut. Jadi, kini kami akan mengatakan tidak – dan menjelaskan alasan kami kepada pelanggan. Ini semua adalah sebahagian daripada proses pembelajaran."

2. Seni Persembahan(B) & Teater Provokatif

Untuk menggembirakan dan mendapatkan reaksi daripada pelanggan, bar mula memasukkan teater kepada pengalaman tersebut, meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelanggan.

Di Operation Dagger, Singapura, awan mentol lampu yang dramatik pada siling menyambut kedatangan pelanggan, manakala pemilik Luke Whearty yang memasang kamera CCTV palsu di dalam tandas mencetuskan elemen dinamik yang provokatif. Minuman koktel beliau juga merupakan sebuah drama dalam erti kata sebenar: vodka ditambahkan dengan bunga kacang biru yang sensitif pH dan serai berwarna terang, yang apabila dicampurkan dengan champagne, buih yang terhasil akan mengubah minuman keras kobalt itu menjadi warna merah jambu neon.

3. Menu Generasi Seterusnya  

Minuman koktel telah berubah dengan ketara sejak beberapa tahun ini, namun menu yang disajikan masih kekal sama…hingga kini. Pelayan bar yang inovatif kini tidak lagi mengikuti tradisi lama serta memikirkan tentang cara baharu dan kreatif yang membolehkan pelanggan mengaitkan dengan minuman dan menentukan menu. Daripada hanya mengekalkan nama koktel tradisional, menu baharu menggalakkan penerokaan dan hubungan dengan peminum. Trick Dog, di San Francisco, telah menggantikan kesemua nama koktel dengan tanda-tanda astrologi serta warna Pantone, manakala Fragrances di The Ritz-Carlton di Berlin ialah bar pertama yang membolehkan anda memesan minuman mengikut jenis minyak wangi dan aroma.

KOKTEL PENUH EMOSI 

Konteks: Dalam dunia yang kini mementingkan pengalaman berbanding harta benda, kita dapat melihat peningkatan dari segi ekonomi berdasarkan emosi yang mana orang ramai tercari-cari hubungan yang lebih erat dengan suatu jenama.  

Koktel Penuh Emosi – Suatu Trend: Pelayan bar sentiasa menjadi mereka yang terawal apabila dikaitkan dengan jalinan hubungan dengan orang ramai – aspek sosial pekerjaan mereka memberikan mereka kefahaman yang mantap tentang cara manusia berfikir. Pemilik bar dan jenama minuman keras yang membentuk trend baharu kini mewujudkan kaedah yang jauh lebih inovatif untuk berhubung dengan lebih erat bersama pelanggan…  

4. Koktel yang mempunyai perasaan  

Pada dekad akan datang, carilah bar yang tidak lagi menggunakan menu tradisional, sebaliknya menyenaraikan koktel mereka mengikut emosi. Minuman yang dihidangkan dikhususkan untuk mencetuskan emosi tertentu – anda mungkin dihidangkan dengan koktel merah untuk merangsang keyakinan diri, koktel kuning untuk persahabatan atau koktel berwarna hitam untuk disiplin.

Menggunakan deria penglihatan dan bau untuk mengarahkan emosi peminum koktel, Seymour's Parlour di London menggunakan haruman untuk mengimbau kenangan indah dan penuh nostalgia, sambil mengeluarkan bau rumput yang baru dipotong untuk mencetuskan imej musim bunga dan kayu pine yang diasap untuk membawa pelanggan mengimbau waktu petang musim luruh yang nyaman.

5.Kisah dalam gelas  

Koktel kini digunakan untuk menceritakan sebuah kisah dan membawa peminum ke tempat-tempat yang eksotik. Minuman beralkohol tempatan seperti Baijiu (disuling daripada gandum atau beras pulut daripada resipi berusia 5,000 tahun) digunakan untuk memperkenalkan tradisi budaya Cina kepada orang ramai.

