SHANGHAI, 30 September 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Industri Antarabangsa China yang ke-18 (CIIF 2016) akan berlangsung dari 1 hingga 5 November 2016 di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan (Shanghai). Selepas 17 tahun beroperasi dangan jayanya, acara 5 hari itu telah menjadi sebuah jenama pameran global yang merupakan platform pembuatan unggul dan sebuah pameran yang wajib dihadiri bagi industri pembuatan. CIIF 2016 menempatkan 8 pameran antarabangsa yang terkemuka di bawah satu bumbung. Bertemakan "Inovatif, Pintar dan Hijau", topik-topik yang diutarakan di CIIF 2016 termasuklah kerja logam dan peralatan-peralatan mesin CNC, automasi industri & penyelesaian IT, perlindungan alam sekitar, infrastruktur tenaga, kenderaan jimat tenaga dan robotik.
Dalam sebuah forum terbuka baru-baru ini yang diadakan pada 9 September, hadirin menggesa agar usaha dibuat untuk melonjakkan pembaharuan penawaran dan pelaksanaan berkesan bagi inisiatif "Buatan China 2025" demi menaik taraf industri pembuatan. Pembuatan pintar memainkan peranan penting dalam mempromosikan pelan "Buatan China 2025" yang bermula pada 2014.
China akan terus menaik taraf industri pembuatannya dan memberi galakan terhadap pembuatan pintar. "Bilangan projek rintis berkaitan dengan pembuatan pintar di seluruh negara pada tahun ini akan mencapai 60 projek, berbanding dengan 46 projek pada tahun sebelumnya," kata Feng Fei, Timbalan Menteri bagi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT). CIIF 2016, acara seliaan Kerajaan Negara China, akan mempamerkan projek-projek rintis pembuatan pintar yang diiktiraf oleh MIIT. COMAZ, ZTE, MengNiu dan pengilang-pengilang domestik yang lain, akan mempamerkan penyelesaian pengeluaran pintar mereka di tapak pameran.
Di samping peneraju pembuatan terbaik China, usahawan-usahawan perkilangan global telah turut sama mengesahkan bahawa mereka akan mempamerkan teknologi-teknologi dan produk-produk mereka yang terhebat dan terkini. Siemens, Bosch, SAP dan beberapa syarikat berasal dari Jerman akan mempamerkan penyelesaian Industri 4.0 mereka yang direka suai untuk pengilang-pengilang China. ABB, FANUC, YASKAWA, KUKA dan jenama-jenama robot industri terkemuka akan mula memasarkan model-model baharu mereka untuk menaik taraf proses produktif bagi para pengguna akhir.
Jualan bagi reruai sedang berakhir dan hasilnya bukan sekadar memuaskan. Menurut pihak pengurusan CIIF, acara tahun ini akan mengambil ruang seluas 270,000 meter persegi dan dijangka menarik 2,100 pempamer dan 130,000 pelawat dagangan. Lebih daripada 50 forum dan persidangan akan membentangkan tarikan-tarikan utama di setiap pameran dagangan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.ciif-expo.com/en.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Flora Hu
Komunikasi, Cawangan CIIF, Shanghai East Best & LanSheng (Group) Co., Ltd
Tel: +86-21-22068386
Faks: +86-21-62790302
Emel: florahu@shanghaiexpogroup.com