omniture

Auditorium Hancher, rekaan Pelli Clarke Pelli Architects, Meraikan Pembukaannya

Pelli Clarke Pelli Architects
2016-09-30 18:53 643

NEW HAVEN, Connecticut, 30 September 2016 /PRNewswire/ -- Hancher, Universiti Iowa, peneraju dalam persembahan seni pentas dan telah meraih reputasi cemerlang dalam melantik artis tempatan dan luar negara untuk mencipta tarian dan teater yang inovatif.  Pada tahun 2008 banyak bangunan mengalami kerosakan yang teruk akibat banjir besar. FEMA mengesahkan bahawa Hancher, antara lainnya, tidak dapat diselamatkan dan ia telah membiaya sebahagian besar kos membangunkan semula tempat itu.

generated by system

generated by system

generated by system

Pelli Clarke Pelli Architects dianugerahkan tugas yang menjadi rebutan ramai ini dan mula bekerjasama dengan Chuck Swanson, Pengarah Eksekutif Hancher dan ahli kumpulan Fasiliti UI pada tahun 2010. Menurut Chuck, "Bekerja dengan pasukan projek dalam mereka dan membina Hancher kami yang baharu merupakan pengalaman sekali seumur hidup.  Kami boleh bersama-sama meraikan pembukaan ini dan menyedari bahawa Auditorium Hancher dan aktiviti seni di Universiti Iowa bakal memperkayakan kehidupan para pelajar Universiti Iowa dan penduduk Iowa dari seluruh negeri untuk generasi akan datang."

Keterujaan mula meningkat di sepanjang musim panas. Auditorium Hancher merupakan bangunan kampus yang pertama daripada empat bangunan yang baharu dibina yang akan dibuka selepas banjir. Bermula dengan acara pemotongan riben pada 9 September, Auditorium Hancher  sudah mula membuka pintunya untuk acara keraian yang meriah dan juga acara-acara umum yang lain. Ketua Rekaan Mitchell Hirsch, AIA, LEED mengulas, selepas menghadiri acara tersebut, "Acara ini merupakan temasya yang mengagumkan yang meraikan kemunculan semula ruang tamu budaya masyarakat di Kawasan Sekitar dan Bandar Iowa."

Mr. Pelli menggambarkan Hancher yang baharu sebagai "satu visi keindahan yang menjanjikan persembahan yang luarbiasa." Dengan layuhan bentuk mengufuk yang membeo lanskap dan lengkuk sungai, rekaan itu mendapat ilham daripada persekitaran semula jadi bangunan tersebut.  Bentuk julur selari yang diletakkan di bahagian selatan bangunan, mencipta unjuran atas lobi dan teres tingkat kedua.  Dinding gelas dari lantai ke siling yang dipasang di bawah juluran tersebut menawarkan panorama indah kampus dan sungai."

LATAR BELAKANG PELLI CLARKE PELLI: 

Ditubuhkan pada 1977, Pelli Clarke Pelli Architects diteraju oleh Arkitek Berlesen Kanan Cesar Pelli, Fred Clarke, and Rafael Pelli. Firma ini telah mereka beberapa bangunan tersohor di dunia termasuk Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Petronas di Kuala Lumpur, dan Pusat Kewangan Antarabangsa di Hong Kong. Pelli Clarke Pelli Architects telah menerima berates-ratus anugerah rekaan dan anugerah yang disanjung termasuk Anugerah Firma AIA dan Anugerah Aga Khan Award untuk Seni Bina.

twitter.com/PCPArch 
instagram.com/pcparch/

 

Source: Pelli Clarke Pelli Architects
Related Links:
Keywords: Construction/Building Education Entertainment Household/Consumer/Cosmetics