Bar Artesian di London yang berpandangan jauh memanfaatkan pengalaman peribadi pelanggan, bertanyakan tentang musim percutian terkini dan menghasilkan koktel yang dapat mengabadikan emosi dan intipatinya dalam gelas kaca.

6.Memperkenalkan Teman-Mikro

Orang ramai turut tercari-cari hubungan segera untuk menikmati saat yang dilalui ketika ini dan pelayan bar biasanya mampu melakukannya dengan tepat. Trend terkini, iaitu 'teman-mikro', memperlihatkan pelayan bar yang fokus untuk membina hubungan dengan pelanggan dalam masa yang singkat yang mereka miliki. Menurut Tim Philips dari Australia, bekas Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS, beberapa'persahabatan-mikro' terjalin hanya dalam tempoh 30-45 minit, bersamaan dengan masa yang diperlukan untuk menikmati satu hidangan koktel.

"Menjadi teman-mikro ialah tentang hubungan yang terjalin dari segi emosi dengan seseorang secara pantas dan pastinya memberi kesan terhadap sejauh mana orang ramai menyukai bar milik anda," jelas beliau. Jadi, nantikan pelayan bar yang akan bertanyakan soalan tentang kehidupan hujung minggu, kerjaya dan keluarga anda untuk menukarkan status anda daripada seorang pelanggan kepada seorang teman…

PELANGGAN YANG BERUBAH IDENTITINYA

Konteks: Menurut PBB, satu rekod menunjukkan 232 juta orang tinggal di luar negara tempat lahir mereka. Dengan menganggap diri kita sebagai 'tiada sempadan', kita menafsirkan diri kita mengikut gaya hidup atau citarasa terhadap muzik dan tidak lagi mengukurnya mengikut negara asal kita.   

Pelanggan Yang Berubah Identitinya – Suatu Trend: Pemilik bar yang berfikiran jauh berusaha memenuhi citarasa pelanggan yang tidak mementingkan keakuran kepada norma secara sihat. 

7.Tinggalkan isu berkaitan gender  

Zaman minuman yang bercirikan 'kelelakian' mahupun 'kewanitaan' telah berakhir. Garis pemisah semakin kabur dan masyarat semakin maju melangkaui norma gender tradisional, dan orang ramai berasa lebih bebas dengan pilihan minuman keras mereka. Pelayan bar kini menggunakan istilah 'bebas jantina' untuk menjelaskan, menamakan dan menghidangkan koktel.

Carilah 'Brosé' – golongan lelaki yang tidak segan silu menikmati wain Rosé dan golongan wanita pula menikmati Old Fashioned.

8.Suatu kerjaya, bukan pekerjaan  

Memandangkan pengguna kini lebih arif dan lebih banyak permintaannya di bar, peranan pelayan bar juga turut berubah. Pertandingan peringkat global seperti Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS menunjukkan sejauh mana kerjaya pelayan bar profesional bergantung kepada kemahiran, visi yang kreatif dan kebolehan untuk mengagumkan pelanggan; perubahan identiti kini berlaku.

Alex Kratena, pengasas kumpulan minuman global P(OUR) menjelaskan: "Pelayan bar terbaik kini perlu seiring dengan pelanggan koktel yang tegas, berpengetahuan dan bersifat global – dengan ini, mereka perlu menjadi yang terbaik dalam bidang mereka dan menawarkan suatu yang hebat."

Ini membawa kepada prospek kerjaya yang menarik memandangkan banyak bar kini melabur dengan lebih banyak dalam kakitangan mereka berbanding sebelum ini, menghantar kakitangan ini ke seluruh dunia untuk melahirkan pelayan bar tempatan yang terulung yang akan terus meningkat maju dalam bidang minuman koktel. Licoreria Limantour memberi sokongan kepada pelayan barnya yang menyimpan untuk mendapatkan latihan di luar negara bagi mengasah kemahiran mereka, manakala Outrage di Afrika Selatan menyediakan kakitangan mereka dengan kemahiran yang mereka perlukan – bermula dengan mencari bahan-bahan dan peralatan utama untuk mengendalikan bar berperkhidmatan penuh.  

