omniture

Center for Global Enterprise mendedahkan penyelidikan baharu yang mencadangkan pertumbuhan hasil menggunakan rantaian bekalan digital dipertingkat

The Center for Global Enterprise
2016-10-03 07:00 462

NEW YORK, 3 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Digital Supply Chain initiative (DSCi), bidang kajian baharu yang dijalankan oleh Center for Global Enterprise (CGE) dengan kerjasama CREATe.org, hari ini mengumumkan penerbitan kertas putih baharu mereka, Digital Supply Chains: A Frontside Flip, laporan yang dibuat untuk memberikan langkah praktikal yang boleh syarikat laksanakan hari ini untuk bersedia menghadapi rantaian bekalan digital masa hadapan.

Dokumen ini membentangkan bukti daripada 24 eksekutif utama yang bertanggungjawab terhadap rantaian bekalan terbesar dunia. Peneraju industri ini percaya bahawa rantaian bekalan perusahaan boleh menjadi transformasi paling penting untuk syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.  Kajian ini mendedahkan pendekatan baharu terhadap pengurusan rantaian bekalan perusahaan – fokus terhadap pelanggan dan memaksimumkan permintaan - iaitu, membalikkan fokus kepada bahagian yang dihadapi pelanggan - bahagian hadapan perniagaan.

Kajian menunjukkan bahawa Rangkaian Bekalan Digital (DSC) perusahaan yang dipertingkat boleh membawa kepada 20% pengurangan dalam kos pemerolehan, 50% pengurangan dalam kos rantaian bekalan dan peningkatan hasil sebanyak 10%. Semua industri memerlukannya, malahan juga bagi sesetengah industri, seperti perkhidmatan kewangan, yang biasanya tidak mempunyai rantaian bekalan dalam strategi penjanaan hasilnya. 

"Syarikat yang berjaya akan memanfaatkan amalan pengurusan baharu ini, lubuk data yang berterusan berkembang dan teknologi baharu yang relevan untuk DSC jika mereka mahu mempunyai kelebihan persaingan dan pelanggan yang gembira pada masa hadapan," ulas George Bailey, selaku ketua projek DSCi CGE.

Laporan ini akan membantu Ketua Pegawai Eksekutif, eksekutif rantaian bekalan dan mereka yang berminat dengan pembangunan rantaian bekalan canggih dan penambaikan operasi dalam cara berikut:

  1. Laporan ini memberikan rangka kerja pelaksanaan dan halatuju DSC untuk mengubah rantaian bekalan perusahaan dengan mengalihkan fokus terhadap pelanggan dan memaksimumkan permintaan.  Dengan mengikuti langkah praktikal dalam laporan ini, kajian meramalkan peningkatan dalam hasil perusahaan dan penurunan dalam kos rantaian bekalan.
  2. Laporan membantu pihak yang berminat untuk lebih memahami teknologi terkini yang memberi kesan terhadap semua rantaian bekalan perusahaan.
  3. Laporan ini menerangkan perbezaan utama antara rantaian bekalan tradisional dan rantaian bekalan digital, membantu peneraju rantaian bekalan memperolehi gambaran untuk lebih mendalam untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam perniagaan.  

Baca Digital Supply Chains: A Frontside Flip dengan klik di sini.

Center for Global Enterprise ialah institusi penyelidikan bukan untung yang bebas daripada pengaruh politik, yang tertumpu kepada kajian amalan terbaik pengurusan global, syarikat kontemporari, penyepaduan ekonomi dan impaknya terhadap masyarakat.   

Source: The Center for Global Enterprise
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Not for profit Survey, Polls & Research