9.Pelayan bar serba boleh  

Pelayan bar ialah sekumpulan individu yang mempunyai banyak bakat, dan identiti mereka semakin berubah. Berkemahiran sebagai cef, barista, patissier – peranan yang dimainkan ini melangkaui kemahiran di bar.

Agar dapat terus menerobos sempadan kemahiran mereka dengan lebih jauh lagi, para pelayan bar yang mempunyai pelbagai kemahiran ini mencabar pelanggan mereka tentang apa yang dikatakan sebagai minuman koktel. "Hidangan yang paling tidak dapat saya dilupakan ialah minuman yang pernah saya nikmati di The Clove Club, iaitu Madeira yang berusia beberapa ratus tahun," kata Mike Knowlden, pengarah bersama Blanch & Shock. "Mereka menuangkan sedikit minuman itu, yang membolehkan anda merasainya dan kemudian mereka menuangkan consommé itik di atasnya, dan ia menjadi sup itik yang mengagumkan. Ia memberikan saya satu idea menarik: mengapa consommé tidak boleh dijadikan sebagai minuman koktel?"

"Minuman koktel telah berubah melangkaui hidangan klasik cecair campuran di dalam gelas kaca. Kakitangan bar yang kreatif, lengkap dengan bahan-bahan, teknologi dan idea terkini berusaha mengubah seluruh konsep koktel – dan menyebabkan kita semua ternanti-nanti hidangan koktel yang seterusnya," kata Tom Savigar, Rakan Kongsi Kanan, The Future Laboratory.

Layari theworldclassclub.com untuk membaca laporan penuh dan mendapatkan maklumat lanjut.

Nota untuk Editor  

Latar Belakang WORLD CLASS  

WORLD CLASS bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih berhemah dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang merealisasikan misinya. Sama ada di kediaman atau di bar, WORLD CLASS menggalakkan pengguna untuk memikirkan dan mengambil berat tentang tabiat minum yang baik seperti mana mereka menitikberatkan tentang hidangan makanan yang baik.

WORLD CLASS telah memberi sokongan, melatih dan memberi inspirasi kepada 250,000 pelayan bar di seluruh dunia sejak lapan tahun lalu, sambil menjalin kerjasama dengan pembuat minuman beralkohol terbaik di dunia, Diageo Reserve Collection. WORLD CLASS juga amat berpengaruh dalam industri minuman keras ini, tempat rujukan pihak pengguna bagi mendapatkan maklumat tentang trend minuman terkini, resipi koktel serta pandangan industri.

World Class menganjurkan pertandingan 'Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS' iaitu pertandingan antara pelayan bar yang paling berprestij di dunia. Setelah mengadakan pertandingan peringkat tempatan di seluruh dunia, 57 daripada pelayan bar paling cemerlang di dunia bersaing untuk dinobatkan sebagai pelayan bar terbaik di dunia. Layari theworldclassclub.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Latar Belakang Reserve Diageo    

Dihasilkan pada tahun 2004, jabatan Reserve Diageo menumpu pada peluang mewah peringkat global, menghimpunkan bersama jenama-jenama yang terhasil daripada warisan, kemahiran dan keaslian yang mantap. Portfolio yang mewah ini terdiri daripada Johnnie Walker Blue Label, Cîroc, Don Julio, Tanqueray No. TEN, vodka Ketel One, Zacapa dan koleksi istimewa Malt Tunggal. Portfolio Reserve ini terdiri daripada lebih 15% jumlah jualan Diageo dan telah meningkat sebanyak 5% pada tahun kewangan kali ini.

Latar Belakang Diageo  

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc serta Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) manakala produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.  

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

1. Laporan Future Labs Luxury 2015.

2. Laporan Bain Luxury 2015.

3. WORLD CLASS: Laporan Masa Depan Koktel 2016

*Sumber: World's best 50 bars, Euromonitor, ASKCIA

Sumber: WORLD CLASS

Source: WORLD CLASS
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Survey, Polls & Research